Showing posts with label budak-budak. Show all posts
Showing posts with label budak-budak. Show all posts

Friday, June 10, 2011

geli - geli

bosan kan jadi anak tunggal ? itu lah yang saya alami sekarang . sedang cuti di rumah disaat adik beradik yang lain sibuk dengan karier masing-masing . time-time kesunyian macam ni , datang Haikal mengubat kesunyian . volunteer untuk temankan saya 3 hari dirumah . cukup lah dari tiada .

yang pasti memang menghiburkan . waktu mahu tidur malam , Haikal akan bercerita seolah-olah saya adalah kanak-kanak kecil . tetapi ada syarat , saya mesti cerita satu cerita hantu untuk dia .

ini Muhammad Harith Haiqal

" ok lah mak cik , ekal pulak cite . ekal nak cite pasal datok harimau dengan buaya . pada satu masa dulu kan , ada sekor buaya duduk dalam lumpur sungai . lepas tu ada datok harimau datang . lepas tu buaya dengan datok harimau tu begadoh . "

" lepas tu ? "

" dah habis dah . tu je ekal cite "

jadi , what do you expect ? gelak dan geram lalu gomoi-gomoi dia sampai lemas . cerita yang sangat pendek dan jujur yang mampu buatkan saya gelak + hai beria-ia aku tunggu dengan bahasa pelat dia tengok-tengok itu je yang dia nak cerita . geli . geli hati .

" dah la mak cik nak tido lah . ekal ni tak pandai cite pun . kenapa himpit-himpit ni ? tido la betul-betul "

" ekal takot . tadi mak cik cite hantu "

" tu cite tipu -tipu je "

lepas tu saya terus tertidur tak sedar apa-apa dah . terjaga tak lama lepas tu , haikal pun dah tertidur atas lengan . patut lah rasa kebas tangan .

-
-
-
-

dan satu perasaan halus meresap dalam hati . 


Friday, May 27, 2011

budak-budak pun ada preparation utk family trip

28 mei akan ada family trip . jadi semua sibuk prepare barang untuk bbq , memancing dan lain-lain aktiviti . cara terbaik adalah list down semua barang-barang yang perlu dibawa supaya tiada yang tertinggal sebab tempat yang akan kami pergi ialah kawasan pedalaman jadi agak susah untuk dapatkan barang disana . oleh itu sebagai langkah bijak , kereta abah akan jadi kedai runcit bergerak .

tidak kurang juga anak buah aku . sibuk list down barang-barang yang dia nak bawak . lepas tengok barang-barang yang dia list down , saya seperti mahu menangis .


mari kita lihat satu persatu :

1) cermin mata air
    atau pun bahasa bukan kanak-kanak nya ialah goggle . cermin mata air ? GELAK KUAT KUAT

2) topi
    mungkin dia ingat dia artis .

3) pelampung
    masih boleh diterima akal .

4) barbie
    ingat boleh jadi cun macam barbie la bila dia bawak benda tu kehulu kehilir ?

5) anak patung _ _ _ ? ( tak dapat difahami )
    perlu lah bawak ?

6) rambut palsu
    saya rasa erra fazira patut resign jadi artis . sebab ada pelapis pengguna rambut palsu .

7) raket , shuttle
    bawak sampai 4 pulak . mungkin main menggunakan tangan kiri dan kanan sekaligus .

8) calculate ( kesian tak tahu eja kalkulator )
    nak kira budget ? oh bagus bagus kecik-kecik sudah pandai manage kewangan .

9) mahkota
    mungkin dia sedang confuse nak pergi faily trip kah ? atau nak pergi kahwin kah ?

10) tongkat 
      ini pulak mungkin sebagai persiapan mana tahu akan duduk sana sampai tua , jadi perlu tongkat . HAHA . tongkat ? jom nangis .

11) bear aiman
      aiman ialah adik dia (lelaki pun main bear) . tapi , kenapa tak nak hangkut satu stor mainan je ?

12) gincu
      curi gincu mak dia (sah budak ni ada kekeliruan identiti , kanak-kanak atau artis )

13) handphone
      jgn main-main darjah 2 ada handphone .

