Friday, May 27, 2011

budak-budak pun ada preparation utk family trip

28 mei akan ada family trip . jadi semua sibuk prepare barang untuk bbq , memancing dan lain-lain aktiviti . cara terbaik adalah list down semua barang-barang yang perlu dibawa supaya tiada yang tertinggal sebab tempat yang akan kami pergi ialah kawasan pedalaman jadi agak susah untuk dapatkan barang disana . oleh itu sebagai langkah bijak , kereta abah akan jadi kedai runcit bergerak .

tidak kurang juga anak buah aku . sibuk list down barang-barang yang dia nak bawak . lepas tengok barang-barang yang dia list down , saya seperti mahu menangis .


mari kita lihat satu persatu :

1) cermin mata air
    atau pun bahasa bukan kanak-kanak nya ialah goggle . cermin mata air ? GELAK KUAT KUAT

2) topi
    mungkin dia ingat dia artis .

3) pelampung
    masih boleh diterima akal .

4) barbie
    ingat boleh jadi cun macam barbie la bila dia bawak benda tu kehulu kehilir ?

5) anak patung _ _ _ ? ( tak dapat difahami )
    perlu lah bawak ?

6) rambut palsu
    saya rasa erra fazira patut resign jadi artis . sebab ada pelapis pengguna rambut palsu .

7) raket , shuttle
    bawak sampai 4 pulak . mungkin main menggunakan tangan kiri dan kanan sekaligus .

8) calculate ( kesian tak tahu eja kalkulator )
    nak kira budget ? oh bagus bagus kecik-kecik sudah pandai manage kewangan .

9) mahkota
    mungkin dia sedang confuse nak pergi faily trip kah ? atau nak pergi kahwin kah ?

10) tongkat 
      ini pulak mungkin sebagai persiapan mana tahu akan duduk sana sampai tua , jadi perlu tongkat . HAHA . tongkat ? jom nangis .

11) bear aiman
      aiman ialah adik dia (lelaki pun main bear) . tapi , kenapa tak nak hangkut satu stor mainan je ?

12) gincu
      curi gincu mak dia (sah budak ni ada kekeliruan identiti , kanak-kanak atau artis )

13) handphone
      jgn main-main darjah 2 ada handphone .

14) cage ( kesian tak tau eja charger jugak )
      boleh diterima akal jugak . bateri selalu habis kalau asik main game .

lepas abah dia balik opis , nampak list ni , terus kena sound ;
" abah nampak kamu bawak barbie , patung mengarut-ngarut ni abah campak je keluar kereta . abah buat spotcek dulu dari kepala sampai kaki sebelum pegi nanti "


dasat tak abang wa ? dah macam askar woo anak-anak kena spotcek .




Sunday, May 22, 2011

tidak mahu cakap banyak

sebab ,

sekarang mahu lihat game terakhir untuk season ini . sebenarnya game ini sekadar membuang masa buat team-confirm-juara-EPL , Manchester United . tapi sebagai mahu memberi harapan kepada Blackpool untuk mendapat mata , MU terpaksa bermain juga . tapi mungkin ia cuma 'harapan' sahaja lah ya ?

ah sudahlah .

oh tidak sabar mahu lihat Nemanja Vidic mengambil piala pemain terbaik musim ini . juga , Alex Ferguson sebagai pengurus terbaik.

EPL terakhir buat lelaki ini .
......and he did very well . im gonna miss u van der sar T__T

sepertinya blog ini sudah mahu menjadi blog bola . oh tidak , saya perempuan sejati . saya mahu belog ini penuh dengan ilmu masakan . ilmu berhias . resipi-resipi . baru lah jodoh cepat datang . HAHA . ok u better stop now yati , GELI !

cepatlah habis game !!! nak tengok MU amik piala !

blackpool , tolong jangan bagi harapan tinggal angan-angan . silalah menang malam ini . bersusah payah MU kasi chance .

bye ,
Wartawan terhangat MU.


