Sunday, July 17, 2011

bang , saya tak order 'dawai' tomyam ...

mulai hari ni cuma satu azam wa , kalau wa makan kat mana-mana kedai yang bagi wa makan dawai bila wa order bihun , wa nak sound dia ;

" bang , ada saya order 'dawai' tomyam ke bang ?? "

tapi azam je la . dan azam wa kebanyakannya tak tercapai pun . maklumlah si lemah lembut berkain belah jalan pun setapak-setapak macam wa ni tak main la cakap kasar-kasar . sekali pulak abang amik order tu abang hensem lagi lah nak maki pun tak sampai hati . oleh itu kedai-kedai sume sila lah gajikan tukang amik order yang kachak-kachak sikit kalau tak nak rasa kena maki . dawai pun dawailah bang ...........

wahai lah tukang-tukang masak semua meh wa nasihat sikit , kalau kerja kat kedai makan tu masak la elok-elok sikit . kau nak bagi orang makan bukan nak bagi orang mati tecekik makan bihun kau . kalau agak nak masak pun segan-segan tak payah la kerja kedai makan pergi la kerja kat kedai kain . contoh terdekat ialah wa sendiri . wa sedar wa masak rasa macam cipan sebab tu lah wa kerja habiskan duit je makan kat luar . erghh . 

ini ialah DAWAI . bukan BIHUN .


masak la elok-elok supaya rezeki yang kau makan tu halal . wa tak kisah kalau dah memang takdir kau masak tak sedap asalkan masih boleh ditelan sebab perut wa memang tak menolak segala jenis makanan ni walaupun kau masak nasik goreng rasa macam kotiau goreng . tapi bihun dawai is really too much . bukan takat perut wa je tak boleh terima gigi wa pun tak boleh terima beb . cukup lah wa makan bihun dawai masa duk asrama dulu . tu tak apa lagi sebab wa bayar murah .

bukan nak bukak pekung di dada la , tapi seriously ini memang pantang atok wa . kalau arwah atok wa hidup lagi tak sia-sia lah kau masak bihun dawai sebab dia mesti paksa kau makan sampai licin apa yang kau masak  tu . dan , kalau semua pelanggan sekarang macam arwah atok wa , wa gerenti semua gerai masak sedap -sedap .

wa yakin kau orang kadang-kadang pernah hadapi situasi yang lebih kurang .

Situasi 1 : bang , saya order nasik ayam blackpepper bukan nasik bawang blackpepper .

Situasi 2 : kak , saya order nasik ayam oyster , bukan nasik ayam minyak .

ini baru lah BIHUN , bukan DAWAI .


dan wa dah tiga kali rasa 'dawai' tomyam nih . mula-mula rasa wa tak kisah lagi . gigi wa pun paksa wa rilek .  sekarang wa terpaksa luahkan sebab wa rasa macam terpendam-pendam je perasaan . kalau wa ngadu kat kekasih wa kang dia cakap wa pun tak reti masak nak bebel lebih-lebih macam mak nenek apa pasal . lu paham tak perasaan wa ni der ? nak nangis dah wa taip ni . 

ok lah nak amik tisu . bye T_T



Monday, July 4, 2011

semalam , di kelas memandu ....

maka tersebutlah kisah ....
semalam dalam kelas PRA-L moto iaitu selama 1 jam 30 minit ceramah .

" ai ? kamu pun ada dalam kelas ni ? bukan kamu ke saya nampak datang naik moto tadi ? "

" tak cikgu saya naik skuter je . "

tak ada respon lagi dan cikgu terus mulakan ceramah " pemanduan berhemat ialah bla bla bla ~ " . apa yang wa boleh tafsirkan cikgu ni gila lawak wa gelak sampai krem rahang gigi . bila semua orang dah tak gelak wa rasa macam nak gelak lagi lalu wa tahan-tahan sampai nangis-nangis . ha kan dah cakap wa memang cepat tacing .

dan setengah jam terakhir ,

" cara membonceng yang betul , pembonceng harus duduk rapat dengan penunggang sebab kalau penunggang brek mengejut , penunggang tak tertolak ke depan "





" weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee " riuh kedengaran suara dari budak lelaki .

" ni kome bawak awek , sayang rapat sikit sayang bahaya jauh-jauh . i sayang u tau tak anje  ... " sambil tarik-tarik tangan aweks suruh pelok .

" kalau bawak member , oi lu belakang-belakang sikit boleh tak banyak ruang lagi lu ni macam nak cabul wa je . erghh "



kalau wa bonceng moto adik wa , kami duduk rapat-rapat sebab dia demok tak muat ruang HA HA HA larikkkkkkk sebelum dia baca .


Sunday, July 3, 2011

Truly An Amazing Imam Muda

ustazah saya pernah cakap , 

" celup hujung jari kelingking kamu dalam air laut , dan selepas itu angkat lah jari dan lihat banyak mana air yang melekat di jari kamu tu . sebenarnya sebanyak itu lah ilmu yang kita miliki berbanding ilmu Allah yang sebesar lautan . "

terasa kerdil bukan ? tapi , semalam aku dapat lihat betapa tingginya ilmu 2 orang makhluk . excited , bangga , sayu , terkesima , terkaku , terbeliak semua ada . bangga sebab sekurang-kurangnya sewaktu kebanyakan manusia lalai , lupa ni masih ada golongan-golongan yang akan ' memperingatkan ' .

semalam selepas aku pulang dari driving school dalam keadaan mengantuk yang amat , aku mencari channel yang akan memdodoi-dodoi tidurku . lalu , terbukak Astro Oasis . frankly typing , aku memang tak follow Imam Muda , setakat tahu peserta sebab tengok iklan sahaja . kebetulan waktu tu episod ulangan final Imam Muda . kedua-dua finalis , IM Nazrul dan IM Hassan perlu memperdengarkan bacaan Surah Al-Mukminun secara bergilir . saya terus jerit-jerit panggil  mak yang tengah kukus pau di dapur . hilang mengantuk aku di bawa angin petang .

