Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Wednesday, June 1, 2011

happy family vacay !

family vacay untuk tahon ini tak lah se'grand' mana . dan cuma sekejap . tiga hari dua malam yang sangat membahagiakan . kan bagus kalau abah ada share dengan mana-mana resort macam dalam novel pergilah air mata tu (-,-") boleh pergi selalu bawa hati , buang air mata kalau tengah frust kah kah kah .

tempat family vacay kali ini bukan lah pulau-pulau tercantik di malaysia . tetapi melihat masing-masing dengan muka yang sangat wow bahagianya , ia jadi sungguh cantik . dengan budget yang sangat rendah , kami jadikannya punyai nilai yang tinggi dalam hati . 

dengan sikap dedikasi pengarah projek seperti wa , we all telah pun mengcheck in 5 bilik superior di Banding Lakeside Inn , Tasik Banding . yang paling seronok sebab wa belum kerja so abang kakak wa tak boleh nak suruh wa keluar duit . tugas wa cuma kutip duit dan pergi bayar di reception dengan muka seolah-olah wa lah yang belanja semua orang . seronok bukan? . terima kasih abah , abang2-abang , kakak sebab memahami wa yang masih kanak-kanak ni . heee . pang !!!

malas nak cerita lebih . ill kindly let the pictures do the talking .

memang dia buat kolam ni untuk family kami je . HAHA

udang siaplah kau kena BBQ sat lagi . yummy yummy .

pengarah projek cum tukang buat air .

ayam yang bakal mendiami perut kami .


I came from a quite large family of 6 siblings, 2 sisters and 3 brothers. 
We lived very rural and had to create our own fun time as we did not have many toys.


hah tengok tengok siapa yang kiri sekali . rajin bukan ?

budak budak yang tau makan je . lepas tu terjun kolam pastu makan balik . grrr !

ayam , ikan gelama , ikan hape tah wa tak tau . wa tau makan je .

view dari bilik hotel .

houseboat dekat-dekat dengan hotel .

round island . RM 120 per boat . sangat puas hati .

weeee . laju lagi .. laju .... yeeha .


It was nice growing up with someone like you , someone to lean on, 
someone to count on... someone to tell on .


botol susu wajib bawa untuk menyumbat mulut siapa yang menangis . 

houseboat . next time boleh try .

overload . tapi , apedehal ?

mumy , dady , adik .

hye aweks . ngurat bley ? :>

siap lah kau shalin zulkifli . kau boleh resign lepas ni .

15 cucu opah ngan atok . 


we share the same blood , the same smile . 


As we grew up, my brothers acted like they didn't care ,
but I always knew they looked out for me and always were there ..


banding lakeside inn , bak duit iklan .

lepas kami balik nanti , mesti hotel ni jadi aman dan damai semula . kah kah kah . pada malam kedua saya sudah seperti mahu menangis kerana esok sudah mahu balik T_T . bagi setiap percutian , waktu paling dibenci adalah waktu mahu pulang ke rumah . sebab waktu tu kita dah tak dapat ramai-ramai lagi , tak dapat makan sama-sama lagi . kalaulah saya punya machine penstatik waktu ;


To the outside world we all grow old. But not to brothers and sisters. 
 We know each other as we always were. We know each other's hearts. 
We share private family jokes. We remember family feuds and secrets, family griefs and joys. 
 We live outside the touch of time ....



Friday, May 27, 2011

budak-budak pun ada preparation utk family trip

28 mei akan ada family trip . jadi semua sibuk prepare barang untuk bbq , memancing dan lain-lain aktiviti . cara terbaik adalah list down semua barang-barang yang perlu dibawa supaya tiada yang tertinggal sebab tempat yang akan kami pergi ialah kawasan pedalaman jadi agak susah untuk dapatkan barang disana . oleh itu sebagai langkah bijak , kereta abah akan jadi kedai runcit bergerak .

tidak kurang juga anak buah aku . sibuk list down barang-barang yang dia nak bawak . lepas tengok barang-barang yang dia list down , saya seperti mahu menangis .


mari kita lihat satu persatu :

1) cermin mata air
    atau pun bahasa bukan kanak-kanak nya ialah goggle . cermin mata air ? GELAK KUAT KUAT

2) topi
    mungkin dia ingat dia artis .