14) cage ( kesian tak tau eja charger jugak )
      boleh diterima akal jugak . bateri selalu habis kalau asik main game .

lepas abah dia balik opis , nampak list ni , terus kena sound ;
" abah nampak kamu bawak barbie , patung mengarut-ngarut ni abah campak je keluar kereta . abah buat spotcek dulu dari kepala sampai kaki sebelum pegi nanti "


dasat tak abang wa ? dah macam askar woo anak-anak kena spotcek .




Saturday, May 7, 2011

selamat hari ibu Pn. Noriah bt Zainudin..

mak,

terima kasih susah payah mengandungkan kak cik 9 bulan, 10 hari .. 
mak tak kisah muntah-muntah, sakit belakang semata-mata sebab nak kak cik lahir kat dunia ni ..
mak tak lalu makan , tapi terpaksa makan jugak sebab kak cik ada dalam perut mak .. 

mak, 

terima kasih jaga kak cik sejak kecik .. sampai kak cik masuk tadika ..
mak nak hantar kak cik pegi tadika kak cik degil nak kayuh basikal sendiri ,
mak follow dari belakang naik basikal sebab takut kak cik pergi tadika sorang2 ..

kak cik kena kejar anjing kak cik kayuh basikal laju-laju lagi ..  mak suruh berhenti pun kak cik buat tak tau...
tapi kak cik tak peduli kak cik kayuh jugak laju-laju ..
sebab kak cik takut kena gigit walaupun time tu anjing lari lagi laju dari basikal kecik kak cik tu ...
tapi nasib baik mak sempat baling batu kat dia , dia pun lari ...

mak,

dah masuk sekolah rendah , kak cik malas nak pegi sekolah . kak cik nak mak temankan kat sekolah .
kak cik buat alasan ada anak indu kacau .. padahal budak tu cuit-cuit je sebab nak kawan ..
mak pun datang sekolah . mak tanya budak indu tu . "betol ke awak kacau yati ?"
kesian budak indu tu tak pasal-pasal jadi mangsa kak cik . 

lepas tu , dah besar sikit kak cik nak ikut kawan-kawan beli mainan kat kedai ,
kak cik curi duit mak . HAHA . bukan pandai sangat nak curi . mesti kantoi .
mak marah kak cik . kak cik serik .
tapi lepas tu mak bagi kak cik belanja banyak sikit . sebab tak nak kak cik curi lagi .

mak, 

lepas kak cik dah masuk sekolah menengah pulak , 
kak cik sedih sangat sebab terpaksa berpisah dengan mak 40 hari . tak boleh telefon . tak boleh jumpa .
kejam kan sekolah ni . kak cik tekanan perasaan sampai kak cik pengsan-pengsan .
tau-tau mak nak pegi mekah pulak, maknanya lepas 40 hari tu pun kak cik tak boleh jumpa mak lagi ..
lagi lah kak cik tekanan . kak cik ingat bila kak cik pengsan , sakit , kak cik boleh balik .
rupa-rupanya tak .. sedih sangat . 
mak datang jugak sebab nak tengok , tapi warden tak kasi jumpa selagi tak habis 40 hari .

mak, 

kak cik selalu lawan cakap mak , mak suruh kak cik belajar masak kak cik taknak . 
ada je alasan kak cik .
mak kejutkan kak cik sembahyang subuh , tak pernah kak cik terus bangun . 
mak kejutkan jugak walaupun terpaksa jerit-jerit 15 kali . kak cik tekup bantal kat telinga , 
pukul 6.45 - 7 baru kak cik bangun sembahyang .
mak pernah menangis sebab tu . mak cakap hari-hari kak cik sembahyang subuh hujung waktu .
berdosanya kak cik .
bangun pagi tu , kak cik peluk mak mintak maaf , memang kak cik salah .

mak,

sepanjang hidup kak cik , tak pernah ada orang yang jaga kak cik sama macam mak .
kak cik tak boleh makan udang , nanti sakit perut + gatal2. tapi kak cik teringin sangat .
lepas tu kak cik gatal-gatal . tapi mak dah tidur .
sebab tak tahan , kak cik kejutkan jugak mak . kak cik cakap kak cik tak tahan sangat ...
mak bangun , mak sapu krim satu badan kak cik ..

