Showing posts with label lelaki. Show all posts
Showing posts with label lelaki. Show all posts

Monday, June 27, 2011

cermin.......s

kenapa cermin......s ? sebab sekarang saya mahu cerita pasal perempuan yang sememangnya kaum yang amat kreatif . macam saya . yang akan try their best untuk gunakan apa-apa sahaja yang ada disekeliling mereka sebagai 'cermin' . holistik bukan ? tak paham ? ok just let me give u some examples ;

1) perempuan , tak kisah la dekat mana pun bila terjumpa cermin dia akan pergi laju-laju "eh bila pulak jerawat ni tumbuh agak-agak pakwe aku pasan tak ? wuwuoo T_T tak suka tak suka nye titeww". even bangun tidur lalu jap depan cermin "hari ni makin kurus ke makin demok ha ? eh nampak makin cantik pulak hari ni weeeeee yeeeeaaahoo !!"


2) masa jalan-jalan , rambut dah kena tiup angin tudung dah kepek-kepek , "eee geramnya dah la sejam set rambut tadi . grrrr". dalam situasi macam ni , mana-mana store windows pun boleh nak jadi cermin .


3) bila sehari suntuk kat luar , tak ada tempat sangat nak cek penampilan , atau dalam keadaan tergesa-gesa atau dah sememangnya tak boleh seminit berpisah dengan cermin , mereka akan ; "nasib baik ada kereta sape tah ni . berkilat lah boleh la tumpang pakai lipstick kat sini . sebelum tu cek jap ada orang tak dalam kereta kalau ada malunyerrrrrr".




4) "eh alamak ada cili tak melekat kat gigi ? malu lah pulak kang syiok-syiok sengih-sengih kat pakwe ada cili melekat ." ah , apedehal ... sudu ada . sudu pun booooleh .


5) kat dapur pun , "eh bakal mak mentua datang buat saspen je karang aku tak comel dia tak jadi masuk minang pulak . adoi doi doi lecehnya nak jadi menantu . nasib baik kau ada kettle oiii"




6) sambil tunggu pakwe yang tak kunjung tiba , "eee mane dia ni lembap betol nak sampai habis cair mekap aku dah tunggu dia ni . majuk kang tak nak pujuk pulak . menyampahnyaaa" . pada waktu begini , handphone yang ada mirror screen atau aplikasi secondary camera sangat diperlukan .


bosan jadi perempuan . cermin , cermin , cermin . nasib baik pakwe tak botak je kalau tak kepala dia tu pun jadi nak buat cermin . berbeza dengan lelaki  yang lebih confident dan ada self-esteem yang over-tinggi . macam ini ; 


HA HA HA HA 


Wednesday, May 11, 2011

jangan salah sangka kat lelaki .

1) kalau sorang laki tu selalu telefon kau , texting-texting kau , tak bermaksud dia sukakan kau . so jangan kecewa lebih-lebih atau salahkan dia kalau dia dah stop calling / messaging u ols.

2) kalau kekasih (lelaki) korang cakap dia sibuk malam tu , bermaksud dia memang sibuk . bukan dia dah tak sayang , tak peduli atau dah bosan .

3) kadang-kadang lelaki tak nak layan korang time dia baca paper , tengok movie , dll . bukan sebab dia malas nak pedulikan korang , tapi dia memang tak boleh buat dua kerja dalam satu masa .

4) kalau dia (lelaki) tengok perempuan lain depan korang , jangan ingat dia gatal . memang lumrah dia suka tengok perempuan . yang penting dia tetap sayang kau . kau jangan nak rasa insecure sangat lah .

5) kalau kau merajuk dan lelaki tu buat tak tau je , bukan sebab dia tak nak pujuk . tapi sebab dia dah cuba macam-macam tapi kau tetap keras kepala jugak . lagi , dia takut kau lagi emosi . nanti mula lah mintak putus , tukar status fb jadi single , lepas tu dah rindu in a relationship balik , pastu putus lagi , pastu widowed , pastu complicated (wat the pokemon?)

hello kutchi :"> are u married ?


p/s : baikkan saya ? selalu bersangka baik pada lelaki . biasa lah , calon kekasih ashton kutcher .



Monday, March 28, 2011

tak sangka adik sendiri macam ni...

sila kesian kat budak ini. maaflah, sebab dia korang kena baca entry sebegini. aku pun post entry ni cuma nak jaga hati sambil buat muka sunkist. HAHAHAHA. 

biarlah gambar berbicara.....

dia demand tulis entry pasal dia. dengan mak abah sendiri pun dengki.

ni dia komen pada entry ini. dia adalah adik saya. ya...... adik saya T___T. tak berapa lama lepas tu, ada notification kat facebook dari budak ini jugak....


dia siap remind suruh aku buat entry pasal dia T___T

ok sekarang sedia tisu dik, aku nak buat entry touching untuk ko.

dia memang adik, tapi kadang2 dia dah macam kakak untuk aku. aku ada 6 orang adik beradik tapi 4 yang paling atas semua married. tinggal kami berdua je lagi. bukan sebab tak laku hokey. tapi sebab kami masih remaja.

ye ye kau remaja lagi. berapa kali nak ckp??

jadi nak tak nak, dia lah satu-satunya tempat aku kongsi semua, sedih, seronok, kisah kencing atas tilam time tidur, pasal lelaki kacak tapi hidung penyek, hah semua lah. bila aku sedih putus cinta ke, dia la tempat aku mengadu. kadang2 dia cakap...

" wa paling malas la orang cite bab2 cinta dengan wa ni. tapi nak buat macam mana wa kan adik lu wa sorang je lah kena dengar cerita lu. cite lah...."

comel kan, walaupun menyakitkan hati kadang2, tapi buat aku rasa selesa..... kadang2 ayat2 menampakkan yang dia matang dari aku. dulu pernah satu masa aku down gila , dia mesej aku....

