Friday, February 25, 2011

muka salut tepung - recipe baru

Bahan-bahan
  1. Sebungkus tepung jenama 'keluarga'.
  2. 2 biji telur.
  3. Kek dan keropok Diction yang ade sos kat dalam tu.
  4. Air water cooler 1 jag.
  5. Cik Tepung (zira)
  6. Bahan2 hiasan (aku, aisyah, epa, sal, anis, wahed, tina, sya, ita dan tak lupa syukur)
pssssttt.......bahan2 boleh didapati di tesco berhampiran. kecuali zira dan bahan2 hiasan. tu limited edition ok.

Cara-cara
  1. Tunggu Cik Tepung keluar dari kafe.
  2. Bahan2 hiasan tunggu belakang kereta dekat2 dgn kafe sambil Aisyah pegang kek, Aku pegang telur dgn tepung, Ita pegang tepung, Epa pegang tepung, Tina pegang telur sambil bagi green light kalau dah boleh salut Zira dengan tepung & telur secukup rasa. yang lain2 iring cik tepung dan roger2 kami kalau dah boleh ready ke tak.
  3. Bahan2 hiasan dengan senjata tangan tunggu Cik Tepung dgn penuh debaran.
  4. Cik Tepung lalu. Tinah bunyikan wisel tanda SERANGGGGGGGGGGG!!!!
  5. Aku dan Tinah baling Cik Tepung dengan telur. tepat mengena di belakang badan Cik Tepung.
  6. Cik Tepung lari dgn lajunya. 
  7. Yang lain pun lari salut Cik Tepung dengan tepung cap 'keluarga'.
  8. Cik Tepung siap dimasak. Sekarang bahan2 hiasan pun kena 'dimasak' jugak. 
  9. Tiba masa Cik Tepung balas dendam.
  10. Siap! Only 10 Steps.
Time to serve!


yummy !

menunggu mangsa 1 penyeksaan.

bahan2 hiasan dan cik tepung (crew yg terlibat)

separuh masak.. (cantik jugak pakai tepung. boleh sorok jerawat)

siap utk dimakan..
Sisa2 makanan..
try lah resipi ni. sangat lazat. this is what we call makanan kasih sayang.

bye!

Wednesday, February 23, 2011

say hello to lipas dan cengkerik.

minggu ni sgt busy. busy dengan semua2. termasuk busy body. tak update lagi, nanti malam sy update ok. sakit kaki, sakit jiwa, otak pun sakit.

hello cicak, lipas, dan cengkerik siap malam nanti aku ridsect kau.


sakit hati gila malam tadi tebuan masuk bilik jenuh aku tergedik2 halau pakai penyapu. roomate aku relax buat tak ada apa berlaku gayut dengan boyfriend time aku terkinja2 halau tebuan. kan bagus kalau tebuan pergi sengat dia. HAHAHAHA. nanti aku nak buang entry ni sebab takut dia baca. shhhhh !

oleh itu, seluruh umat serangga aku benci. sekian terima kasih.

bye !


Friday, February 18, 2011

the mechanic memang sangat hero !

hey aku bukan nak bagitau yang aku ni tengah part time jadi mechanic. layak jadi mechanic harus lah jauh sekali sebab jack pun baru kenal menangis. tu ok lagi. hand brake kereta pun aku pernah tarik sekali je  seumur hidup aku ni tau tak T__T .tu pun terketar2 tangan patah hati. cepatlah kesian.

dah2 tak usah bersyair lebih2 yati oii. ok wa nak cerita ni. semalam wa nak tengok No Strings Attached sebab hero wa Mr. Ashton Kutcher ada berlakon dalam tu jatuh cinta. tapi keadaan tak mengizinkan so tengok lah The Mechanic. tapi tak kisah sangat pun sebab dah aim cerita ni sejak poster dia keluar panggung lagi kutu buku.

dan.......... i tell u dengan sepenuh perasaan lah kan, silalah pergi tengok cerita nihebat. ini paksaan ok. cerita ni baru keluar semalamkonyol.

ni hero dia. sgt hero ok ini lelaki jambang T_T. pingsan.

malam tadi mimpi tak lagi bertemankan mr.pojaan hati sebab jason statham lagi kachak. HAHA.



pergi reserve cepat !
haku tak tau nak describe macam mana. tapi bagi aku cerita ni best!melamun pegi la tengok ok. merayu ni pegi la tengok tau. nanti boleh la kita gosip2 kekachakan hero dia ni sama2. tapi kalau korang jenis penakut tak boleh tengok orang  cacat kena tembak laju2 pastu darah pancut2 mcm  roomate aku ni korang tak payah la nak pergi tengok last2 nyorok belakang kerusiketakutan. paham?.

ok dah. pye2 wa lapar nak makan. Mr. Jason Statham jom pegi dinner pipi memerah. gila!