" mak cepat mak ada ulangan Imam Muda !!! " 

" jap lah hangus pau aku kang langsung kome bulo (bulur) ! " (semedang emo)



... dan , apabila diperdengarkan bacaan suci Al-Quran  , maka sayu hatinya ... 
... mereka adalah orang-orang yang beriman ...

masa tu abah yang tengah belajar taranum dari dalam youtube dengan semaksimum-maksimum volume sampai rumah taman sebelah boleh dengar pun terus pause sebab dengar Imam Muda ni baca . 

bukan setakat bakat Imam Muda ni baca Al-Quran je , tapi cara IM Nazrul hurai hadis pun dah cukup buat  aku terlopong-lopong . sedangkan Mufti Antarabangsa yang bagi soalan tu pun nampak tak terkata , inikan pula aku yang cuma seorang Hayati ini . dia memang petah bercakap . penuh ilmu . dia start bukak mulut je kau mesti dah " wow " ! 


berbeza dengan IM Hassan yang aku nampak kurang menyerlah sedikit malam tu . tapi ikut apa yang mak aku cakap IM Hassan lebih layak menang sebab dia ada sense of humor sikit dan lembut hatinya . lembut tutur bicaranya . dan memang dia menang pada hari itu . haa nampak tak apa yang aku cuba sampaikan ? kalau tak nampak sia-sia je aku cakap penuh puitis .

kalau korang nak tengok semua part dalam Imam Muda Final ni , boleh la lihat di Facebook Imam Muda Nazrul . nasihat aku , buat yang tak tengok lagi sila lah tengok . it's even better than Maharaja Lawak .


p/s : rupa-rupanya bawak kereta ni interesting jugak . sekarang aku sedang rindu kereta di sekolah memandu !  best gila pusing-pusing stereng . rasa sedang jadi heroin Paul Walker dalam Fast & Furious pulak ! tiada lagi feeling Erra Fazira dalam Janji Diana .


Wednesday, June 29, 2011

sepetang bersama bonda

usai solat asar , jam menunjukkan pukul 6.35 petang . jangan tanya mengapa pukul 6.35 ..... mak sedang membaiki pokok bunga sambil memaki-maki siput babi yang menjahanamkan pokok cabai burung beliau . bergema suara wa dari dalam rumah ;

" mak !!!! kak cik nak pegi jogging jap tau . mulai hari ni kak cik nak amalkan gaya hidup sihat . nak ikut tak ?teeeheee " 

" pegi la ko sorang . mak dah jenuh dah exercise " , balas mak sambil jerit juga . marahkan siput babi , wa jadi mangsa . betullah kata peribahasa , marahkan nyamuk kelambu dibakar . cuma bezanya sekarang wa tak kena bakar je .

tanpa menaikkan kemarahan mak , wa mulakan petang yang sihat dengan berjogging . selepas setengah jam , wa pulang ke rumah bertemankan burung-burung yang ingin pulang ke sangkar . 

wa bukan malas nak jogging lama-lama , tapi well kalau dah cun sangat tu biasa lah kena ngorat aje kalau jogging sorang-sorang . tu lah sebab niat wa nak jogging selalu terbantut . tak percaya sudah . 

masuk dalam rumah , abah sedang bersiap-siap mahu ke masjid . mak pun baru selesai mandi dan mahu tunggu maghrib lagaknya . wa ? wa biasa lah dengan habit wa sembahyang lambat-lambat . bila lah wa nak berubah itu yang wa tak tahu.

wa bersuara lagi bagi memecah kesunyian ;

" mak , esok pagi kak cik dah tak nak makan yang goreng-goreng dah tau mak . kak cik nak makan roti bakar dengan susu je . itu pun kalau kak cik bangun pagi lah . mak tak payah masak apa-apa lagi . "
wa sambung lagi ;

" lepas tu tengahari , mak masak nasik sikit je untuk mak dengan abah cukup lah . lauk mak masak la yang tak banyak minyak dgn santan . tau mak ? kak cik nak makan oat aje . heeee "

lagak wa macam arah orang gaji je ish ish . mak mula menjeling mengalahkan Ziana Zain dalam Maria Mariana II . dan ... belum sempat wa hembus nafas , mak mula menghamburkan kata-katanya ;

" kuli opah kamu ? "

HAHAHHAHAHHAHHHAH kami sama-sama gelak .

" ko tak nak makan udah , esok pagi mak nak goreng kuey teow ( dari dulu tak tau eja ) , petang mak nak masak mi bandung , tengahari nak masak ikan kerapu tiga rasa . bla bla bla bla "


nampak gayanya tak jadi lagi wa diet . body ramping ala-ala Megan Fox cuma tinggal angan-angan .

benarlah , universal lies women tell : ill start a diet tomorrow .



