Showing posts with label Rasulullah. Show all posts
Showing posts with label Rasulullah. Show all posts

Saturday, June 4, 2011

Pregnant

sejak kebelakangan ini , ermm bukan sejak kebelakangan ini sahaja . tetapi sejak dahulu-dahulu lagi saya memang agak pantang tengok perempuan mengandung . bukan pantang yang mahu tampar-tampar tu . tapi pantang lihat , rasa mahu tengok lama-lama lepas tu eeee momeynye suka suka eeeeeeee ! kadang-kadang terfikir macam mana eh rasa dia lembik-lembik macam jelly ke keras-keras macam ais batu ke ?
* pang mahu ? 

ini angelina jolie .

bila tengok pulak lagi , perempuan mengandung ni muka dia nampak suci aje . polos . nampak macam ibu-ibu penyayang je . tu lah sebab mereka-mereka ini nampak lebih comel bila mengandung . 

lagi , bila perempuan mengandung pakai maxi atau gown mengandung kan dia mesti singkat sikit . lepas tu dia mesti jalan slow-slow badan kebelakang sikit sambil pegang perut . comel bukan ? HAHA .

ini sazzy falak .

ini nora danish .

lagi special bagi orang islam , banyak hikmah untuk perempuan mengandung ni ;

Rasulullah menyebut bahawa dua rakaat solat wanita hamil 
lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. 
Ini kerana wanita yang hamil membawa janin di dalam 
perutnya dimana janin berkenaan turut menyertai ibunya solat, 
mendengar bacaan-bacaan solat, ikut sujud bersama .

tu belum lagi untuk hikmah untuk perempuan bersalin , menyusukan baby dengan susu badan sehingga 2 tahun , korbankan waktu tidur untuk jaga baby dia orang yang sakit tu .

ini wardina safiyyah .

dan ,
mereka akan kelihatan lebih comel dan bahagia bila suami tersayang sentiasa disisi ...

ini pulak , saya dan suami . KAH KAH .

sebelum wa cerita lagi banyak pasal benda-benda yang terlalu matang bagi wa ni , baek wa out dulu .
tata .


p/s : sakit hati gila gambar nora danish dengan sazzy falak ni tak boleh straight . sapa-sapa tau macam mana nak kasi straight tolong la ajar . huk huk T__T 



Friday, April 1, 2011

Oh sangat romantik !

Dulu waktu kecik2, nak tidur je selalu suruh uda cerita. uda pun islamik-islamik sikit. dia selalu cerita pasal kisah nabi-nabi. spesifik lagi, pasal mukjizat nabi. aku suka gila sebab aku rasa wow dasyat lah nabi-nabi ni. uda cakap nabi musa ada tongkat yang boleh tukar jadi ular, nabi isa boleh berjalan atas air. aku kagum lah, aku cakap kat uda owh macam doraemon eh?. dulu kecik2 mana aku tau weh. semua yang hebat2 aku cakap macam doraemon. tapi uda cakap tak, uda cakap Tuhan yang bagi pada nabi-nabi tu, doraemon tu orang yang buat. 

dulu kecik2 aku tak main lah cerita cinderella, rapunzel, beauty and the beastly. dulu kecik2 islamik sikit, sekarang jahil. memandangkan blog aku ni tak pernah ada entry2 ilmiah, hari ni aku nak buat 1. manusia boleh berubah. aiceh !

mana-mana lelaki yang boleh buat begini, aku dengan bangganya support kalau korang nak kawin empat. tapi make sure akan jadi begini, kalau tak korang sedia lah jalan bahu senget sebelah kat akhirat nanti. 


satu masa dulu, isteri-isteri Rasulullah SAW berkumpul dengan baginda. ada salah seorang dari isteri baginda tanya pada Rasulullah SAW,

" antara kami semua, yang mana paling Rasulullah SAW sayang? "

Rasulullah SAW senyum je.. baginda pun jawab,

" aku akan beritahu kamu semua kemudian.. "

lepas je daripada tu, Rasulullah SAW bagi setiap seorang daripada isteri baginda sebentuk cincin. baginda pun pesan pada setiap seorang dari mereka,

" jangan beritahu pada isteri yang lain.. "

isteri Rasulullah SAW haruslah seorang yang patuh, semua senyap2 je. dalam hati mestilah berbunga. semua rasa dia lah yang Rasullullah paling sayang. satu hari, isteri-isteri baginda berkumpul lagi lalu bertanyakan Rasulullah SAW soalan yang sama. Baginda pun jawab lagi...

" Isteri yang paling aku sayang ialah isteri yang telah aku berikan cincin kepadanya.. "

semua isteri baginda senyum puas hati. mesti lah bahagia bila rasa diri disayangi...




ok dah habis, romantik kan? boleh je jadi sweet, romantik tanpa menipu. mesti dalam hati tu ada yang cakap, memang lah.. sebab isteri Rasulullah SAW patuh, dengar cakap, tak bagitau yg lain. jawapannya senang je, sebab tu kenalah cari isteri yang solehah.. 


ini saya masa kecik. HAHAHAHA T___T

p/s : owh dah tentu saya tak layak jadi bini orang lagi T___T


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...