3) pelampung
    masih boleh diterima akal .

4) barbie
    ingat boleh jadi cun macam barbie la bila dia bawak benda tu kehulu kehilir ?

5) anak patung _ _ _ ? ( tak dapat difahami )
    perlu lah bawak ?

6) rambut palsu
    saya rasa erra fazira patut resign jadi artis . sebab ada pelapis pengguna rambut palsu .

7) raket , shuttle
    bawak sampai 4 pulak . mungkin main menggunakan tangan kiri dan kanan sekaligus .

8) calculate ( kesian tak tahu eja kalkulator )
    nak kira budget ? oh bagus bagus kecik-kecik sudah pandai manage kewangan .

9) mahkota
    mungkin dia sedang confuse nak pergi faily trip kah ? atau nak pergi kahwin kah ?

10) tongkat 
      ini pulak mungkin sebagai persiapan mana tahu akan duduk sana sampai tua , jadi perlu tongkat . HAHA . tongkat ? jom nangis .

11) bear aiman
      aiman ialah adik dia (lelaki pun main bear) . tapi , kenapa tak nak hangkut satu stor mainan je ?

12) gincu
      curi gincu mak dia (sah budak ni ada kekeliruan identiti , kanak-kanak atau artis )

13) handphone
      jgn main-main darjah 2 ada handphone .

14) cage ( kesian tak tau eja charger jugak )
      boleh diterima akal jugak . bateri selalu habis kalau asik main game .

lepas abah dia balik opis , nampak list ni , terus kena sound ;
" abah nampak kamu bawak barbie , patung mengarut-ngarut ni abah campak je keluar kereta . abah buat spotcek dulu dari kepala sampai kaki sebelum pegi nanti "


dasat tak abang wa ? dah macam askar woo anak-anak kena spotcek .




Sunday, May 8, 2011

hadiah dari saya untuk mak sempena hari ibu.

semalam ,

balik dari mesyuarat mak nak masak nasik . disebabkan dah lapar sangat , mak masak nasik pakai dapur tak pakai rice cooker . pastu mak duduk kat ruang tamu .

masa tu aku pergi dapur nak basuh tangan , lepas tu nampak api tu perlahan sangat mcm hidup segan mati tak mahu je . kejap nyala kejap padam . kira macam over slow lah .

aku pun dengan selamba yaya kuatkan sikit supaya api menyala dengan konsisten . tak lagi kejap nyala kejap padam . lagipun aku tengok nasik tu belom beri tanda-tanda nak masak lagi .

lepas tu aku pun pegi ruang tamu . kejap aje lepas tu abah yang baru keluar dari tandas pergi ruang tamu jugak . dengan nada perli sepenuh hati abah tanya dengan muka selamba seperti lagak seorang hero malaya sedut asap rokok

 " siapa yg masak nasik goreng kerak hitam kat dapur tu ? "

mak pun kalut . terasa sungguh tajam menggores sanubari . kelam kabut mak bangun pergi dapur sambil mengomel-ngomel sendirian tapi masih mampu didengari oleh aku .

" aik dah hangit ke? api slow je pasang tadi . baru je kejap tinggal takkan dah hangit ? "

mak pasti kompius , tak mungkin dia yang profesional tak pass masak nasik pakai dapur gas ? abah sambung ...

" slow ? punye besar lagi api "

pic ihsan abang google. tak sempat snap sebab over takut .


dan........ aku di ruang tamu itu , sudah terasa diri mengecil seperti tikus . tetapi aku cuma berdiam diri . abah cukup tak suka akan kelalaian . aku tahu itu . cukup tahu . 

jadi aku tak punya kekuatan untuk berterus terang bahawa aku lah manusia yang terlampau profesional dalam masak-memasak ini yang terlibat dalam kes menguatkan api seolah-olah ingin bakar sate .

aku yang bersalah T__T. malam tu , abah ajak makan kat luar . abah pun dah cool je nampak . macam happy aje siap nak belanja makan luar lagi . lalu aku mengumpul kekuatan untuk berterus terang sewaktu dinner nanti . lepas order dan sedang menikmati makan malam , aku lihat semua orang ceria , lalu aku mulakan bicara . dan aku pastikan muka ku waktu itu adalah muka minta simpati .

