Showing posts with label hidup. Show all posts
Showing posts with label hidup. Show all posts

Saturday, April 30, 2011

dengan kanak-kanak, saya terasa muda..

ini cerita hari tu, lupa nak update lepas tu anak-anak buah bising-bising tanya.

" makcik makcik bila nak letak video kita main pingpong tu dalam blog ? "

" eleh main pingpong pakai meja kecik bola jatuh-jatuh, ada hati nak letak dalam blog. "

" mak cik yg tak pandai main. " 

" baiklah baiklah. " *sebal*

tengah main badminton kat luar, tetiba hujan lebat. kak suruh anak-anak dia masuk rumah. biasa lah budak-budak tak dapat main, ada je backup plan. jadi aku sebagai makcik yang paling sporting tak kisah mengribenakan diri sendiri join dia orang selepas dipujuk-pujuk. terasa diri seperti kanak-kanak. auww.

meja sangat menyedihkan T__T.

yang buat aku malas tu sebab dia orang ajak main pingpong tapi meja pingpong tak ada. yang ada cuma bola dengan bat pingpong je. last-last meja ni dia orang pakai utk main. yang penting sangat kecik dan membuatkan saya akan banyak bermain atas lantai ye kawan-kawan.

player star (lah sangat)...

ini bukan main-main ok. semangat gila siap sediakan medal lagi. HAHA. entah medal mana lah yg dia orang rembat.



medal pelbagai jenis dan warna. HAHA


oh.. nangis T___T



pernah main sekali je pingpong ni dulu-dulu itu pun main macam main badminton. meja je depan mata tapi bola terbang-terbang siap smash lagi kau. macam video ini. bezanya yang ini bukan hardcore, jadi tiada aksi smash.








siap nyanyi lagu negaraku. patriotik bukan? tetapi kurang adab ye kawan-kawan. tak berdiri tegak dan cuba membuat gaya seperti pramugari firefly ? . sob sob T___T. dan selepas video ini sebenarnya ada lagi beberapa video seperti wartawan sedang temubual pemain-pemain dan saya sudah tidak sanggup mengupload lagi. bye bye.


Thursday, April 7, 2011

miera liyana seksi tapi hebat.

sila baca tajuk dengan nada yang bukan sinis ya. korang kenal tak miera liyana? ala yang lagi fofuler dari usop wilcha tu. bukan takat lawan usop wilcha u ols, britney spears pun kalah hokey. okey tanpa memeningkan kepala semua pihak nah hamik ni tengok. ni bukan rekaan. sumber quick search yahoo.com.

sumber : www.yahoo.com
tahniah miera liyana. tak sia2 usaha miera liyana dalam 'industri seni' ni. kerana akhirnya beliau diiktiraf oleh yahoo.com dengan pengiktirafan 'carian tertinggi'. hey korang tak kenal ke miera liyana? takpe takpe i tak cakap u ols kolot ok (tapi apa lagi perkataan sesuai kalau bukan kolot?).  ok takpe la bia i tunjukkan. kepochi? owh pelapis abang nara haruslah kepoh macam saya.

miera liyana

lagi...miera liyana malam ABP

ni pun miera liyana lagi lagi lagi..


ni pun miera liyana versi hollywood a.k.a britney spears

saya ada kekeliruan identiti sikit sekarang ni tu sebab kejap saya kejap i kejap nak jadi cikgu kejap nak jadi inspektor aleza kejap nak jadi abangnara.

p/s : kredit gambar beautifulnara dan mr.google. 



Wednesday, February 23, 2011

say hello to lipas dan cengkerik.

minggu ni sgt busy. busy dengan semua2. termasuk busy body. tak update lagi, nanti malam sy update ok. sakit kaki, sakit jiwa, otak pun sakit.

hello cicak, lipas, dan cengkerik siap malam nanti aku ridsect kau.


sakit hati gila malam tadi tebuan masuk bilik jenuh aku tergedik2 halau pakai penyapu. roomate aku relax buat tak ada apa berlaku gayut dengan boyfriend time aku terkinja2 halau tebuan. kan bagus kalau tebuan pergi sengat dia. HAHAHAHA. nanti aku nak buang entry ni sebab takut dia baca. shhhhh !

oleh itu, seluruh umat serangga aku benci. sekian terima kasih.

bye !


Monday, February 14, 2011

jerawat buat kenduri.

geram geram gerammmmmm dgn jerawat ni boleh pulak buat kenduri kesyukuran kat muka aku menangis .semua sebab test yang berderet2 + tidur tak cuci muka sebab penat sangat, tutup buku terus landing + tidur air liur meleleh sebab tak sempat tutup mulut + menggatal tak sudah + ah sudah2 mengaibkan diri sendiri patah hati.

esok nak keluar cari krim bagi menumpaskan tentera2 jerawat nih menunggu. so wahai perempuan2 berwajah mulus, polos, suci, bersih, mungil oh apakah? tolonglah bagi jalan penyesalan penyelesaian utk aku. bagi tips krim apa yg sesuai tapi make sure korang pernah try dulu tau. lelaki pun boleh kasi idea jugak asalkan jangan suruh aku pakai krim gatal2 sudah.tau lah aku ada penyakit gatal phbbbbt.