Monday, June 27, 2011

cermin.......s

kenapa cermin......s ? sebab sekarang saya mahu cerita pasal perempuan yang sememangnya kaum yang amat kreatif . macam saya . yang akan try their best untuk gunakan apa-apa sahaja yang ada disekeliling mereka sebagai 'cermin' . holistik bukan ? tak paham ? ok just let me give u some examples ;

1) perempuan , tak kisah la dekat mana pun bila terjumpa cermin dia akan pergi laju-laju "eh bila pulak jerawat ni tumbuh agak-agak pakwe aku pasan tak ? wuwuoo T_T tak suka tak suka nye titeww". even bangun tidur lalu jap depan cermin "hari ni makin kurus ke makin demok ha ? eh nampak makin cantik pulak hari ni weeeeee yeeeeaaahoo !!"


2) masa jalan-jalan , rambut dah kena tiup angin tudung dah kepek-kepek , "eee geramnya dah la sejam set rambut tadi . grrrr". dalam situasi macam ni , mana-mana store windows pun boleh nak jadi cermin .


3) bila sehari suntuk kat luar , tak ada tempat sangat nak cek penampilan , atau dalam keadaan tergesa-gesa atau dah sememangnya tak boleh seminit berpisah dengan cermin , mereka akan ; "nasib baik ada kereta sape tah ni . berkilat lah boleh la tumpang pakai lipstick kat sini . sebelum tu cek jap ada orang tak dalam kereta kalau ada malunyerrrrrr".




4) "eh alamak ada cili tak melekat kat gigi ? malu lah pulak kang syiok-syiok sengih-sengih kat pakwe ada cili melekat ." ah , apedehal ... sudu ada . sudu pun booooleh .


5) kat dapur pun , "eh bakal mak mentua datang buat saspen je karang aku tak comel dia tak jadi masuk minang pulak . adoi doi doi lecehnya nak jadi menantu . nasib baik kau ada kettle oiii"




6) sambil tunggu pakwe yang tak kunjung tiba , "eee mane dia ni lembap betol nak sampai habis cair mekap aku dah tunggu dia ni . majuk kang tak nak pujuk pulak . menyampahnyaaa" . pada waktu begini , handphone yang ada mirror screen atau aplikasi secondary camera sangat diperlukan .


bosan jadi perempuan . cermin , cermin , cermin . nasib baik pakwe tak botak je kalau tak kepala dia tu pun jadi nak buat cermin . berbeza dengan lelaki  yang lebih confident dan ada self-esteem yang over-tinggi . macam ini ; 


HA HA HA HA 


Saturday, June 25, 2011

milkshake

bosan minum teh , kopi , milo panas petang-petang ? mahu cuba something new ? something that tastes much yummy ? something more simple and fresh and white ? something oh dah dah . banyak lah kau punya something yo yo o .

ok kalau mahu , why not kita try buat milkshake untuk minum petang ni . cuma guna bahan yang simple dari peti sejuk . terpulang pada u ols nak buat milkshake perasa apa pun ikut keinginan tekak masing-masing . i  buat vanilla milkshake sebab bahan ni je yang dah sedia ada kat rumah . dan dan lah kau i you i you . well biasa lah hari ni i jadi masterchef (^_^)

RECIPE VANILLA MILKSHAKE 

1) susu segar atau susu UHT ( brand apa pun tak apa , i pakai susu HL )
2) beberapa sudu aiskrim vanilla ( i buat 4 sudu )
3) beberapa ketul ais ( ikut size blender , i pakai 7 ketul )

STEPS

1) masukkan ketul ais dalam ice blender . saiz blender yang i guna kecik je . sekali blend , boleh hidang untuk 2 gelas . kalau blender u ols besar , masukkan lah ais lebih . 
2) masukkan susu ikut banyak mana korang nak buat , i guna lebih kurang setengah kotak .
3) masukkan ais krim vanilla . lagi banyak lagi terasa vanilla dia . 
4) kalau korang buat dalam amount yang banyak , letak lah gula sikit supaya tak tawar . i tak letak sebab i buat sikit je . lagipun tak nak manis-manis . kurangkan gula dalam makanan anda !
5) blend sampai smooth . 
6) yum yum that yummy milkshake sehingga menjilat gelas .

tadaaaaa !! kalau pecahkan oreo lagi sedap .

kalau nak buat chocolate milkshake just tambah chocolate syrup dan tukar aiskrim vanila tu jadi ais krim coklat . simple bukan ? kalau strawberry milkshake , blend susu dengan beberapa bijik buah strawberry dan ais krim strawberry

sebenarnya benda ni just ikut common sense je sebab simple sangat . kalau nak buat milkshake yang pekat , boleh tambah whipping cream . tapi without whipping cream pun dah pekat sebenarnya . ok ok kau sebenarnya nak cakap apa ni ? 

bye bye and have a great afternoon tea ;)


Friday, June 24, 2011

once upon a time ...

once upon a time .... senang cerita lebih kurang sedekad yang lepas , zaman-zaman baru nak up atau zaman dah start penyakit gatal-gatal " eh kite suke die kite nak tulis surat kat die lah " dulu tu , saya pernah sukakan ini .
BACKSTREET BOYS


dulu , kalau jumpa gambar dalam paper mesti gunting-gunting simpan dalam file . wee pastu tergedik-gedik suka gila Nick Carter dengan rambut 'M' macam rambut Beckham dulu-dulu tu . sekarang bila tengok balik macam gay pun ada . HAHA . tapi lagu dia sedap .