Thursday, February 17, 2011

senyum tak nampak gigi

hai semua. eh tak lambat lagi kan nak ucap selamat menyambut hari valentine. eh tak tak wa tak main la sambut2 valentine ok. setiap hari adalah hari kekasih utk wa. wa tak perlu valentine2 ni kalau nak berkasih sayang. lagi baik wa ucap selamat menyambut maulidur rasul sebab ni baru lah betul2 kekasih sejati wa.

ok dah straight to the contest, ada orang tag wa utk join contest ni. thank you so much Da Della Rissa. dia ni memang paham2 wa senyum memang jenis tak nampak gigi tu sebab dia suruh wa join ini contest agaknya. Contest ni Miss Muazatul Adawiyyah yang anjurkan. Miss Muaz ni cakap dia nak bagi hadiah kalau dia rasa muka korang ni sesuai senyum tak nampak gigi. tapi tapi tapi tapi kena janji tau?

janji jangan sembelit 44 hari tengok muka wa senyum tak nampak gigi ni sudah. amaran keras !

nah hamik kau besa gedabak aku tempek. pergi lah sembelit berjemaah. geli2 lah kau orang tengok pic ni.
macam2 contest ada. senyum nampak gigi la senyum tak nampak gigi la. senyum nampak ketiak la senyum sorok ketiak la. ok tipu. nak join contest ni pegi la jenguk sendiri klik nama Miss Muazatul Adawiyah. pastu korang upload la pic korang besar gedabak mcm aku biar aku pulak muntah tengok pic korang. haha. tak2 korang cun2 hensem2. aku je terlebih cun. cepat tau tarikh tutup 27 Feb 2011.

bye! nak pergi tandas sebab sembelit tengok gambar sendiri.

Monday, February 14, 2011

jerawat buat kenduri.

geram geram gerammmmmm dgn jerawat ni boleh pulak buat kenduri kesyukuran kat muka aku menangis .semua sebab test yang berderet2 + tidur tak cuci muka sebab penat sangat, tutup buku terus landing + tidur air liur meleleh sebab tak sempat tutup mulut + menggatal tak sudah + ah sudah2 mengaibkan diri sendiri patah hati.

esok nak keluar cari krim bagi menumpaskan tentera2 jerawat nih menunggu. so wahai perempuan2 berwajah mulus, polos, suci, bersih, mungil oh apakah? tolonglah bagi jalan penyesalan penyelesaian utk aku. bagi tips krim apa yg sesuai tapi make sure korang pernah try dulu tau. lelaki pun boleh kasi idea jugak asalkan jangan suruh aku pakai krim gatal2 sudah.tau lah aku ada penyakit gatal phbbbbt.

tapi kasi idea tu kasi la yang wa mampu sikit. wa ni bukan anak orang kaya. dah la datok2 yang bertongkat pun tak pandang wa inikan la pulak anak datok. so jangan la suruh wa beli SKII sedih kalau wa pakai SKII wa takut nanti scarlett johansson pun tak boleh cari makan tu sebab wa tanak pakai. lagi pulak nanti beratur anak2 datok yusof haslam meminang wa. kesian la kat kekasih wa tak ada sapa nak pembohong. gelak.