Wednesday, May 18, 2011

zaman budak-budak paling seronok

korang rasa zaman budak-budak korang best tak ? apa barang zaman budak-budak main barbie , main mafia wars dalam internet . tak challenging lansung . kita dulu kalau gaduh , gaduh betul-betul . pakai batu , pakai getah nak lastik orang . tak main lah cuma bermain dengan mouse dan arrow .



zaman budak-budak dulu , pergi sekolah paksa mak tunggu tapi mak taknak lalu saya mereka cerita ada anak hindu kacau . tapi tapi tapiiii itu cuma sewaktu awal-awal sahaja hokey . dah masuk darjah tiga , saya paksa mak belikan basikal besar sikit . lepas tu , tak main lah naik bas atau mak hantar lagi . saya pergi sekolah sendiri naik basikal dengan faiz (jiran depan rumah) . mula-mula faiz baik dia jalan kat belakang , saya kat depan , kecik-kecik pun budak lelaki sangat gentle ok . HAHA . 

dekat dalam kain tu make sure ada tracksuit supaya senang main dekat sekolah . pergi sekolah haruslah awal setengah jam supaya dapat main puas-puas sebelum mula belajar . apa pedulik badan bepeluh muka sememeh dah lah hitam legam . muka macam bontot kuali tak payah risau nak pakai-pakai sun block bagai . 

masa tu geng saya ialah faiz, fauzan, azam, nazrin, mimi . aktiviti utama kami sebelum mula kelas ialah main kejar-kejar . sorang je pompuan yang lain lelaki . mula-mula faiz baik , dia tak pernah main kasar-kasar . sejak kawan dengan fauzan dia selalu sepak-sepak orang kalau main kejar-kejar . jadi saya sebagai langkah mempertahankan diri akan balas balik sepak . sudahnya kejar-kejar sudah jadi sepak-sepak . tapi peduli apa , kami still kawan . 



azam pulak kachak . comel pun dia . kalau masa sukan sekolah , siapa dapat satu rumah dengan azam mesti seronok sebab dia dah lah comel , lari pun laju jadi rumah sukan kami akan menang . HAHA budak-budak sangat . kadang-kadang , malam-malam ikut abah dengan mak sembahyang dekat masjid sebab tahu azam pun pergi masjid dengan ayah dia . zaman budak-budak pun dah gatal .time orang sembahyang , kami pun sembahyang kejap aje lepas tu kami main-main sampai kena marah dengan siak masjid sebab bising . azam pun selalu kena marah dengan ayah dia lepas dah habis sembahyang . 

satu je perangai kami budak-budak , suka main nama bapak orang . bila dah kena ejek memang siap lah nak kena kejar satu sekolah . main tarik-tarik tudung antara budak lelaki dengan budak perempuan adalah benda biasa . habis dah tak ayu bila tudung kena tarik ke belakang . terus muka jadi macam opah-opah T__T

nazrin pun kawan , tapi dia jahat . dia pernah dengan sengaja langgar saya masa saya on the way naik basikal nak masuk simpang sekolah . sampai terjatuh saya dalam semak . lepas tu dia gelak kuat-kuat dan tinggalkan saya terkontang-kanting dekat situ . masa tu faiz tak datang sekolah dengan saya sebab dia suka ponteng T__T. 

bila dah habis sekolah , pakat-pakat pulak pergi padang dekat taman rumah saya nak main rounders . HAHAHA . lepas tu main getah lah , main bola sepak dengan budak-budak lelaki pun pernah . tak pernah penat pun . balik-balik main , mandi lepas tu jumpa lagi kat tempat tuisyen . balik-balik muka yang sama . 



sekarang , rindu sangat zaman-zaman itu . kami berpisah lepas saya kena lompat masa PTS . azam pun dapat tapi ayah dia tak bagi dia lompat dan tak lama lepas tu dia pun pindah . faiz pun pindah . semua nya tamat macam tu saja . sedih .

tapi takdir tuhan , saya jumpa balik azam masa tingkatan 4 kebetulan satu sekolah . tak sempat tegur , tengok-tengok minggu depannya , dia pindah sekolah lagi . tapi dia sempat sampaikan salam pada saya melalui member dia . seronok sangat sebab at least dia tak lupa saya lagi . 

sesungguhnya , saya sangat rindu waktu itu . penuh keceriaan , kasih sayang , hidup tanpa masalah , dikelilingi manusia yang tidak hipokrit . sekarang semua dah lost contact . zaman itu tiada handphone lagi . di facebook tak dapat dikesan . jadi lagu ini untuk mereka . T__T





ok lah dah macam jejak kasih pulak . good night . bye bye .


Sunday, May 15, 2011

BLOGLIST ITIK KUNING


'seseorang' tag saya untuk join bloglist ini , jadi sebab tak buat apa-apa dan bosan gila babeng lagi satu frust gila sebab edry dengan protege dia dapat 17 markah je lalu terus tutup tv dan join bloglist ini .