WESTLIFE


sekali tengok dah macam 4U2C je . nasib baik tak ada petik-petik jari macam lagu fiona . zaman dulu internet pun pakai jaring punya lah slow (tu pun harap dekat CC sampai kena marah dengan abah nasib baik tak kena sebat pakai getah paip je). lirik-lirik tak cari pakai google sebab dulu gila nerd tak terfikir pun nak cari kat google . salin dalam buku beb . ulang-ulang dengar kat radio sampai lah hafal . mana ada tengok youtube . suka suara mark yang bergetar-getar tu . hiew rupanya gay mamat ni . 

BLUE


ni pun sama jugak . sekali tengok terus ada love-love kat mata tengok lee ryan yang suara lemak-lemak tu (^_^) tapi dah tak ada lagi sekarang . best tak best kau tengok je la berapa ramai dyorang punya penonton untuk satu konsert waktu tu . berjuta juta lemon woo .

RAIHAN



ini lagi suka . dari kecik hafal lagu ni dengan adik . masuk kereta abah tak pasang radio , jadi saya dengan adik akan on radio live . nyanyi lagu raihan ulang-ulang sampai tertidur . kalau ada keluar dekat TV cepat-cepat pergi depan duk ikut lagu ni sampai habis . 

nostalgic sangat ! tapi mak cakap jangan dikenang benda dah lepas . ok mak , ok T_T

bye .


Friday, June 17, 2011

errr .. kantoi

dengan bertrack suit hitam berline merah dipadankan dengan t-shirt Manchester United (walaupun dah kalah UCL) , wa menghidupkan enjin suzuki V100 bernombor plat (secret) . helmet dipakai lalu cermin depan helmet ditutup dengan lagak seorang KL HM gangster . minyak dipusing lalu moto meluncur laju membelah kesibukan kota kampung yang tak lah sesibuk mana pun sebenarnya .


dengan satu tujuan , satu harapan dan satu destinasi , wa sampai di Pusat Latihan Memandu yang terletak lebih kurang 5 km dari rumah . wa turun dari motor sambil buat muka ala-ala Erra Fazira dalam Janji Diana . dengan memeluk helmet dan melambung-lambung kunci motor seperti lagak Megan Fox dalam Transformers (adakah ?) , langkah diatur kemas menuju ke kaunter pertanyaan .

" cik , saya nak daftar untuk belajar memandu . " (muka manis)

" owh , cik nak ambil lesen kereta ye ? " (kurang manis . wa lagi manis)

" owh tak , saya nak buat lesen moto , dengan kereta sekali " (lagi manis dari tadi)

" owh , belum pernah ambil ujian lagi ye ? " (senyum sinis sambil pandang helmet + kunci yang aku bawak)

~ kantoi bawak moto tak ada lesen . ahh ! nasib kau bukan polis ~

" ye ..... " (sambil masuk kunci dalam poket . apasal lah aku lupa . damn .)

" sekejap ye dik "


lepas semua settle , wa keluar tanpa tiru lagak sapa-sapa lagi . huh , baru daftar dah bawak imej buruk .
bye !

p/s : doakan saya dapat lalui nightmare ini . saya paling benci bawa kereta . paling .


Thursday, June 16, 2011

klon maddi jane , noelle

tadi bukak youtube , terdengar lagu hurt . bukan terdengar . tapi memang sengaja dengar sebenarnya . tu pasal wa malas bukak youtube . nanti start lah mood jiwang wa . sigh . tapi wa tak suka sangat dengar dari penyanyi asal . wa memang suka cari bakat-bakat baru ni . kira wa ni macam american idol la . nampak tak apa yg wa cuba sampaikan ni ? ok bagus .




dan , wa dah dapat . kira kalau wa jadi mentor , wa dah amik dah budak Noelle ni jadi protege wa . dia baru 9 tahun waktu nyanyi lagu ni . pastu belum pernah amik apa-apa kelas nyanyian lagi . suara dia best boleh sangat lah jadi klon Maddi Jane . tapi , Maddi Jane tu sangat lemak merdu tiada tandingan la T_T . jom tengok ?




next , dia dah 10 tahun . dan lepas 10 bulan dia join kelas nyanyian . tapi , gaya tangan still sama wa cakap lu . cute-cute aje dia ni . so korang takyah nak judge-judge sangat la . wa cakap best , best lah .




lepas ni kira bila lu dah glamour kan Noelle , sila la sedekah sikit kat wa . paham ? 
bye !


Tuesday, June 14, 2011

surprise

tadi baca blog ramai buat pasal hari bapa . actually aku tak tau bila hari bapa ni . dan aku yakin abah pun mesti tak tahu bila hari bapa sebenarnya . tapi , mesti abah nampak iklan-iklan tv ada orang sibuk wish hari bapa . nanti mesti abah touching aku tak wish . jadi , aku rasa mahu buat surprise dekat abah . 

bukan surprise macam belanja abah makan , beli baju baru untuk abah , bawa abah travel , bukan ya . kalau belanja abah makan pasti aku akan diperli "ni belanja abah pakai duit abah kasi ke ni ?" HAHAHA . kalau beli baju baru untuk abah pun mesti abah simpan sampai kena gigit tikus baru abah pakai buat kain lap kaki . sigh . sebab abah tak suka baju yang orang lain belikan . sampai sekarang misteri itu belum dirungkai . fine .

tengok lah belagak gila abah ,
nak amik pic ngan dia pun macam tak sudi . kah kah .