" dulu ko yang buat keputusan. patutnye betulkan mana yang tak betul. bukan menyesal. "

waaa betul kah ini adik aku T___T. kalau bab2 beralah lagi lah dia selalu beralah. kadang2 aku sedar diri jugak, siapa kakak siapa adik sebenanye. time2 tidur tengok muka dia, rasa nak menangis je thank you so much, dik. dulu, time2 sengkek tak ada duit, tebal muka nak mintak kat mak abah, aku halo dia.

" sebenanye wa tak tau la wa adik ke, lu adik ni......patutnye wa mintak duit kat lu..."

panas je dengar. HAHA. tapi dia bagi jugak. sebab tu lah wa sayang gila kat dia. rindu pun ada jugak. tapi bila dah jumpa macam biasa lah main tarik-tarik rambut. siapa tak pernah main tarik rambut memang ortodoks lah. hah sudah, tak payah kembang kempis hidung baca.

yang kanan tu lah 'si demok', adik saya. sapa2 nampak dia, sila tembak. HAHA

hey lelaki2, siapa yang berani playing game with her heart, siap lah !


p/s : semenjak dua menjak, aku rindu rumah. thats why.....................................



Saturday, March 26, 2011

abah saya, kekasih saya.

dah lama tak balik rumah. duduk bilik sorang2 time hujan mestilah buat aku rindu gila kat rumah. kalau kat rumah masa hujan-hujan macam ni mesti lah aku duduk dapur cari makanan. dekat sini kena beli makanan. beli makanan dan cari makanan adalah dua perkara berbeza kerana beli makanan boleh menyebabkan kegawatan ekonomi pada masa depan. HAHA. 

yg kachak tu rupa bilik aku waktu hujan. dpt bayangkan tak aktiviti aku kat bilik dgn suasana mcm ni?

semalam, telefon mak dengan abah. abah tanya aku,

" ada duit lagi tak? pelik pulak abah dah nak habis sem tak mintak duit. "

nampak sangat aku kaki pau duit kat abah. abah, anakmu ini telah berubah.....ceh, padahal dalam hati, owh abah sangat memahami ! 

tu baru satu, teringat pulak hari tu time cuti, aktiviti aku time cuti memang jadi perempuan melayu terakhir la tak keluar rumah lansung. lepas tu pagi2 bangun tidur haruslah sentiasa lebih dari pukul 12. owh bukan pagi sebenarnya. petang..petang.. mak macam biasa lah membebel-bebel. ketuk2 pintu bilik sekuat hati silap2 hari bulan pintu bilik aku tukar baru lah. tapi abah memang sangat memahami anaknya,

" bia lah dia tido..dia penat tu..."

sambil tido, aku senyum.... abah, terima kasih ! mak tak boleh lawan cakap abah, berdosa. apa yang penat pun aku tak tau. duduk rumah makan, tidur, online, baca novel, tengok tv.

lagi, tiap kali cuti mak selalu suruh aku pegi ambik lesen. mak ugut, kalau ambik lesen lambat mak tak nak support duit. aku tak suka nak pegi amik lesen sebab aku paling lemah la nak bawak2 kereta ni. lagi satu nak kena bangun pagi2.alahai...lepas tu paham-paham la nanti org yang ajar bawak tu mesti marah2 kalau salah. dia expect macam aku dah master semua. nama pun baru nak belajar oii kalau dah pandai aku tak pegi belajar la. ha kan emo tak pasal2. lepas tu macam biasa lah, hero aku selamatkan,

" alah, nanti la tunggu dia cuti sem 4 bulan baru la pegi amik lesen, nanti bukan mak je support semua. mesti mintak abah jugak. "

haha. comel gila abah bekap. abah pun selalu bagi semangat. dia tau aku paling tak suka kena marah.

" kalau orang marah, anggap je dia ni tak betul ke.. dia ni pelik sikit agaknya.. tekanan perasaan kot tu sebab dia marah. kesian kat dia.. "

abah cakap, kalau kena marah anggap je macam tu. so, tak ada lah kita rasa sedih sangat. kadang2 kita kena ambik kemarahan orang lain tu something yang kelakar dan anggap ia sebahagian dari ragam manusia. abah cakap, jangan ambik berat pasal hal yang remeh-temeh macam tu. baru lah lapang otak.

abah pun kelakar jugak. hari tu dekat rumah, tengok abah kelam kabut masuk toilet tak bukak lampu. ingatkan dia dah tak tahan gila nak berak. saya yang seperti tengah tengok drama tu tolonglah bukak kan lampu. tiba2 abah jerit,

" oii... sapa bukak lampu tu? dah hilang mood nak berak. "

gelak guling-guling aku masa tu. tak pernah pulak aku belajar biologi, cahaya lampu mempengaruhi kadar perkumuhan manusia. HAHAHA. mungkin sebab abah lahir sejak zaman komunis kot, biasa berak tak pasang lampu..................dah umur 20 tahun baru saya tau. lagi satu, dia pantang orang panggil dia masa dia dalam jamban. terus tak lepas hajat dia. lepas tu keluar jamban buat muka sunkist.


saya banyak belajar dari abah. dia sangat warm, sangat menenangkan...tapi sangat tegas bila perlu. lain sangat dengan mak. mak sangat lembut hati, senang tersentuh, senang menangis. mungkin sebab itu mak ada suami macam abah. sekarang saya sangat rindu dua-dua. saya harap saya dikurniakan suami seperti ini satu hari nanti... amin..

p/s : saya tak tahu kenapa saya buat post yg agak privacy macam ni. mungkin cuaca mempengaruhi entry. anggap lah ini fakta sains terbaru.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...