Kategori C : 
Kadang-kadang update (seminggu beberapa kali je)

Tag :

bye bye . have a good nite everyone .


Saturday, May 14, 2011

Setan Merah Vs. Mawar Merah ???

mawar merah ? ( mari gelak ). 

owh well , tengok nama saja pun sudah tahu mana hero mana zero .

tak nak cakap banyak , let the game do the judging .




Line Up MU
Kuszczak, Ferdinand, Vidic, Evans, Fabio, Carrick, Valencia, Giggs, Nani, Hernandez, Rooney

Subs MU 
Amos, Evra, Owen, Anderson, Berbatov, Smalling, Scholes

Line Up Blackburn :
Robinson, Salgado, Samba, Phil Jones, Givet Emerton, Jermaine Jones, Nzonzi, Olsson, Hoilett, Roberts

Referee : 
Phil Dowd, Andy Halliday & Scott Ledger

GLORY GLORY MU !!!


Thursday, May 12, 2011

fine abah , fine !!

hey come on lah semua apesal tidur lagi pagi-pagi buta ni ?
bangun lah wei memasamkan ketiak korang atas katil tu baik lah buatkan breakfast utk mak abah korang ! .............................. begitulah seorang manusia ini memekik-mekik sendirian kerana mahu seluruh isi rumah tahu bahawa dia bangun awal .. oh bukan seluruh isi rumah sahaja , malah seluruh alam)

*pangggggg
adik baling sebijik bantal tepat mengenai muka aku sambil jeritannya bergema berserta dengan rambut kembang ,
 " woiiiii setaon sekali bangun awal ko memekak apehal ? orang memekak time ko tidur tau plak ngamuk !!! "

dan .... aku tersebik . tak apa lah .. tak apa .. apa salahnya mulakan hari dengan melakukan perkara yang mampu buat mak dan abah tersentuh .
mahu pergi dapur konon-konon mahu memasak . tetapi maklum lah apa sangat lah yang aku tahu masak ? mesti mak dengan abah tak makan kalau aku masak maggi goreng . jadi saya masuk bilik mak,
" mak nak makan nasik lemak ke roti canai ? mak tak payahlah masak biar kak cik beli je "

mulia tak aku ? mulia tak ?
tetiba sinis dari abah ,
" wow ! pelik kalau kak cik bangun awal ni . apa kata abah belanja kita breakfast kat luar aje lah "

" abah , kak cik baru niat nak basuhkan kereta abah lepas breakfast , tapi abah mcm perli-perli aje terus tak ada mood "

" tak apa abah dah biasa basuh kereta kat kedai .. " (abah cakap ala-ala tangan kat dada mata kat atas)

fine abah , fine !!!! esok saya tak bangun dah lepas subuh !


p/s : sebab tu lah saya tak suka bangun awal . bukan salah saya . betulkan ? HAHAHA .



Wednesday, May 11, 2011

jangan salah sangka kat lelaki .

1) kalau sorang laki tu selalu telefon kau , texting-texting kau , tak bermaksud dia sukakan kau . so jangan kecewa lebih-lebih atau salahkan dia kalau dia dah stop calling / messaging u ols.

2) kalau kekasih (lelaki) korang cakap dia sibuk malam tu , bermaksud dia memang sibuk . bukan dia dah tak sayang , tak peduli atau dah bosan .

3) kadang-kadang lelaki tak nak layan korang time dia baca paper , tengok movie , dll . bukan sebab dia malas nak pedulikan korang , tapi dia memang tak boleh buat dua kerja dalam satu masa .

4) kalau dia (lelaki) tengok perempuan lain depan korang , jangan ingat dia gatal . memang lumrah dia suka tengok perempuan . yang penting dia tetap sayang kau . kau jangan nak rasa insecure sangat lah .

5) kalau kau merajuk dan lelaki tu buat tak tau je , bukan sebab dia tak nak pujuk . tapi sebab dia dah cuba macam-macam tapi kau tetap keras kepala jugak . lagi , dia takut kau lagi emosi . nanti mula lah mintak putus , tukar status fb jadi single , lepas tu dah rindu in a relationship balik , pastu putus lagi , pastu widowed , pastu complicated (wat the pokemon?)

hello kutchi :"> are u married ?


p/s : baikkan saya ? selalu bersangka baik pada lelaki . biasa lah , calon kekasih ashton kutcher .