" sebenarnya siang tadi .. kak cik yang kuatkan api T__T. kak cik ingatkan api tu macam nak terpadam . mana kak cik tau mak memang pasang slow T__T. "

mak pun cakap dengan nada bebel ye kawan-kawan ,

" mak dah agak dah. sebab mak rasa mak memang dah pasang slow dah . tu la masalah kalau tak tahu masak . "

adik pun nak menyampuk, dengan muka batu api ;

" kesian mak yang kena marah . ko la punya pasal ! "
" ala sorry laa .. T_T "

p/s : mak kak cik mintak maaf sebab ni mesti hadiah terburuk yg mak pernah dapat sempena hari ibu T__T


Saturday, May 7, 2011

selamat hari ibu Pn. Noriah bt Zainudin..

mak,

terima kasih susah payah mengandungkan kak cik 9 bulan, 10 hari .. 
mak tak kisah muntah-muntah, sakit belakang semata-mata sebab nak kak cik lahir kat dunia ni ..
mak tak lalu makan , tapi terpaksa makan jugak sebab kak cik ada dalam perut mak .. 

mak, 

terima kasih jaga kak cik sejak kecik .. sampai kak cik masuk tadika ..
mak nak hantar kak cik pegi tadika kak cik degil nak kayuh basikal sendiri ,
mak follow dari belakang naik basikal sebab takut kak cik pergi tadika sorang2 ..

kak cik kena kejar anjing kak cik kayuh basikal laju-laju lagi ..  mak suruh berhenti pun kak cik buat tak tau...
tapi kak cik tak peduli kak cik kayuh jugak laju-laju ..
sebab kak cik takut kena gigit walaupun time tu anjing lari lagi laju dari basikal kecik kak cik tu ...
tapi nasib baik mak sempat baling batu kat dia , dia pun lari ...

mak,

dah masuk sekolah rendah , kak cik malas nak pegi sekolah . kak cik nak mak temankan kat sekolah .
kak cik buat alasan ada anak indu kacau .. padahal budak tu cuit-cuit je sebab nak kawan ..
mak pun datang sekolah . mak tanya budak indu tu . "betol ke awak kacau yati ?"
kesian budak indu tu tak pasal-pasal jadi mangsa kak cik . 

lepas tu , dah besar sikit kak cik nak ikut kawan-kawan beli mainan kat kedai ,
kak cik curi duit mak . HAHA . bukan pandai sangat nak curi . mesti kantoi .
mak marah kak cik . kak cik serik .
tapi lepas tu mak bagi kak cik belanja banyak sikit . sebab tak nak kak cik curi lagi .

mak, 

lepas kak cik dah masuk sekolah menengah pulak , 
kak cik sedih sangat sebab terpaksa berpisah dengan mak 40 hari . tak boleh telefon . tak boleh jumpa .
kejam kan sekolah ni . kak cik tekanan perasaan sampai kak cik pengsan-pengsan .
tau-tau mak nak pegi mekah pulak, maknanya lepas 40 hari tu pun kak cik tak boleh jumpa mak lagi ..
lagi lah kak cik tekanan . kak cik ingat bila kak cik pengsan , sakit , kak cik boleh balik .
rupa-rupanya tak .. sedih sangat . 
mak datang jugak sebab nak tengok , tapi warden tak kasi jumpa selagi tak habis 40 hari .

