Showing posts with label tag. Show all posts
Showing posts with label tag. Show all posts

Thursday, February 17, 2011

senyum tak nampak gigi

hai semua. eh tak lambat lagi kan nak ucap selamat menyambut hari valentine. eh tak tak wa tak main la sambut2 valentine ok. setiap hari adalah hari kekasih utk wa. wa tak perlu valentine2 ni kalau nak berkasih sayang. lagi baik wa ucap selamat menyambut maulidur rasul sebab ni baru lah betul2 kekasih sejati wa.

ok dah straight to the contest, ada orang tag wa utk join contest ni. thank you so much Da Della Rissa. dia ni memang paham2 wa senyum memang jenis tak nampak gigi tu sebab dia suruh wa join ini contest agaknya. Contest ni Miss Muazatul Adawiyyah yang anjurkan. Miss Muaz ni cakap dia nak bagi hadiah kalau dia rasa muka korang ni sesuai senyum tak nampak gigi. tapi tapi tapi tapi kena janji tau?

janji jangan sembelit 44 hari tengok muka wa senyum tak nampak gigi ni sudah. amaran keras !

nah hamik kau besa gedabak aku tempek. pergi lah sembelit berjemaah. geli2 lah kau orang tengok pic ni.
macam2 contest ada. senyum nampak gigi la senyum tak nampak gigi la. senyum nampak ketiak la senyum sorok ketiak la. ok tipu. nak join contest ni pegi la jenguk sendiri klik nama Miss Muazatul Adawiyah. pastu korang upload la pic korang besar gedabak mcm aku biar aku pulak muntah tengok pic korang. haha. tak2 korang cun2 hensem2. aku je terlebih cun. cepat tau tarikh tutup 27 Feb 2011.

bye! nak pergi tandas sebab sembelit tengok gambar sendiri.

Friday, February 4, 2011

JOM JOIN CONTEST ADIK SAYA COMEL MACAM MIA SARA cik aish


nampak tak pic atas ni nampak tak? aku join contest tahu? contest ni je la yg aku mampu nak join sbb pertaruh muka budak2 @ bukan muka aku. haha. kalau contest 'saya comel' ke 'blog paling comel' ke lupakan je lah. wa sedar diri wa. lagipun ada sorang blogger ni tag aku join contest ni nama dia Saraeisyabalqis so why not kt try je kan. thanks ya sara. contest ni Cik Aish yang anjurkan.

contest ni suruh letak pic adik tapi dia cakap kalau tak ada adik tak kisah siapa pun budak2 yang part of our family. so ni aku letak pic anak buah aku nama dia Muhammad Harith Haiqal bin Mohd Noor.

tak tau celah mana mia sara nye tah. haha

ni sebenarnya aku pun tak tau nak kategorikan sbg comel ke horror ke. tapi ni je la satu2nya yang aku ada pakai yang lama punya. jangan konfius ye tadi aku tulis nama lelaki sekarang keluar budak pakai tudung. sebenarnya dia ni pakai tudung yang opah dia baru beli. sob2 T__T.
MySpace

aku kena tag 3 orang :

kalau korang yang lain nak join contest ni sila lah. ni syarat2 penyertaan dia :

1. Anda mestilah bloggers dan warganegara MALAYSIA.

2. Anda mestilah menjadi follower blog Cik Aish.

3. Sila buat satu entry yg bertajuk "JOM JOIN CONTEST ADIK SAYA COMEL MACAM MIA SARA CIK AISH".

3. Dalam entri itu, anda perlulah letak gambar adik-adik  anda yang comel-comel tu.

4. Selain itu, perlulah letak link http://getmedean.blogspot.com/ dan juga gambar banner kat atas skali tu dalam entry anda

5. Jangan lupa tag 3 member anda dalam entri tersebut (pastikan kawan anda tau dia di tag

6. Dah siap, sila tinggalkan link entry anda di ruangan komen entry ini

7. Tarikh tutup adalah jam 12 malam 5 Februari 2011 dan pemenang akan diumumkan pada 14 Februari 2011

8. Seorang blogger sahaja yang akan dipilih menerima DISCOUNT VOUCHER RM50 FOCUS POINT dan Pemenang kedua dan ketiga pula akan dapat hadiah saguhati yang comel!

KALAU TAK ADA ADIK PEREMPUAN, LELAKI PUN BOLEH
KALAU TAK ADA ADIK, ANAK BUAH KE ANAK SENDIRI KE PON BOLEH
AS LONG THEY ARE PART OF YOUR FAMILY..
GOOD LUCK !!


nak lagi lanjut pegi sendiri ke blog Cik Aish ok.

tata !

