usai solat asar , jam menunjukkan pukul 6.35 petang . jangan tanya mengapa pukul 6.35 ..... mak sedang membaiki pokok bunga sambil memaki-maki siput babi yang menjahanamkan pokok cabai burung beliau . bergema suara wa dari dalam rumah ;
" mak !!!! kak cik nak pegi jogging jap tau . mulai hari ni kak cik nak amalkan gaya hidup sihat . nak ikut tak ?teeeheee "
" pegi la ko sorang . mak dah jenuh dah exercise " , balas mak sambil jerit juga . marahkan siput babi , wa jadi mangsa . betullah kata peribahasa , marahkan nyamuk kelambu dibakar . cuma bezanya sekarang wa tak kena bakar je .
tanpa menaikkan kemarahan mak , wa mulakan petang yang sihat dengan berjogging . selepas setengah jam , wa pulang ke rumah bertemankan burung-burung yang ingin pulang ke sangkar .
wa bukan malas nak jogging lama-lama , tapi well kalau dah cun sangat tu biasa lah kena ngorat aje kalau jogging sorang-sorang . tu lah sebab niat wa nak jogging selalu terbantut . tak percaya sudah .
masuk dalam rumah , abah sedang bersiap-siap mahu ke masjid . mak pun baru selesai mandi dan mahu tunggu maghrib lagaknya . wa ? wa biasa lah dengan habit wa sembahyang lambat-lambat . bila lah wa nak berubah itu yang wa tak tahu.
wa bersuara lagi bagi memecah kesunyian ;
" mak , esok pagi kak cik dah tak nak makan yang goreng-goreng dah tau mak . kak cik nak makan roti bakar dengan susu je . itu pun kalau kak cik bangun pagi lah . mak tak payah masak apa-apa lagi . "
wa sambung lagi ;
" lepas tu tengahari , mak masak nasik sikit je untuk mak dengan abah cukup lah . lauk mak masak la yang tak banyak minyak dgn santan . tau mak ? kak cik nak makan oat aje . heeee "
lagak wa macam arah orang gaji je ish ish . mak mula menjeling mengalahkan Ziana Zain dalam Maria Mariana II . dan ... belum sempat wa hembus nafas , mak mula menghamburkan kata-katanya ;
" kuli opah kamu ? "
HAHAHHAHAHHAHHHAH kami sama-sama gelak .
" ko tak nak makan udah , esok pagi mak nak goreng kuey teow ( dari dulu tak tau eja ) , petang mak nak masak mi bandung , tengahari nak masak ikan kerapu tiga rasa . bla bla bla bla "
nampak gayanya tak jadi lagi wa diet . body ramping ala-ala Megan Fox cuma tinggal angan-angan .
benarlah , universal lies women tell : ill start a diet tomorrow .