Tuesday, May 10, 2011

Beribu Sesalan...

lepas berhari-harian gembira dengan kemenangan MU mengalahkan chelsea , tetiba rasanya hati memerlukan terapi . tak kan hari-hari nak gembira . jom kita bersedih kejap ? 

tapi ini bukan sebab menyesal , disesal , kekesalan , atau mempersesal . ini adalah kerana lagu BERIBU SESALAN gabungan mantap NING BAIZURA, JACLYN VICTOR & SYILA AMZAH . terasa meremang bulu roma dengar lagu ini . siapa terlampau sedap lah maknanya tu . kalau tak sedap mungkin kita ada pandangan tersendiri . sebab suara kau orang lagi sedap kan ? ok faham faham . credit sebanyak-banyaknya buat pemberi idea yang sekaligus menggabungkan 3 nama besar ini dalam satu album .
*ning, jac, shila, bak sengget duit promote

adik pesan ,
" kak cik , love with no regrets .. "

motif dia cakap macam tu pun sampai kini tak difahami . biar lah . pinjamkan bahu pada saya . boleh ? 

 NING BAIZURA, JACLYN VICTOR & SHILA AMZAH - BERIBU SESALAN 








Monday, May 9, 2011

and again...it was MU !

rasa mahu lompat-lompat jerit-jerit . tapi tak mungkin sebab mak sedang lena tidur mimpi chicarito . memang kami excited . tahu sebab apa ?

1) sebab chicarito kasi gol sebelum sempat saya melabuhkan bontot atas kerusi ogawa .

2) sebab hari ini , saya nampak howard webb , awak tahu howard webb ? ala yang FANS SELAIN MU duk gebang kata howard webb dibeli MU tu . saya nampak howard webb ni seorang yang sangat profesional . harus lah kan . kalau tak dia takkan jadi referee piala dunia la beb . saya tak nampak pun si referee botak ni bias . kalau tak , takkan lah dia senang-senang tak kasi peluang kat MU dua penalti ? takkan dia tak nampak chelsea handball ?

jadi , saya ingin menasihatkan , semua fans yang masih sihat akal dan fikirannya  tak kira lah fans apa pun , supaya kalau dah sokong team kaki bangku , jangan lah salahkan referee kalau team kesayangan u ols kalah . sungguh tak sihat lah menyalahkan referee ni . tak profesional . sedangkan player-player chelsea pun relax je . ko gelabah pehal ?

well saya tak kisah , itulah cara 'mereka' bermain . tiada salah sendiri . referee sentiasa salah . well well .

3) sebab saya cuma mampu lihat ayam tambatan chelsea , didier drogba menjelir lidah kerana malu tandukan tidak menjadi .

4) sy lihat ferguson relax sahaja duduk duduk mengunyah chewing gum sedangkan ancelloti sudah panas punggung . kasihan .

5) itu belum kira goal attempts oleh MU lagi . kalau tak 8-1 lah jawabnya . ( kangkung goreng belacan lah chelsea ). HAHAHA

6) lagi satu , drogba dapat free kick dan van der sar relax je berdiri depan pintu gol , tapi awat bola tak masuk gol ceq ? awat lencong ? . LOL .

7) lagi .. saya lihat semua player MU sangat kachak malam ini ? kenapa ya ? HAHA.

8) malas mahu cerita kekalutan ivanovic , ramires lagi . sebab we all knows , kami bukan bermain cara mereka .

9) apedehal kasut tercabut ? asalkan kami menang .


sudah lah . penat jugak mengucing ni . mahu tidur .

" saya cuma mampu tersenyum . harap malam ini chicarito datang dalam mmpi saya and gimme a big hug ;) tapi , lampard jangan nangis . awak terlalu hensem untuk itu :)) "









I think it is the speed, the intensity and technically gifted players are in England that makes people feel it is the best league in the world .. - Howard Webb -


p/s : arsenal apesal kecut dengan stoke city ? 