Wednesday, February 2, 2011

1st time dapat tag cinta ^__^


hari ni pun aku gumbira lagi sbb semalam tidur tengah gumbira so bangun pagi pun mesti lah gumbira. lagi2 gumbira sebab bangun2 tido pagi2 buta (12.40 PM oh mengaibkan diri sendiri T__T) ni je, rambut serabai mcm hantu kak limah tak gosok gigi tak basuh muka terus sengih depan laptop, sebab aku kena tag ngan sorang blogger yang aku tak kenal pun. hey thanks sangat2 lah Syafiq Isme sebab ni kan first time wa kena tag so wa skrg tgh excited nak jwb soalan ni tahu? tapi kan dia ni sebaya adik wa je so cancel lah niat nak ngurat. hahaha. then, wa follow je dia. tq.
MySpace

sebelum ni aku memang suka lah baca tag2 orang lain kat blog orang lain (tatabahasa zaman babylon). walaupun 100 soalan aku gagahkan jugak baca. tapi kali ni aku dapat 25 soalan tu pun bagai nak juling bijik mata aku jawab (lepas ni kalau nak tag soalan tag lah sikit2 je tau wahai pencipta2 tag). tak larat tangan mak nyah oiii.
MySpace

Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to     know more about you. Your cooperation is highly appreciated.

  1. Dulu2 mak aku nak bagi nama Norfarhana binti Hamzah tapi bila abah aku nak pegi daftar dia lupa nak letak nama apa pastu zaman tu tak ada handphone lagi so abah aku terus letak nama Norhayati binti Hamzah.
  2. Aku baru 20 tahun (birthday aku tak sampai lagi so aku tak kira aku nak jugak 20 tahun).
  3. Study (tapi banyak tido) kat USM Pulau Pinang.
  4. Kos Sains dengan Pendidikan (gelak lah gelak lah!!)
  5. Ni semester 6.
  6. Haku hanak ke 5 dari 6. (sepatutnya 6 dari 7. tapi tuhan lagi sayang arwah abg aku yang meninggal masa baru lahir. ALFATIHAH)
  7. Hobi melawat GSC. (ok aku tau tak ilmiah lansung)
  8. Aku suka makan mak aku masak dan masakan aku sendiri tapi aku tak suka kakak aku masak tak sedap. LOL. pastu aku suka makan makanan yg org belanja. haha.
  9. Aku berjiwa sensitif (geli)
  10. Tak suka org penipu, ego, playgirl, playboy, playstation.
  11. Benci si selfish, fish n chips.
  12. Benci kena marah T__T
  13. Kalau happy aku bagitau semua org aku happy, kalau sedih aku diamkan je.
  14. Aku paling tak suka tidur dalam keadaan sedih sebab kalau aku tidur time sedih esok pagi pun aku mesti sedih jugak T__T
  15. Aku suka shopping sorang2, melilau kat mall sorang2, tengok wayang sorang2 kalau aku rasa nak berseorangan.
  16. Aku suka tengok wayang. kalau kau ajak aku tengok cerita yang aku dah tengok pun aku akan tengok jugak asalkan kau belanja. haha.
  17. Aku paling lemah tengok orang menangis depan aku sebab aku tak tau nak buat apa. so tolong la jangan nangis depan aku tau? T__T
  18. Aku tak suka orang tak tepati janji. dah lah kau yang janji tapi kau senang2 cancel.
  19. Aku suka orang yang rendah diri. kalau kau kaya, aku boleh nampak lah kau kaya kau tak payah nak cerita2 kat aku yang kau ni kaya sebab aku tak pandang lansung lah harta kau (mak abah kau) . kalau kau cantik/kachak aku boleh nampak lah kecantikan/kekachakan kau sebab aku tak buta lagi dan kau tak payah nak hina orang lain hodoh ke buruk ke sebab kau kena sedar diri kau  jadi cantik/kacak tu siapa kasi? dan bla bla bla... *byk sgt contoh tak larat type*
  20. Aku automatik nganga besar2 bila perempuan cantik/lelaki kachak yg amat lalu depan aku. so kalau tetiba aku nganga depan kau maknanya kau cantik/kachak lah ^__^
  21. Aku paling susah nak puji orang so bila aku puji tu, aku memang maksudkan begitu. aku pun susah nak kutuk orang depan2 so bila aku kutuk kau depan2 tu kau memang teruk.
  22. Aku benci orang kedekut ilmu.
  23. Suka perhati kerenah orang yang macam2, suka makan, suka tidur lepas makan.
  24. Suka sangat jalan2. silalah bawak aku jalan2 sebab aku tak ada lesen.
  25. Aku sayang follower(s) aku so aku tag ni pada 25 follower(s) pertama aku. 

MySpace
bye!

poke : sebenarnya aku tak tau nak tulis apa sebab tak ada soalan spesifik so aku ikut je format si budak Syafiq Isme nih. dia letak nama aku letak nama dia letak makanan fvrt aku pun letak. mcm zaman budak2 plak letak makanan fvrt, warna kegemaran etc. hahahahahahha.

MySpace
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...