sebenarnya wish happy father's day dengan lisan sungguh mencabar . sampai terketar-ketar , debaran dada cukup kuat mengalahkan perasaan mahu confess rasa cinta pada sang kekasih . abah , happy father's day .... terus jadi abah , makan bah ... haish . susah mahu meluahkannya . 

jadi aku cuma buat ini dan jadikannya sebagai wallpaper lappy abah . dengan harapan bila abah bukak nanti abah akan senyum , dan aku akan blushing . sebab , aku tahu abah cukup tak suka kami pakai lappy dia . abah cakap , bila kami pakai kami selalu tak cleankan cookies . jadi sebelum tutup lappy dia , aku sempat melakukan solat hajat supaya abah tak marah . HAHA .


mengeja dalam tulisan jawi menggunakan paint bukan suatu yang mudah . repeat , bukan mudah . dengan tangan tergegel-gegel sebab dah lama tak menulis jawi , aku gagahkan jua hati ku . makan ayam kfc biar sampai menjilat jari . 

dan , doodle itu pun aku lakukannya sambil ternganga-nganga dengan imbangan badan supaya tak terconteng . imbangan badan bermaksud , bila tangan melukis ke arah kiri , badan juga akan turut ke kiri . dan aku pun tak tahu apa yang aku lukis ni masih boleh dikategorikan sebagai doodle atau tak . lukisan ayam mungkin ? kalau lah abah tahu betapa bersungguhnya aku buat doodle ini .................

kebaikan aku sempena hari abah : abah panggil , aku akan terus pergi dengan langkah seribu tanpa berkata  "jap bah japp !!" macam selalu .

baik bukan ? memang ! ok lah , bye !


Sunday, June 12, 2011

tu belum pakai safi rania gold lagi ....

semalam wa pergi kenduri ikut mak abah wa . duduk rumah sorang-sorang dah macam kera sumbang pulak bak kata 'seseorang' . sekali sekala tayang muka dekat orang-orang kampung apa salahnya . boleh jugak tengok market ke tak .

perkara paling wa tak suka dalam hidup ni sebenarnya pegi kenduri . sebab biasa lah mak abah wa dah jumpa geng dia memang lupa anak dia ni wujud . lepas perut dah boyot dengan makan sedap-sedap wa mula lah nganga sorang-sorang siapa-siapa senyum kat wa time tu sure wa balas . dah tak tau kerja apa nak buat . sampai lah ada sorang kawan mak cuit aku 

" ni tingkatan berapa ni ? tak pernah nampak pun ? "

mula lah organ badan dalaman wa joget-joget . gila muda ke muka wa hari ni ? kah kah . selalunya kekasih wa ckp " muka u nampak tua " . sah-sah dia tipu nak comfort diri sendiri sebenarnya dia yang tua . kah kah . ok tu wa yang tipu . tak kira lu abang long ka , lu ayahanda ka , lu cakap wa tua , wa kerat lu 18 .

ok tak pe . yang cakap wa muda tu wa dah kembang dah . wa senyum je seikhlas-ikhlasnya kat mak cik tu . dia tanya apa pun wa senyum je sampai dalam hati makcik tu rasa macam nak lempang je wa ni . kau bisu ke ? perempuan melayu terakhir lah katakan . senyum memanjang . 

lepas tu nak balik , abah ngan mak jumpa pulak tuan rumah . wa biasalah jadi bodyguard dekat belakang  " ni tengah cuti habis spm ke ? dulu jumpa kecik lagi takteh takteh lagi jalan ni " . lagi lah kembang beb . terus koyak spender pasar malam wa .

wa cuma mampu cakap dalam hati je . kalau nak buat menantu jumpa kat simpang lah . janganlah puji-puji camni malu ar (-,-") ...

tu belum wa pakai safi rania gold lagi . umur ? bukan lagi rahsia .

ini wa time tecik-tecik .


p/s : annoying tak ? mesti rasa nak lempang wa kan ? apedehal . bukan bleh lempang betul-betul pun . blekk blekk . kih kih .

Friday, June 10, 2011

geli - geli

bosan kan jadi anak tunggal ? itu lah yang saya alami sekarang . sedang cuti di rumah disaat adik beradik yang lain sibuk dengan karier masing-masing . time-time kesunyian macam ni , datang Haikal mengubat kesunyian . volunteer untuk temankan saya 3 hari dirumah . cukup lah dari tiada .

yang pasti memang menghiburkan . waktu mahu tidur malam , Haikal akan bercerita seolah-olah saya adalah kanak-kanak kecil . tetapi ada syarat , saya mesti cerita satu cerita hantu untuk dia .

ini Muhammad Harith Haiqal

" ok lah mak cik , ekal pulak cite . ekal nak cite pasal datok harimau dengan buaya . pada satu masa dulu kan , ada sekor buaya duduk dalam lumpur sungai . lepas tu ada datok harimau datang . lepas tu buaya dengan datok harimau tu begadoh . "

" lepas tu ? "

" dah habis dah . tu je ekal cite "

jadi , what do you expect ? gelak dan geram lalu gomoi-gomoi dia sampai lemas . cerita yang sangat pendek dan jujur yang mampu buatkan saya gelak + hai beria-ia aku tunggu dengan bahasa pelat dia tengok-tengok itu je yang dia nak cerita . geli . geli hati .

" dah la mak cik nak tido lah . ekal ni tak pandai cite pun . kenapa himpit-himpit ni ? tido la betul-betul "

" ekal takot . tadi mak cik cite hantu "

" tu cite tipu -tipu je "

lepas tu saya terus tertidur tak sedar apa-apa dah . terjaga tak lama lepas tu , haikal pun dah tertidur atas lengan . patut lah rasa kebas tangan .