Sunday, May 8, 2011

hadiah dari saya untuk mak sempena hari ibu.

semalam ,

balik dari mesyuarat mak nak masak nasik . disebabkan dah lapar sangat , mak masak nasik pakai dapur tak pakai rice cooker . pastu mak duduk kat ruang tamu .

masa tu aku pergi dapur nak basuh tangan , lepas tu nampak api tu perlahan sangat mcm hidup segan mati tak mahu je . kejap nyala kejap padam . kira macam over slow lah .

aku pun dengan selamba yaya kuatkan sikit supaya api menyala dengan konsisten . tak lagi kejap nyala kejap padam . lagipun aku tengok nasik tu belom beri tanda-tanda nak masak lagi .

lepas tu aku pun pegi ruang tamu . kejap aje lepas tu abah yang baru keluar dari tandas pergi ruang tamu jugak . dengan nada perli sepenuh hati abah tanya dengan muka selamba seperti lagak seorang hero malaya sedut asap rokok

 " siapa yg masak nasik goreng kerak hitam kat dapur tu ? "

mak pun kalut . terasa sungguh tajam menggores sanubari . kelam kabut mak bangun pergi dapur sambil mengomel-ngomel sendirian tapi masih mampu didengari oleh aku .

" aik dah hangit ke? api slow je pasang tadi . baru je kejap tinggal takkan dah hangit ? "

mak pasti kompius , tak mungkin dia yang profesional tak pass masak nasik pakai dapur gas ? abah sambung ...

" slow ? punye besar lagi api "

pic ihsan abang google. tak sempat snap sebab over takut .


dan........ aku di ruang tamu itu , sudah terasa diri mengecil seperti tikus . tetapi aku cuma berdiam diri . abah cukup tak suka akan kelalaian . aku tahu itu . cukup tahu . 

jadi aku tak punya kekuatan untuk berterus terang bahawa aku lah manusia yang terlampau profesional dalam masak-memasak ini yang terlibat dalam kes menguatkan api seolah-olah ingin bakar sate .

aku yang bersalah T__T. malam tu , abah ajak makan kat luar . abah pun dah cool je nampak . macam happy aje siap nak belanja makan luar lagi . lalu aku mengumpul kekuatan untuk berterus terang sewaktu dinner nanti . lepas order dan sedang menikmati makan malam , aku lihat semua orang ceria , lalu aku mulakan bicara . dan aku pastikan muka ku waktu itu adalah muka minta simpati .

" sebenarnya siang tadi .. kak cik yang kuatkan api T__T. kak cik ingatkan api tu macam nak terpadam . mana kak cik tau mak memang pasang slow T__T. "

mak pun cakap dengan nada bebel ye kawan-kawan ,

" mak dah agak dah. sebab mak rasa mak memang dah pasang slow dah . tu la masalah kalau tak tahu masak . "

adik pun nak menyampuk, dengan muka batu api ;

" kesian mak yang kena marah . ko la punya pasal ! "
" ala sorry laa .. T_T "

p/s : mak kak cik mintak maaf sebab ni mesti hadiah terburuk yg mak pernah dapat sempena hari ibu T__T


Saturday, May 7, 2011

selamat hari ibu Pn. Noriah bt Zainudin..

mak,

terima kasih susah payah mengandungkan kak cik 9 bulan, 10 hari .. 
mak tak kisah muntah-muntah, sakit belakang semata-mata sebab nak kak cik lahir kat dunia ni ..
mak tak lalu makan , tapi terpaksa makan jugak sebab kak cik ada dalam perut mak .. 

mak, 

terima kasih jaga kak cik sejak kecik .. sampai kak cik masuk tadika ..
mak nak hantar kak cik pegi tadika kak cik degil nak kayuh basikal sendiri ,
mak follow dari belakang naik basikal sebab takut kak cik pergi tadika sorang2 ..

kak cik kena kejar anjing kak cik kayuh basikal laju-laju lagi ..  mak suruh berhenti pun kak cik buat tak tau...
tapi kak cik tak peduli kak cik kayuh jugak laju-laju ..
sebab kak cik takut kena gigit walaupun time tu anjing lari lagi laju dari basikal kecik kak cik tu ...
tapi nasib baik mak sempat baling batu kat dia , dia pun lari ...

mak,

dah masuk sekolah rendah , kak cik malas nak pegi sekolah . kak cik nak mak temankan kat sekolah .
kak cik buat alasan ada anak indu kacau .. padahal budak tu cuit-cuit je sebab nak kawan ..
mak pun datang sekolah . mak tanya budak indu tu . "betol ke awak kacau yati ?"
kesian budak indu tu tak pasal-pasal jadi mangsa kak cik . 

lepas tu , dah besar sikit kak cik nak ikut kawan-kawan beli mainan kat kedai ,
kak cik curi duit mak . HAHA . bukan pandai sangat nak curi . mesti kantoi .
mak marah kak cik . kak cik serik .
tapi lepas tu mak bagi kak cik belanja banyak sikit . sebab tak nak kak cik curi lagi .