muka redho dengan penuh gembira menayang sekampung jerawat.
nah hamik kau. kalau lepas ni aku duk tepek2 muka aku yang licin2 dalam blog ni sila lah jangan percaya sebab tu edited semata mata. haha. yang ni aku sanggup tayang tau sebab nak mintak simpati korang  kasi aku idea nak pakai krim apa. pathetic tak?menangis

sori lah tertempek pic yang beso gedabak kat sini kan. yang boleh buat kau muntah ijau 3 hari tiga malam. tu pun kira untung lagi la daripada koma terus tengok pic yang dah macam  pontianak harum sundal malam ni. oh kau kasi perumpamaan pun nak hantu cun cun je yati oii. tertawa

pic ni yang bulan lepas kot. tapi sekarang pun lebih kurang macam ni lah jerawat wa. hilang 1, tumbuh 2. bak cendawan tumbuh lepas hujan der. ok sila tolong kasi idea ye kawan2. good nite.mengantuk

poke : sampai sekarang wa dendam dengan abang wa sebab picit pelentong wa time wa demam kecik2. sampai tua la parut kat dahi wa tu jawabnya. anak2 buah wa panggil nandek@tambi. kurang asam punya budak2. untung2 hantaran ratusan ribu dah kena runding lain la camni T___T

Sunday, February 13, 2011

bersama lagi chef hayati.. menu hari ini ya tuan2 dan puan2...jeng jeng jeng !

kau jangan buat jeng jeng jeng macam bunyi azwan ali nanti mak kena saman la jawabnya nyah oiii sebab curi trademark dia. 
MySpace

ok mak tau anak2 mak semua ni tengah lapar. lagipun ni dah nak masuk teatime kan. hari ni mak nak masak simple aje tau sbb mak tak larat la buat oreo cheesecake tiap minggu luruh rambut mak ni anak2 oii asik demand yang mahal2. hari ni mak masak Prego Spaghetti aje. murah dan senang.
MySpace

ni anak2 tengok mak masak ni....nanti2 mak nak anak2 pulak masak utk mak mak dah tua tak larat nak masak. paham tak? *batuk batuk*
MySpace

mula2 kena prepare bahan dulu. sebelum prepare bahan mesti ada resipi depan mata. sebab mak tau anak2 ni tak pro macam mak lagi. aku boleh buat api tinggi2. kau boleh? kalau boleh tak payah copy resipi. ingat je.
MySpace
Bahan-bahan :

  1. 1 paket spaghetti (500 g) tak kisah la apa2 brand pun asalkan halal.
  2. 1 tin sos spaghetti PREGO (ada macam2 jenis - mushroom, original, bla bla bla wa tak ingat nama dia) boleh pilih ikut citarasa.
  3. 1 kiub pati ayam (pun sukati kau lah nak brand apa).
  4. Lada sulah (sikit je nak bagi ada rasa).
  5. Ayam atau daging ikut citarasa (seketul pun dah memadai basuh tau jangan jadi pengotor).
  6. Setengah biji tomato.
  7. Setengah biji bawang besar.
  8. 1 sudu besar mentega.
  9. Sedikit cili api (optional)
  10. Setengah gelas air.
  11. Gula dan garam (optional jugak. kalau dah cukup masin tak payah letak garam. gula pun ikut citarasa. mak tak suka manis)
Steps nak masak sos spaghetti.

  1. Panaskan kuali. Masukkan mentega lepas tu tumis bawang sampai keluar bau.
  2. Masukkan sos spaghetti Prego, setengah gelas air dan masukkan ayam yang kau dah potong kecik2 bentuk kiub. kacau dan tunggu sampai menggelegak.
  3. Hancurkan kiub pati ayam then taburkan dalam sos spaghetti tadi.
  4. Potong tomato berbentuk kiub dan masukkan dalam sos spaghetti.
  5. Masukkan cili api kalau nak pedas lagi.
  6. Taburkan lada sulah ikut citarasa begitu juga gula dan garam. kacau sedikit dan siap.
  7. Hidangkan dalam pinggan. kalau kau rasa nak makan mcm pengantin kau hias la sendiri. aku tak reti.
Steps nak rebus spaghetti :
  1. Isikan air separuh periuk dan masukkan spaghetti. kalau kau beli spaghetti ni dia ada tulis kat luar tu kena masak 11 minit. kau jangan percaya. sebab kalau kau masak 11 minit kau akan rasa macam kau tengah makan dawai. kau masak la lama sikit lebih kurang 20 minit atau ikut la kekuatan api rumah kau. kau rasa2 la sikit spaghetti tu. kalau dah lembut kau toskan. 
  2. Isikan dalam mangkuk.
  3. Hidangkan sekali dengan sos spaghetti.
Steps nak hidang :