tapi kasi idea tu kasi la yang wa mampu sikit. wa ni bukan anak orang kaya. dah la datok2 yang bertongkat pun tak pandang wa inikan la pulak anak datok. so jangan la suruh wa beli SKII sedih kalau wa pakai SKII wa takut nanti scarlett johansson pun tak boleh cari makan tu sebab wa tanak pakai. lagi pulak nanti beratur anak2 datok yusof haslam meminang wa. kesian la kat kekasih wa tak ada sapa nak pembohong. gelak.

muka redho dengan penuh gembira menayang sekampung jerawat.
nah hamik kau. kalau lepas ni aku duk tepek2 muka aku yang licin2 dalam blog ni sila lah jangan percaya sebab tu edited semata mata. haha. yang ni aku sanggup tayang tau sebab nak mintak simpati korang  kasi aku idea nak pakai krim apa. pathetic tak?menangis

sori lah tertempek pic yang beso gedabak kat sini kan. yang boleh buat kau muntah ijau 3 hari tiga malam. tu pun kira untung lagi la daripada koma terus tengok pic yang dah macam  pontianak harum sundal malam ni. oh kau kasi perumpamaan pun nak hantu cun cun je yati oii. tertawa

pic ni yang bulan lepas kot. tapi sekarang pun lebih kurang macam ni lah jerawat wa. hilang 1, tumbuh 2. bak cendawan tumbuh lepas hujan der. ok sila tolong kasi idea ye kawan2. good nite.mengantuk

poke : sampai sekarang wa dendam dengan abang wa sebab picit pelentong wa time wa demam kecik2. sampai tua la parut kat dahi wa tu jawabnya. anak2 buah wa panggil nandek@tambi. kurang asam punya budak2. untung2 hantaran ratusan ribu dah kena runding lain la camni T___T

Saturday, February 5, 2011

mereka lelaki malang

hye semua sekarang tengah tunggu alang balik dah pukul 2.15 pagi pun tak sampai2 lagi. rindu sangat2 kat anak2 buah. sambil2 tu boleh lah mengarut jap kat sini. tiba2 teringat nak cerita somethin kat korang. kalau nak baca baca lah. kalau tak sila klik sini.

kes 1, pasal tlg abah pasang tayar angkat jack. sebab tayar pecah baru2 ni terlanggar bucu tiang tajam. time tayar pecah tu aku pun ada dalam kereta sbb nak pegi cari barang buat oreo cheesecake. tapi abah yg drive ok. bukan aku. nampak tak daya usaha aku nak buat kek tu sampai menyebabkan abah kerugian RM250 beli tayar baru? nampak tak??
MySpace

lepas tu abah tanya aku jack letak kat mana sebab nak tukar tayar. aku pun dengan tak tau apa benda jack tu terus cakap "kat dalam jeep abah". dah la aku ni jarang kat rumah. balik pun sebab raya cina, tiba2 tanya aku jack letak ka mana. haha. tengok2 betul ada dalam jeep abah aku. aku tau mesti ramai lagi tak tau jack tu apa. pergi google sendiri. ok2 tak payah google kejap lagi aku tunjuk.

yg merah tu lah jack. nak naikkan sikit kereta. kalau nak rasa tough, tak perlu jack, angkat sendiri.

kesian abah sampai bukak baju panas. sebab anak dia ni cuma mampu snap pics dan angkat jack. rambut abah pun dah putih semua. kalau tiba2 aku terpisah dengan abah kat pasar malam senang nak cari tengok kepala paling putih tu lah abah.
ha tengok2. koyak. terror tak abah?
kes 2, hari tu masa aku nak sambut birthday encik pojaan hati pun jadi kes lebih kurang. aku tutup pintu tak rapat then dia terus kunci. lampu liplapliplap pun tak perasan sebab waktu siang. then pegi la tergedik2 tengok wayang + potong2 kek dalam queensbay mall almost 4 jam jugak lah dalam tu. keluar balik pun dah malam sampai2 parking tengok2 lampu liplapliplap. cuak jugak kot2 kereta kena ceroboh. last2 tengok sebab pintu tak rapat. malang lagi, kereta tak boleh start dah, sebab habis bateri sebab kami terlampau 'baik hati' nak bagi cahaya percuma utk pengguna2 tempat parking kereta tadi.damn.

ni lah tgh syok2 tak sedar kat luar ada pameran lampu. haha


lepas tu kena lah pakai jumper nak start balik kereta. nasib baik dia ada kawan yang sudi datang bawakkan jumper. nak harapkan aku, semua nombor dalam fon hilang sbb baru format. malang kan? ok settle.
MySpace


kes 3, tak jumpa lif pegi tempat parking lepas tengok midnite movie. pun dengan mr.pojaan hati. last2 lepas bersenam2 turun naik tangga keselamatan baru jumpa tempat parking. sistem lif plaza gurney tak sistematik lansung! benci.

kes 4, mr.pojaan hati kena saman time nak pergi amik aku keluar dating sbb lebih had laju. 

kes 5, abah kena saman sebab lebih had laju jugak time nak hantar aku pegi stesen bas.

the end.
MySpace

Moral of the story :
1) jumper, jack, tayar spare, toolbox mesti ada dalam kereta.
2) makesure pintu kereta semua rapat sebelum kunci, lampu semua padam.
3) jangan pandu laju.

bye!

poke : penat tggu alang balik. tengok2 cancel. balik pagi esok.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...