-
-
-
-

dan satu perasaan halus meresap dalam hati . 


Saturday, June 4, 2011

Pregnant

sejak kebelakangan ini , ermm bukan sejak kebelakangan ini sahaja . tetapi sejak dahulu-dahulu lagi saya memang agak pantang tengok perempuan mengandung . bukan pantang yang mahu tampar-tampar tu . tapi pantang lihat , rasa mahu tengok lama-lama lepas tu eeee momeynye suka suka eeeeeeee ! kadang-kadang terfikir macam mana eh rasa dia lembik-lembik macam jelly ke keras-keras macam ais batu ke ?
* pang mahu ? 

ini angelina jolie .

bila tengok pulak lagi , perempuan mengandung ni muka dia nampak suci aje . polos . nampak macam ibu-ibu penyayang je . tu lah sebab mereka-mereka ini nampak lebih comel bila mengandung . 

lagi , bila perempuan mengandung pakai maxi atau gown mengandung kan dia mesti singkat sikit . lepas tu dia mesti jalan slow-slow badan kebelakang sikit sambil pegang perut . comel bukan ? HAHA .

ini sazzy falak .

ini nora danish .

lagi special bagi orang islam , banyak hikmah untuk perempuan mengandung ni ;

Rasulullah menyebut bahawa dua rakaat solat wanita hamil 
lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. 
Ini kerana wanita yang hamil membawa janin di dalam 
perutnya dimana janin berkenaan turut menyertai ibunya solat, 
mendengar bacaan-bacaan solat, ikut sujud bersama .

tu belum lagi untuk hikmah untuk perempuan bersalin , menyusukan baby dengan susu badan sehingga 2 tahun , korbankan waktu tidur untuk jaga baby dia orang yang sakit tu .

ini wardina safiyyah .

dan ,
mereka akan kelihatan lebih comel dan bahagia bila suami tersayang sentiasa disisi ...

ini pulak , saya dan suami . KAH KAH .

sebelum wa cerita lagi banyak pasal benda-benda yang terlalu matang bagi wa ni , baek wa out dulu .
tata .


p/s : sakit hati gila gambar nora danish dengan sazzy falak ni tak boleh straight . sapa-sapa tau macam mana nak kasi straight tolong la ajar . huk huk T__T 



Thursday, June 2, 2011

kau memang perempuan terhormat , bermaruah bila ....................

1) kau kenal PAVILLION . well ye lah , atas tiket rumah bersebelahan dengan shopping complex ni , kau boleh bangga seolah-olah bangunan tu kau yang cipta . kau boleh lah perlekeh orang lain yang tak pernah jejak tempat-tempat begini ortodoks , kampung dll . kesian bukan ?

*padahal kau pegi situ usha laki je pun , lepas tu laki tu senyum kau seronok lompat-lompat padahal dia senyum kat awek dia belakang kau tu .

2) kau ada pakwe banyak gila , semua berduit pulak tu . sekejap amin sekejap neo sekejap amir ? kah kah kah . nasib baik justin bieber tak syiok kat kau je . kalau tak bukan takat dalam blog je kau show off , kan ? 

3) kau kenal siapa dj blend . macam lah dia kenal kau . so fourteen lah .

4) kau dapat mesej dalam fon " you , i dah lama suka you " . lepas tu kau mula lah gedik gedik eee malunye jangan la sorok-sorok macam ni kalau suka bagitau laaa u sape.. tp jgn letak harapan tinggi tau ... sebab i dah ada bie yang i sayang gila . tah berapa orang bie kau tak tau nak cakap lah .

what the katak ? .

5) kau kutuk orang bila orang tu nangis-nangis sebab laki yang dia suka tak suka dia . tapi kau tak sedar kau pun sama je . bukan sama tapi lagi teruk . baru break up , lepas tu accident sampai balut kepala lepastu merayu-merayu dalam blog supaya laki kau terima kau balik . lepas tu tengok-tengok tak sampai sebulan kau dah ada pakwe baru ? sia-sia je kau buat entry panjang-panjang merayu bagai .

6) kau mengaku dalam blog dengan bangganya , yang kau dah tak virgin , tapi kau cakap kau ada MARUAH ?

ye , memang kau lah perempuan terhormat , perempuan bermaruah . junjung la maruah kau tu tinggi-tinggi .



p/s : entry ini ialah dedikasi khas untuk perempuan paling bermaruah .



Wednesday, June 1, 2011

happy family vacay !

family vacay untuk tahon ini tak lah se'grand' mana . dan cuma sekejap . tiga hari dua malam yang sangat membahagiakan . kan bagus kalau abah ada share dengan mana-mana resort macam dalam novel pergilah air mata tu (-,-") boleh pergi selalu bawa hati , buang air mata kalau tengah frust kah kah kah .

tempat family vacay kali ini bukan lah pulau-pulau tercantik di malaysia . tetapi melihat masing-masing dengan muka yang sangat wow bahagianya , ia jadi sungguh cantik . dengan budget yang sangat rendah , kami jadikannya punyai nilai yang tinggi dalam hati . 

dengan sikap dedikasi pengarah projek seperti wa , we all telah pun mengcheck in 5 bilik superior di Banding Lakeside Inn , Tasik Banding . yang paling seronok sebab wa belum kerja so abang kakak wa tak boleh nak suruh wa keluar duit . tugas wa cuma kutip duit dan pergi bayar di reception dengan muka seolah-olah wa lah yang belanja semua orang . seronok bukan? . terima kasih abah , abang2-abang , kakak sebab memahami wa yang masih kanak-kanak ni . heee . pang !!!

malas nak cerita lebih . ill kindly let the pictures do the talking .

memang dia buat kolam ni untuk family kami je . HAHA

udang siaplah kau kena BBQ sat lagi . yummy yummy .

pengarah projek cum tukang buat air .

ayam yang bakal mendiami perut kami .