bila dah ok sikit kak cik suruh mak sambung tidur ,
tiba-tiba kak cik sakit perut pulak .. kak cik ingat kak cik boleh tahan .
tapi betul-betul sakit . mak pun bangun lagi , sapukan minyak . urut-urut perut kak cik.
masa tu dah pukul 3 pagi . kak cik tetap sakit jugak . mak kejutkan abah , bawak kak cik pegi klinik .
malam tu kak cik kena inject .
sayangnya mak pada kak cik kan ...



mak, 

sekarang kak cik dah masuk U pun . sume atas jasa mak abah didik kak cik .
tak pernah sekali pun mak biarkan kak cik tak cukup duit .
semuanya cukup , mak cakap kalau tak ada duit bagi tau .. jangan tak makan .
tapi memang kak cik tak pernah tahan makan pun .

mak cakap , duit boleh cari .. asalkan kak cik belajar rajin-rajin .
tapi kan mak , kak cik tak rajin pun . kak cik banyak main-main .
kadang-kadang pointer jatuh , tapi mak tak pernah marah .
mak cuma cakap , dah takat tu je yang mampu . nak buat macam mana .
usaha lagi . tapi kak cik tak study betul-betul pun .

mak sakit kat rumah , mak tak pernah bagitau kak cik . mak sampai pegi jumpa pakar kak cik lansung tak tau .
mak cakap tak nak kak cik risau sebab kak cik nak test . 
patut lah dalam seminggu tu kak cik telefon mak tak banyak cakap , mak cakap mak busy .
kalau adik tak terlepas cakap, sampai bila pun kak cik tak tau .

mak ,

maafkan kak cik atas semua dosa-dosa kak cik selama 21 tahun ni .
halalkan makan minum kak cik .
halalkan kasih sayang yang mak dah bagi pada kak cik .
kak cik tak kan dapat balas jasa mak walaupun 1000 tahun kak cik hidup .
semoga mak bahagia selalu , mak tak boleh sakit-sakit , mak mesti makan banyak ye ?
kak cik tengok mak dah susut sekarang ..
kak cik sayang mak dunia akhirat . sumpah . 
lagu ni utk mak ... walaupun mak tak akan baca ni ..

SELAMAT HARI IBU, MAK !!!






Saturday, April 30, 2011

dengan kanak-kanak, saya terasa muda..

ini cerita hari tu, lupa nak update lepas tu anak-anak buah bising-bising tanya.

" makcik makcik bila nak letak video kita main pingpong tu dalam blog ? "

" eleh main pingpong pakai meja kecik bola jatuh-jatuh, ada hati nak letak dalam blog. "

" mak cik yg tak pandai main. " 

" baiklah baiklah. " *sebal*

tengah main badminton kat luar, tetiba hujan lebat. kak suruh anak-anak dia masuk rumah. biasa lah budak-budak tak dapat main, ada je backup plan. jadi aku sebagai makcik yang paling sporting tak kisah mengribenakan diri sendiri join dia orang selepas dipujuk-pujuk. terasa diri seperti kanak-kanak. auww.

meja sangat menyedihkan T__T.

yang buat aku malas tu sebab dia orang ajak main pingpong tapi meja pingpong tak ada. yang ada cuma bola dengan bat pingpong je. last-last meja ni dia orang pakai utk main. yang penting sangat kecik dan membuatkan saya akan banyak bermain atas lantai ye kawan-kawan.

player star (lah sangat)...

ini bukan main-main ok. semangat gila siap sediakan medal lagi. HAHA. entah medal mana lah yg dia orang rembat.



medal pelbagai jenis dan warna. HAHA


oh.. nangis T___T



pernah main sekali je pingpong ni dulu-dulu itu pun main macam main badminton. meja je depan mata tapi bola terbang-terbang siap smash lagi kau. macam video ini. bezanya yang ini bukan hardcore, jadi tiada aksi smash.








siap nyanyi lagu negaraku. patriotik bukan? tetapi kurang adab ye kawan-kawan. tak berdiri tegak dan cuba membuat gaya seperti pramugari firefly ? . sob sob T___T. dan selepas video ini sebenarnya ada lagi beberapa video seperti wartawan sedang temubual pemain-pemain dan saya sudah tidak sanggup mengupload lagi. bye bye.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...