  1. Masukkan spaghetti kau dalam pinggan ikut banyak mana kau suka, lepas tu masukkan sos spaghetti pulak.
  2. Paksa semua orang dalam rumah kau makan.
  3. MySpace
Steps nak makan :
  1. Owh melampau steps nak makan pun nak aku ajar ! nah makan ni !
lap air liur dulu !
weh kalau nak sedap lagi beli meatballs segera tu masak sendiri pastu makan ngan meatballs. yummy!
jgn lupa baca doa! pye2.


poke : hari tu member wa mintak tlg wa ajar masak ni utk boyfriend dia ;) tapi dia silap beli spaghetti. sob3 T__T nasib baik boleh pakai jugak. hentam je lah labu.

Saturday, February 12, 2011

silap lelaki..

hye. hujan pulak dah malam ni so macam biasa lah kalau sejuk2 mood jiwang aku mula la buat lawatan sambil belajar kat jiwa aku ni. oh sudah. perut pun dah kenyang hati pun gumbira so aku rasa macam nak kenakan org. siapa nak jadi mangsa? lelaki? ok mari kita kenakan kaum lelaki habis habisan.
MySpace

tak adil? eh sorry hari tu saya dah kenakan perempuan dan sekarang dipersilakan kaum lelaki pakai cermin mata besar2 dan baca! kenapa perempuan selalu berjauh hati semasa bercinta? puncanya mesti lah lelaki. kau  tak tahu kan apa salah kau wahai lelaki? ok biar aku bagi tau.
MySpace
  1. Sebab waktu mula2 kapel kau sweet gila. hari2 bangun pagi, kau dah buat dia sengih sorang2 walaupun gigi dia tak gosok lagi sebab ada mesej "good morning syg!" sekarang ada kau bagi? ada? ada? jarang! sebab kau bangun pun tunggu dia kejut. kan kan? untung lah dia kalau masa dia kejutkan kau tu kau cakap "good morning syg, syg sihat? dah breakfast?". ni haram...dia kejut kau cakap "mm...aaa..ye bangun dah ni...ok bye.." pastu kesian dia terkebil2 letak phone.
  2. MySpace
  3. Dulu kalau kau sakitkan hati dia then dia merajuk, kau beria2 mintak maaf, pujuk dia even salah kau kecik je. sekarang? dia merajuk kau buat apa? kau biar. kau marah. "ala benda remeh pun nak merajuk beria sangat kenapa?". ada tak kau cakap macam tu?. siapa suruh dulu kau ajar dia dengan kesweetan kau, sekarang amik lah kau ubat kalau kau kena jadi sweet sepanjang masa. 
  4. MySpace
  5. Once perempuan tu marah, merajuk dia cuma nak dengar kau pujuk dia. bukan sebab dia nak blame kau atau apa. dia cuma nak kau pujuk macam kau buat dulu2. susah?
  6. MySpace
  7. Dulu kau busy busy jugak. tapi boleh je kau mesej atau at least sekali sehari kau call kekasih kau. sekarang kalau kau busy, tu lah alasan kau supaya tak contact dia lansung. macam mana lah dia tak tuduh kau dah bosan? kekasih kau tak mintak banyak. at least kau telefon lah dia sekejap waktu kau tengah buang air dalam jamban ke kalau kau memang dah tak ada masa sangat. bagi tau dia yang kau busy then mintak maaf tak boleh nak temankan dia hari tu. susah sangat ke kau nak jadi manusia yg tak pentingkan diri?
  8. MySpace
  9. Bila dia tanya kau dah tak sayang dia ke kau marah. kau cakap dia fikir bukan-bukan sedangkan kau sendiri buat dia tak secure bila dgn kau.
  10. MySpace
  11. Bila kau dah janji, kau tepati lah. ni kau yg buat janji ok. bukan dia. kau cakap nak keluar dating dengan dia, tapi tiba2 kau cancel atas alasan yang buatkan dia rasa dia tak penting (hang out dgn member, bola, wrestling, letih). sebab kan once kau dah janji, seminggu awal lagi dia dah prepare. kau faham tak perasaan dia bila tiba2 kau cancel? kalau kau rasa kau memang tak reti tepati janji kau tak payah janji. salah dia lagi sebab tak memahami ke? 
  12. MySpace