I came from a quite large family of 6 siblings, 2 sisters and 3 brothers. 
We lived very rural and had to create our own fun time as we did not have many toys.


hah tengok tengok siapa yang kiri sekali . rajin bukan ?

budak budak yang tau makan je . lepas tu terjun kolam pastu makan balik . grrr !

ayam , ikan gelama , ikan hape tah wa tak tau . wa tau makan je .

view dari bilik hotel .

houseboat dekat-dekat dengan hotel .

round island . RM 120 per boat . sangat puas hati .

weeee . laju lagi .. laju .... yeeha .


It was nice growing up with someone like you , someone to lean on, 
someone to count on... someone to tell on .


botol susu wajib bawa untuk menyumbat mulut siapa yang menangis . 

houseboat . next time boleh try .

overload . tapi , apedehal ?

mumy , dady , adik .

hye aweks . ngurat bley ? :>

siap lah kau shalin zulkifli . kau boleh resign lepas ni .

15 cucu opah ngan atok . 


we share the same blood , the same smile . 


As we grew up, my brothers acted like they didn't care ,
but I always knew they looked out for me and always were there ..


banding lakeside inn , bak duit iklan .

lepas kami balik nanti , mesti hotel ni jadi aman dan damai semula . kah kah kah . pada malam kedua saya sudah seperti mahu menangis kerana esok sudah mahu balik T_T . bagi setiap percutian , waktu paling dibenci adalah waktu mahu pulang ke rumah . sebab waktu tu kita dah tak dapat ramai-ramai lagi , tak dapat makan sama-sama lagi . kalaulah saya punya machine penstatik waktu ;


To the outside world we all grow old. But not to brothers and sisters. 
 We know each other as we always were. We know each other's hearts. 
We share private family jokes. We remember family feuds and secrets, family griefs and joys. 
 We live outside the touch of time ....



Friday, May 27, 2011

budak-budak pun ada preparation utk family trip

28 mei akan ada family trip . jadi semua sibuk prepare barang untuk bbq , memancing dan lain-lain aktiviti . cara terbaik adalah list down semua barang-barang yang perlu dibawa supaya tiada yang tertinggal sebab tempat yang akan kami pergi ialah kawasan pedalaman jadi agak susah untuk dapatkan barang disana . oleh itu sebagai langkah bijak , kereta abah akan jadi kedai runcit bergerak .

tidak kurang juga anak buah aku . sibuk list down barang-barang yang dia nak bawak . lepas tengok barang-barang yang dia list down , saya seperti mahu menangis .


mari kita lihat satu persatu :

1) cermin mata air
    atau pun bahasa bukan kanak-kanak nya ialah goggle . cermin mata air ? GELAK KUAT KUAT

2) topi
    mungkin dia ingat dia artis .

3) pelampung
    masih boleh diterima akal .

4) barbie
    ingat boleh jadi cun macam barbie la bila dia bawak benda tu kehulu kehilir ?

5) anak patung _ _ _ ? ( tak dapat difahami )
    perlu lah bawak ?

6) rambut palsu
    saya rasa erra fazira patut resign jadi artis . sebab ada pelapis pengguna rambut palsu .

7) raket , shuttle
    bawak sampai 4 pulak . mungkin main menggunakan tangan kiri dan kanan sekaligus .

8) calculate ( kesian tak tahu eja kalkulator )
    nak kira budget ? oh bagus bagus kecik-kecik sudah pandai manage kewangan .

9) mahkota
    mungkin dia sedang confuse nak pergi faily trip kah ? atau nak pergi kahwin kah ?

10) tongkat 
      ini pulak mungkin sebagai persiapan mana tahu akan duduk sana sampai tua , jadi perlu tongkat . HAHA . tongkat ? jom nangis .

11) bear aiman
      aiman ialah adik dia (lelaki pun main bear) . tapi , kenapa tak nak hangkut satu stor mainan je ?

12) gincu
      curi gincu mak dia (sah budak ni ada kekeliruan identiti , kanak-kanak atau artis )

13) handphone
      jgn main-main darjah 2 ada handphone .

14) cage ( kesian tak tau eja charger jugak )
      boleh diterima akal jugak . bateri selalu habis kalau asik main game .

lepas abah dia balik opis , nampak list ni , terus kena sound ;
" abah nampak kamu bawak barbie , patung mengarut-ngarut ni abah campak je keluar kereta . abah buat spotcek dulu dari kepala sampai kaki sebelum pegi nanti "


dasat tak abang wa ? dah macam askar woo anak-anak kena spotcek .




Sunday, May 22, 2011

tidak mahu cakap banyak

sebab ,

sekarang mahu lihat game terakhir untuk season ini . sebenarnya game ini sekadar membuang masa buat team-confirm-juara-EPL , Manchester United . tapi sebagai mahu memberi harapan kepada Blackpool untuk mendapat mata , MU terpaksa bermain juga . tapi mungkin ia cuma 'harapan' sahaja lah ya ?

ah sudahlah .

oh tidak sabar mahu lihat Nemanja Vidic mengambil piala pemain terbaik musim ini . juga , Alex Ferguson sebagai pengurus terbaik.

