Thursday, February 3, 2011

nak tau tak nak tau tak ?

sekarang otak tak sabar2 nak keluar idea sampai tangan tak tau nak taip mana satu dulu. sabar lah cik cerebrum dan encik cerebellum. jammed otak aku jap lagi. ni sekarang aku nak bagitau jawapan teka teki yang entry sebelum ni. nak tau tak nak tau tak? teka teki lah sangat kan. kalau mama hanis zalikha tengok buat kena gelak je aku ni. bukan takat mama hanis zalikha je, kalau adik2, kucing2 hanis zalikha tengok pun aku kena gelak tahu? T__T
MySpace

ok2 kt teruskan straight to the point lah sebab tangan dah letih tadi buat oreo cheesecake. ye ye betul tadi aku buat oreo cheesecake. tu lah jawapan utk entry yang sebelum ni. tahniah pada yg jawab betul. jap lagi aku kasi hadiah. pastu plak letih tolong abah tukar tayar kereta pecah lagi (tolong amik pic kejadian je sebenarnya T__T). sebab anak2 lelaki abah tak balik lagi nak tolong so aku lah kena jadi hero  tukang angkut jack. haha.
MySpace

dah lama teringin nak buat cheesecake ni sejak blogwalking kat blog Mr. Nabil tapi malas sangat nak keluar beli barang. tapi semalam abah bawak pegi hypermarket so boleh la cari barang2 nak buat cake. last2 abah jugak yang bayar. thank you abah. thank you Mr. Nabil. Mr. Nabil ni pun kenalan hanis zalikha. agak2 sapa2 yang ada kena mengena ngan hanis zalikha memang semua pandai masak kot. so kalau nak pandai masak pegi la jadi kawan hanis zalikha. LOL.
MySpace

ok semua bengang lembap betol aku ni. nah ni aku kasi apa yg perlu ada nak buat oreo cheesecake ni.
Bahan untuk Kek

3 bungkus biskut oreo  (kalau nak lebih boleh, ikut citarasa)

3 sudu besar planta (butter lebih baik)

3 x 250g brick cream cheese philadelphia

3 biji telur tak kira lah saiz apa pun.

2 sudu besar yogurt dan 1 sudu kecil lemon juice.
3/4 cawan gula castor (kalau nak manis, tambah lagi gula)

2 sudu kecil vanilla essence

Bahan untuk Topping

200g dairymilk chocolate (cooking chocolate pun boleh)

3/4 cawan whipping cream.
Steps nak buat Oreo Cheesecake

1st part - lapisan paling bawah
  1. Asingkan cream yang kat tgh2 biskut oreo tu dengan biskut dia. biskut je nak guna. cream tu korang buat la apa korang nak. jangan buang. membazir.
  2. Tumbuk biskut sampai hancur tapi jangan la hancur sangat.
  3. Ambik 3/4 dari biskut yang dah hancur tu masukkan dalam mangkuk lepas tu campurkan dengan 3 sudu planta tadi. Gaul sampai sebati lepas tu tekan dalam pan. Tekan padat2 supaya nanti senang nak potong bila kek dah siap.

2nd part - lapisan tengah (cake part)
  1. Pukul brick cream cheese, yogurt, gula, vanilla essence dgn lemon juice pakai electric mixer (medium speed) dalam mangkuk besar.
  2. Bila dah sebati, masukkan satu per satu telur dan pukul perlahan. jangan over sangat pukul tu. cukup sekadar adunan tu well-blended.
  3. Ambik 1/4 lagi oreo yang lebih tadi dan campur dengan adunan kek. kacau lembut.
  4. Masukkan adunan kek dalam pan yang u olss buat kat 1st part tadi.
  5. Bakar kek dalam oven. tapi sebelum itu kena panaskan oven dulu 175 degree celcius lebih kurang 10 minit dan lepas tu baru lah boleh masukkan adunan dalam oven.
  6. Bakar lebih kurang 40-45 minit atau ikut citarasa sendiri.

adunan kek

3rd part - topping part (chocolate ganache)
  1. Hancurkan / cincang chocolate bar dalam mangkuk.
  2. Didihkan whipping cream dalam sauce pan dengan api sederhana. Bila mula mendidih, tuangkan whipping cream ke dalam chocolate yang dah dicincang tadi dan kacau sehingga sebati.
  3. Tuangkan chocolate ganache ini ke dalam kek yang telah dibakar tadi dan sejukkan di dalam fridge selama 3/4 jam.
  4. Boleh amik pic banyak2 tayang dekat boipren, gelpren, atok, nenek, blog, facebook. kalau tak jadi tak payah tayang buat malu je. pastu buat pose ala2 model secret recipe sengih nampak gigi buat muka sedap.
whipping cream + chocolate bar  = chocolate ganache @ topping

siap !!!
 tadaaaaaaa !!!!! (over)

ni la hadiah. amik sorang sikit ;) (kurang bakat potong kek, kena marah dgn mak T__T)

yummy =p~ (sorry pic blur sbb wa snap pakai handphone (bukan iphone T__T)


poke : credit to kak, jiha, ilah, mak, abah, adik sebab tolong (amik gula, amik pic, amik segala2, sponsor bahan etc).
MySpace

17 comments:

sitihanisahali said...

peh peh peh......sedap nye.....tapi malas nak buat sendiri..pos boleh ? hihi..

Hayati Hamzah said...

tanak :P meh la dtg beraya cina kat rumah sy boleh la makan cheesecake ;)

s.y.a.r.q said...

wahhh.....menarik nye oreo cheese cake..cpt upload ye gmbr da siap sejuk nnt :)

topimagine said...

wahhhhhhh... sedapnye.. nk sketttttt.. :)

Hayati Hamzah said...

syarq : okey nnti kejap lagi sy transfer pic :)

topimagine : meh la beraya cina kat rumah sy kalau nk ;)

Winky Wink! said...

sangat sedap...=.="""
dah la pntang coklat...oh, really2...tutuuttttt..

Hayati Hamzah said...

try lah buat :) mesti jadi !

Cik Yan said...

wah sedapppnye.....

nanti pos kasik Cik Yan siket boleh??
HEHEHEHE..=)

Hayati Hamzah said...

mmg sdp.sng je buat.klu nk boleh 1 slice 6.20 + 5.00 pos laju = 11.20 tp kira mmber2 12 hengget bleh?

Azie Azra said...

dear.nak share kt fb bule ?mcm menarik !

Hayati Hamzah said...

boleh. mmg recipe ni utk share ngn org ;)

AFIIA said...

nak satu tuk besday mak nyah;))

Hayati Hamzah said...

okey. ikut harga secret recipe, RM80 tau sekotak. tp sebab wa letak topping wa charge RM90 boleh? cincai2 member wa amik 80 je. ok deal. hahahahahahah

KakLong AiNa said...

best2...
nanti nak try buat plak..
thanks

Hayati Hamzah said...

ha try lah ;) nti boleh link kat sini nk tengok ;)

Nurul Afifah said...

nmpk sedap la..tp oven bengong plak..nk try pon tobat xjd..

Hayati Hamzah said...

kek ni xpyh bake pun xpe. tapi xbleh buat topping la :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...