mak, 

kak cik selalu lawan cakap mak , mak suruh kak cik belajar masak kak cik taknak . 
ada je alasan kak cik .
mak kejutkan kak cik sembahyang subuh , tak pernah kak cik terus bangun . 
mak kejutkan jugak walaupun terpaksa jerit-jerit 15 kali . kak cik tekup bantal kat telinga , 
pukul 6.45 - 7 baru kak cik bangun sembahyang .
mak pernah menangis sebab tu . mak cakap hari-hari kak cik sembahyang subuh hujung waktu .
berdosanya kak cik .
bangun pagi tu , kak cik peluk mak mintak maaf , memang kak cik salah .

mak,

sepanjang hidup kak cik , tak pernah ada orang yang jaga kak cik sama macam mak .
kak cik tak boleh makan udang , nanti sakit perut + gatal2. tapi kak cik teringin sangat .
lepas tu kak cik gatal-gatal . tapi mak dah tidur .
sebab tak tahan , kak cik kejutkan jugak mak . kak cik cakap kak cik tak tahan sangat ...
mak bangun , mak sapu krim satu badan kak cik ..

bila dah ok sikit kak cik suruh mak sambung tidur ,
tiba-tiba kak cik sakit perut pulak .. kak cik ingat kak cik boleh tahan .
tapi betul-betul sakit . mak pun bangun lagi , sapukan minyak . urut-urut perut kak cik.
masa tu dah pukul 3 pagi . kak cik tetap sakit jugak . mak kejutkan abah , bawak kak cik pegi klinik .
malam tu kak cik kena inject .
sayangnya mak pada kak cik kan ...



mak, 

sekarang kak cik dah masuk U pun . sume atas jasa mak abah didik kak cik .
tak pernah sekali pun mak biarkan kak cik tak cukup duit .
semuanya cukup , mak cakap kalau tak ada duit bagi tau .. jangan tak makan .
tapi memang kak cik tak pernah tahan makan pun .

mak cakap , duit boleh cari .. asalkan kak cik belajar rajin-rajin .
tapi kan mak , kak cik tak rajin pun . kak cik banyak main-main .
kadang-kadang pointer jatuh , tapi mak tak pernah marah .
mak cuma cakap , dah takat tu je yang mampu . nak buat macam mana .
usaha lagi . tapi kak cik tak study betul-betul pun .

mak sakit kat rumah , mak tak pernah bagitau kak cik . mak sampai pegi jumpa pakar kak cik lansung tak tau .
mak cakap tak nak kak cik risau sebab kak cik nak test . 
patut lah dalam seminggu tu kak cik telefon mak tak banyak cakap , mak cakap mak busy .
kalau adik tak terlepas cakap, sampai bila pun kak cik tak tau .

mak ,

maafkan kak cik atas semua dosa-dosa kak cik selama 21 tahun ni .
halalkan makan minum kak cik .
halalkan kasih sayang yang mak dah bagi pada kak cik .
kak cik tak kan dapat balas jasa mak walaupun 1000 tahun kak cik hidup .
semoga mak bahagia selalu , mak tak boleh sakit-sakit , mak mesti makan banyak ye ?
kak cik tengok mak dah susut sekarang ..
kak cik sayang mak dunia akhirat . sumpah . 
lagu ni utk mak ... walaupun mak tak akan baca ni ..

SELAMAT HARI IBU, MAK !!!






Saturday, April 30, 2011

dengan kanak-kanak, saya terasa muda..

ini cerita hari tu, lupa nak update lepas tu anak-anak buah bising-bising tanya.

" makcik makcik bila nak letak video kita main pingpong tu dalam blog ? "

" eleh main pingpong pakai meja kecik bola jatuh-jatuh, ada hati nak letak dalam blog. "

" mak cik yg tak pandai main. " 

" baiklah baiklah. " *sebal*

tengah main badminton kat luar, tetiba hujan lebat. kak suruh anak-anak dia masuk rumah. biasa lah budak-budak tak dapat main, ada je backup plan. jadi aku sebagai makcik yang paling sporting tak kisah mengribenakan diri sendiri join dia orang selepas dipujuk-pujuk. terasa diri seperti kanak-kanak. auww.

meja sangat menyedihkan T__T.