mak, 

lepas kak cik dah masuk sekolah menengah pulak , 
kak cik sedih sangat sebab terpaksa berpisah dengan mak 40 hari . tak boleh telefon . tak boleh jumpa .
kejam kan sekolah ni . kak cik tekanan perasaan sampai kak cik pengsan-pengsan .
tau-tau mak nak pegi mekah pulak, maknanya lepas 40 hari tu pun kak cik tak boleh jumpa mak lagi ..
lagi lah kak cik tekanan . kak cik ingat bila kak cik pengsan , sakit , kak cik boleh balik .
rupa-rupanya tak .. sedih sangat . 
mak datang jugak sebab nak tengok , tapi warden tak kasi jumpa selagi tak habis 40 hari .

mak, 

kak cik selalu lawan cakap mak , mak suruh kak cik belajar masak kak cik taknak . 
ada je alasan kak cik .
mak kejutkan kak cik sembahyang subuh , tak pernah kak cik terus bangun . 
mak kejutkan jugak walaupun terpaksa jerit-jerit 15 kali . kak cik tekup bantal kat telinga , 
pukul 6.45 - 7 baru kak cik bangun sembahyang .
mak pernah menangis sebab tu . mak cakap hari-hari kak cik sembahyang subuh hujung waktu .
berdosanya kak cik .
bangun pagi tu , kak cik peluk mak mintak maaf , memang kak cik salah .

mak,

sepanjang hidup kak cik , tak pernah ada orang yang jaga kak cik sama macam mak .
kak cik tak boleh makan udang , nanti sakit perut + gatal2. tapi kak cik teringin sangat .
lepas tu kak cik gatal-gatal . tapi mak dah tidur .
sebab tak tahan , kak cik kejutkan jugak mak . kak cik cakap kak cik tak tahan sangat ...
mak bangun , mak sapu krim satu badan kak cik ..

bila dah ok sikit kak cik suruh mak sambung tidur ,
tiba-tiba kak cik sakit perut pulak .. kak cik ingat kak cik boleh tahan .
tapi betul-betul sakit . mak pun bangun lagi , sapukan minyak . urut-urut perut kak cik.
masa tu dah pukul 3 pagi . kak cik tetap sakit jugak . mak kejutkan abah , bawak kak cik pegi klinik .
malam tu kak cik kena inject .
sayangnya mak pada kak cik kan ...



mak, 

sekarang kak cik dah masuk U pun . sume atas jasa mak abah didik kak cik .
tak pernah sekali pun mak biarkan kak cik tak cukup duit .
semuanya cukup , mak cakap kalau tak ada duit bagi tau .. jangan tak makan .
tapi memang kak cik tak pernah tahan makan pun .

mak cakap , duit boleh cari .. asalkan kak cik belajar rajin-rajin .
tapi kan mak , kak cik tak rajin pun . kak cik banyak main-main .
kadang-kadang pointer jatuh , tapi mak tak pernah marah .
mak cuma cakap , dah takat tu je yang mampu . nak buat macam mana .
usaha lagi . tapi kak cik tak study betul-betul pun .

mak sakit kat rumah , mak tak pernah bagitau kak cik . mak sampai pegi jumpa pakar kak cik lansung tak tau .
mak cakap tak nak kak cik risau sebab kak cik nak test . 
patut lah dalam seminggu tu kak cik telefon mak tak banyak cakap , mak cakap mak busy .
kalau adik tak terlepas cakap, sampai bila pun kak cik tak tau .

mak ,

maafkan kak cik atas semua dosa-dosa kak cik selama 21 tahun ni .
halalkan makan minum kak cik .
halalkan kasih sayang yang mak dah bagi pada kak cik .
kak cik tak kan dapat balas jasa mak walaupun 1000 tahun kak cik hidup .
semoga mak bahagia selalu , mak tak boleh sakit-sakit , mak mesti makan banyak ye ?
kak cik tengok mak dah susut sekarang ..
kak cik sayang mak dunia akhirat . sumpah . 
lagu ni utk mak ... walaupun mak tak akan baca ni ..

SELAMAT HARI IBU, MAK !!!