  13. Dulu waktu mengorat, dia la segala2 utk kau. kau sanggup tak pegi hang out dengan member sebab misi kau mengorat tak berjaya lagi. sekarang kau dah dapat, sesuka hati kau je kau ketepikan dia, cancel tengok wayang dengan dia sebab member2 kau ajak kau pegi karaoke. what the pokemon. dia pun faham yang member2 kau berada dlm tempat teratas di hati kau, tapi jangan buat dia rasa tak penting.
  14. MySpace
  15. Dulu kau mula2 kapel, 2 jam cakap dlm telefon tak cukup. kalau boleh sepanjang malam tu kau nak dengar suara dia. tidur pun tak payah letak telefon. sekarang? dah la kau tak telefon. nak harapkan dia yang telefon sebab seharian tak dengar khabar kau, kau boleh pulak cakap "kenapa?". terus tidur berendam air mata lah jawabnya perempuan tu dengar 1 perkataan keramat kau tu mat oiii. mati mood tahu? memang mintak kena baling dgn kuali lah kalau dengan aku. dia bukan harap sangat kau contact dia weh, cukup sekadar dia tau yang kau ingat jugak kat dia.
  16. MySpace
  17. Dulu mula2 kapel, keluar dating mata tu melekat kat dia sorang je. macam tak ada orang kat keliling kau. sekarang? mata kau melilau tengok tipah bontot lebar la, lela muka ala2 oprah &t he queen lah. tu belom lagi nampak yang body fulamak mcm pamela anderson. cocok bijik mata, kassim selamat lah kau jawabnya.
  18. MySpace
  19. Dulu, asik2 dengar "i love u sayang. i miss u baby uhuk uhuk baby jgn tinggal b tau nanti b tak boleh hidup tanpa baby". sekarang bila dia mengadu yang kau dah lama tak cakap perkataan2 tu kau cakap "ala sayang, tu sayang dah tau kan? tak payah cakap hari2 pun tak apa kan?". ni pun geng yg nak makan selipar jamban aku la ni. tak boleh hidup tanpa baby konon. kalau baby kau lari elok je kau hidup lagi. tak mati pun.dan kau macam tak heran pun kalau dia lari? ceh.
  20. MySpace
  21. Mula2 couple kau ingat setiap tarikh2 penting. dah setahun kau tak amik pedulik pun. kalau ingat pun sebab reminder hp kau. kalau dah kawen wa tak tau la.......
  22. MySpace
  23. Dulu kau punya suara punya lah romantik macam Leonardo Dicaprio. sekarang suara kau macam Alex Ferguson marah Van der Sar tak tangkap bola betul2. Tau lah suara kau macho, tak payah la guna kemachoan suara kau nak marah2 dia. Tegur berhemah sikit boleh? Anak buah aku 8 bulan pun tersebik2 kalau tinggi suara kat dia. Ni kan pulak yg remaja2 mcm aku ni T__T leleh beb. tu kalau betul dia salah. kalau tak, kawal sikit baran kau boleh tak sebelum dia pikir banyak kali nak buat kau jadi laki dia?
  24. MySpace
Ok lah tu je kot. kalau ada pun tak larat nak type dah sebab wa type ni kan der, pakai emosi tau. wa imagine then tetiba wa sedih sekali kalau kekasih wa macam ni. aku tulis ni berdasarkan pengalaman sebab aku ni memang tempat luahan perasaan. so aku tau lah sikit apa yang perempuan2 rasa psl kekasih dia. so berubah la sikit2. bukan nak menghentam atau apa. salah perempuan kita dah cekidaut haritu kat sini kan. so biar adil, semua happy, happy ending. 
MySpace

Perempuan tak lah secomplicated yang kau sangka. dia cuma nak sentiasa dihargai macam mana dia dihargai awal2 dulu. bagi dia tahu yang dia penting untuk kau. dia cintakan kau sebab kau yang dia kenal dulu. jangan la berubah sebab kalau kau berubah, jangan salahkan dia lah kalau dia berubah sekali ^__^ memang dia selalu merajuk walaupun benda tu nampak remeh. tapi tu lah perempuan. hati dia tak macam hati kau.
MySpace
ok bye. good nite.
MySpace
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...