yang buat aku malas tu sebab dia orang ajak main pingpong tapi meja pingpong tak ada. yang ada cuma bola dengan bat pingpong je. last-last meja ni dia orang pakai utk main. yang penting sangat kecik dan membuatkan saya akan banyak bermain atas lantai ye kawan-kawan.

player star (lah sangat)...

ini bukan main-main ok. semangat gila siap sediakan medal lagi. HAHA. entah medal mana lah yg dia orang rembat.



medal pelbagai jenis dan warna. HAHA


oh.. nangis T___T



pernah main sekali je pingpong ni dulu-dulu itu pun main macam main badminton. meja je depan mata tapi bola terbang-terbang siap smash lagi kau. macam video ini. bezanya yang ini bukan hardcore, jadi tiada aksi smash.








siap nyanyi lagu negaraku. patriotik bukan? tetapi kurang adab ye kawan-kawan. tak berdiri tegak dan cuba membuat gaya seperti pramugari firefly ? . sob sob T___T. dan selepas video ini sebenarnya ada lagi beberapa video seperti wartawan sedang temubual pemain-pemain dan saya sudah tidak sanggup mengupload lagi. bye bye.


Monday, March 28, 2011

tak sangka adik sendiri macam ni...

sila kesian kat budak ini. maaflah, sebab dia korang kena baca entry sebegini. aku pun post entry ni cuma nak jaga hati sambil buat muka sunkist. HAHAHAHA. 

biarlah gambar berbicara.....

dia demand tulis entry pasal dia. dengan mak abah sendiri pun dengki.

ni dia komen pada entry ini. dia adalah adik saya. ya...... adik saya T___T. tak berapa lama lepas tu, ada notification kat facebook dari budak ini jugak....


dia siap remind suruh aku buat entry pasal dia T___T

ok sekarang sedia tisu dik, aku nak buat entry touching untuk ko.

dia memang adik, tapi kadang2 dia dah macam kakak untuk aku. aku ada 6 orang adik beradik tapi 4 yang paling atas semua married. tinggal kami berdua je lagi. bukan sebab tak laku hokey. tapi sebab kami masih remaja.

ye ye kau remaja lagi. berapa kali nak ckp??

jadi nak tak nak, dia lah satu-satunya tempat aku kongsi semua, sedih, seronok, kisah kencing atas tilam time tidur, pasal lelaki kacak tapi hidung penyek, hah semua lah. bila aku sedih putus cinta ke, dia la tempat aku mengadu. kadang2 dia cakap...

" wa paling malas la orang cite bab2 cinta dengan wa ni. tapi nak buat macam mana wa kan adik lu wa sorang je lah kena dengar cerita lu. cite lah...."

comel kan, walaupun menyakitkan hati kadang2, tapi buat aku rasa selesa..... kadang2 ayat2 menampakkan yang dia matang dari aku. dulu pernah satu masa aku down gila , dia mesej aku....

" dulu ko yang buat keputusan. patutnye betulkan mana yang tak betul. bukan menyesal. "

waaa betul kah ini adik aku T___T. kalau bab2 beralah lagi lah dia selalu beralah. kadang2 aku sedar diri jugak, siapa kakak siapa adik sebenanye. time2 tidur tengok muka dia, rasa nak menangis je thank you so much, dik. dulu, time2 sengkek tak ada duit, tebal muka nak mintak kat mak abah, aku halo dia.

" sebenanye wa tak tau la wa adik ke, lu adik ni......patutnye wa mintak duit kat lu..."

panas je dengar. HAHA. tapi dia bagi jugak. sebab tu lah wa sayang gila kat dia. rindu pun ada jugak. tapi bila dah jumpa macam biasa lah main tarik-tarik rambut. siapa tak pernah main tarik rambut memang ortodoks lah. hah sudah, tak payah kembang kempis hidung baca.

yang kanan tu lah 'si demok', adik saya. sapa2 nampak dia, sila tembak. HAHA

hey lelaki2, siapa yang berani playing game with her heart, siap lah !


p/s : semenjak dua menjak, aku rindu rumah. thats why.....................................



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...