Tuesday, May 3, 2011

kenapa lelaki kebanyakannya tak suka justin bieber?

kalau dengar member-member lelaki pakai ringtone justin bieber pasti mereka akan dibahan. kenapa eh? itu baru ringtone. kalau lelaki buat gambar justin bieber jadi wallpaper apa lah akan jadi? T__T?



kenapa majoriti lelaki tak suka justin bieber ??
sebab dia hot. aku jeles.
tak aci ah dia dapat selena gomez !!
sape cakap? haku fans justin bieber ah !
eee.. atok aku hensem lagi
sape justin bieber? raihan aku kenal ah !
geli oh.. wa bukan gay.
baek wa dengar zizan raja lawak nyanyi lagu babey babey uuuuu
wa tak boleh terima dia wat konsert 3D !












  

IZYAN MASRI FIRST RANDOM GIVEAWAY


ni first time rasanya join giveaway yang dianjurkan oleh izyan masri. itu pun sebab izyan masri cakap dia pick random pakai random.org. selalu join contest je tapi tak pernah menang. kesian wa kan T__T

Grand Prize : RM100 *Izyan Masri pilih*

Second Prize : Chocolate Brownies

Third Prize : Contact lens sponsored by PRETTYGIRLSLENS

(tarikh tamat tak ditentukan)

tujuan wa join giveaway ni sebab wa nak menang. jujur tak wa?. kalau menang boleh lah wa pakai duit nak hamik lesen. mengurangkan beban mak abah nak bayarkan. mulia tak? dan kalau wa betul-betul dapat, kira izyan masri dah berjasa jugak lah atas lesen wa tu. pastu in case terjumpa cik yan kat tepi jalan confirm wa tak langgar dia. HAHA. kalau dapat no 2 pun boleh la wa makan cokolat yummy yummy supaya lemak dalam perut wa ni dapat partner baru.

 setan : blah la kau yati.berangan !
angel : biar lah dia confident level tinggi. 

setan dengan angel pun dah gaduh. baik wa stop dulu.
last ayat nak bodek cik izyan masri ;

yan, kesian kat wa dah 21 tak ada lesen lagi tau tau. selalu kena hina dengan adik dan kawan-kawan T__T

doa bagi menang : Bismillahi tawakaltu 'alallah.
fuh kanan, fuh kiri. ( eh yan tak kasi mandrem mandrem ah! )

nak tag 2 orang wa sayang :

http://rilek-sat.blogspot.com/
http://fatinstorymerry.blogspot.com/

jom join ramai2. bye !


Monday, May 2, 2011

novel novel novel

malas nak type panjang-panjang. sebab sedang busy baca novel. tapi rindu blog, tapi lepas tu rindu novel balik, lepas tu rindu blog pulak, lepas tu novel lagi lepas tu rindu yayang , opppp !
* ini adalah trick supaya entry nampak panjang.

baca novel buat kita jadi ketagih, lupa waktu tidur. tetapi waktu makan tak akan lupa. lalu mak panggil pun kadang-kadang buat saya terpekak. mak suruh hidang makanan pun saya cakap kejappppppp. mak suruh bangun sembahyang subuh pun alaaaa kejap lah lagi 5 minit. sampai la dah 30 minit pun. dan.... ia membuatkan emak seolah-olah ingin menerkam mangsa, bermerah muka serta bertumbuh tanduk. sebelum itu terjadi, saya bangun juga dengan berambut singa lalu memeluk emak dan emak akan kembali senyum ...

ok entry pun sudah nampak panjang. dan saya mahu minta diri dahulu. hey novel lovers, dah baca semua novel-novel terbaik era ini? kalau tak baca lagi pergi cari sekarang, kalau nak jimat pinjam je kat saya, kalau susah boleh baca online je, lepas tu boleh nangis sama-sama dengan saya ! jom ! let me list ;


paling best ! sapa tak nangis mmg tak ada perasaan.


haruslah best penulis yang sama. heroin tomboy2 sikit.

novel ketiga siti rosmizah (paling latest). tak sabar tunggu yg  next.


on the way.. tp tebal mcm kamus dewan. superb.
ok ni 4 terbaru yang paling best sepanjang 10 tahun saya berkecimpung dalam dunia novel. walau abang-abang saya selalu cakap

" novel je keje ko ni. benda tak faedah je baca. "

ok tak apa...saya sabar.. siapa cakap tak ada faedah? novel mengajar saya jadi isteri yang baik. HAHAHA. blah la kau labu..

bye ! pergilah air mataa...pergilah..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...