EPL terakhir buat lelaki ini .
......and he did very well . im gonna miss u van der sar T__T

sepertinya blog ini sudah mahu menjadi blog bola . oh tidak , saya perempuan sejati . saya mahu belog ini penuh dengan ilmu masakan . ilmu berhias . resipi-resipi . baru lah jodoh cepat datang . HAHA . ok u better stop now yati , GELI !

cepatlah habis game !!! nak tengok MU amik piala !

blackpool , tolong jangan bagi harapan tinggal angan-angan . silalah menang malam ini . bersusah payah MU kasi chance .

bye ,
Wartawan terhangat MU.


Wednesday, May 18, 2011

zaman budak-budak paling seronok

korang rasa zaman budak-budak korang best tak ? apa barang zaman budak-budak main barbie , main mafia wars dalam internet . tak challenging lansung . kita dulu kalau gaduh , gaduh betul-betul . pakai batu , pakai getah nak lastik orang . tak main lah cuma bermain dengan mouse dan arrow .



zaman budak-budak dulu , pergi sekolah paksa mak tunggu tapi mak taknak lalu saya mereka cerita ada anak hindu kacau . tapi tapi tapiiii itu cuma sewaktu awal-awal sahaja hokey . dah masuk darjah tiga , saya paksa mak belikan basikal besar sikit . lepas tu , tak main lah naik bas atau mak hantar lagi . saya pergi sekolah sendiri naik basikal dengan faiz (jiran depan rumah) . mula-mula faiz baik dia jalan kat belakang , saya kat depan , kecik-kecik pun budak lelaki sangat gentle ok . HAHA . 

dekat dalam kain tu make sure ada tracksuit supaya senang main dekat sekolah . pergi sekolah haruslah awal setengah jam supaya dapat main puas-puas sebelum mula belajar . apa pedulik badan bepeluh muka sememeh dah lah hitam legam . muka macam bontot kuali tak payah risau nak pakai-pakai sun block bagai . 

masa tu geng saya ialah faiz, fauzan, azam, nazrin, mimi . aktiviti utama kami sebelum mula kelas ialah main kejar-kejar . sorang je pompuan yang lain lelaki . mula-mula faiz baik , dia tak pernah main kasar-kasar . sejak kawan dengan fauzan dia selalu sepak-sepak orang kalau main kejar-kejar . jadi saya sebagai langkah mempertahankan diri akan balas balik sepak . sudahnya kejar-kejar sudah jadi sepak-sepak . tapi peduli apa , kami still kawan . 



azam pulak kachak . comel pun dia . kalau masa sukan sekolah , siapa dapat satu rumah dengan azam mesti seronok sebab dia dah lah comel , lari pun laju jadi rumah sukan kami akan menang . HAHA budak-budak sangat . kadang-kadang , malam-malam ikut abah dengan mak sembahyang dekat masjid sebab tahu azam pun pergi masjid dengan ayah dia . zaman budak-budak pun dah gatal .time orang sembahyang , kami pun sembahyang kejap aje lepas tu kami main-main sampai kena marah dengan siak masjid sebab bising . azam pun selalu kena marah dengan ayah dia lepas dah habis sembahyang . 

satu je perangai kami budak-budak , suka main nama bapak orang . bila dah kena ejek memang siap lah nak kena kejar satu sekolah . main tarik-tarik tudung antara budak lelaki dengan budak perempuan adalah benda biasa . habis dah tak ayu bila tudung kena tarik ke belakang . terus muka jadi macam opah-opah T__T

nazrin pun kawan , tapi dia jahat . dia pernah dengan sengaja langgar saya masa saya on the way naik basikal nak masuk simpang sekolah . sampai terjatuh saya dalam semak . lepas tu dia gelak kuat-kuat dan tinggalkan saya terkontang-kanting dekat situ . masa tu faiz tak datang sekolah dengan saya sebab dia suka ponteng T__T. 

bila dah habis sekolah , pakat-pakat pulak pergi padang dekat taman rumah saya nak main rounders . HAHAHA . lepas tu main getah lah , main bola sepak dengan budak-budak lelaki pun pernah . tak pernah penat pun . balik-balik main , mandi lepas tu jumpa lagi kat tempat tuisyen . balik-balik muka yang sama . 



sekarang , rindu sangat zaman-zaman itu . kami berpisah lepas saya kena lompat masa PTS . azam pun dapat tapi ayah dia tak bagi dia lompat dan tak lama lepas tu dia pun pindah . faiz pun pindah . semua nya tamat macam tu saja . sedih .

tapi takdir tuhan , saya jumpa balik azam masa tingkatan 4 kebetulan satu sekolah . tak sempat tegur , tengok-tengok minggu depannya , dia pindah sekolah lagi . tapi dia sempat sampaikan salam pada saya melalui member dia . seronok sangat sebab at least dia tak lupa saya lagi . 

sesungguhnya , saya sangat rindu waktu itu . penuh keceriaan , kasih sayang , hidup tanpa masalah , dikelilingi manusia yang tidak hipokrit . sekarang semua dah lost contact . zaman itu tiada handphone lagi . di facebook tak dapat dikesan . jadi lagu ini untuk mereka . T__T





ok lah dah macam jejak kasih pulak . good night . bye bye .


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...