Dulu waktu kecik2, nak tidur je selalu suruh uda cerita. uda pun islamik-islamik sikit. dia selalu cerita pasal kisah nabi-nabi. spesifik lagi, pasal mukjizat nabi. aku suka gila sebab aku rasa wow dasyat lah nabi-nabi ni. uda cakap nabi musa ada tongkat yang boleh tukar jadi ular, nabi isa boleh berjalan atas air. aku kagum lah, aku cakap kat uda owh macam doraemon eh?. dulu kecik2 mana aku tau weh. semua yang hebat2 aku cakap macam doraemon. tapi uda cakap tak, uda cakap Tuhan yang bagi pada nabi-nabi tu, doraemon tu orang yang buat.
dulu kecik2 aku tak main lah cerita cinderella, rapunzel, beauty and the beastly. dulu kecik2 islamik sikit, sekarang jahil. memandangkan blog aku ni tak pernah ada entry2 ilmiah, hari ni aku nak buat 1. manusia boleh berubah. aiceh !
mana-mana lelaki yang boleh buat begini, aku dengan bangganya support kalau korang nak kawin empat. tapi make sure akan jadi begini, kalau tak korang sedia lah jalan bahu senget sebelah kat akhirat nanti.
" antara kami semua, yang mana paling Rasulullah SAW sayang? "
Rasulullah SAW senyum je.. baginda pun jawab,
" aku akan beritahu kamu semua kemudian.. "
lepas je daripada tu, Rasulullah SAW bagi setiap seorang daripada isteri baginda sebentuk cincin. baginda pun pesan pada setiap seorang dari mereka,
" jangan beritahu pada isteri yang lain.. "
isteri Rasulullah SAW haruslah seorang yang patuh, semua senyap2 je. dalam hati mestilah berbunga. semua rasa dia lah yang Rasullullah paling sayang. satu hari, isteri-isteri baginda berkumpul lagi lalu bertanyakan Rasulullah SAW soalan yang sama. Baginda pun jawab lagi...
" Isteri yang paling aku sayang ialah isteri yang telah aku berikan cincin kepadanya.. "
semua isteri baginda senyum puas hati. mesti lah bahagia bila rasa diri disayangi...
ok dah habis, romantik kan? boleh je jadi sweet, romantik tanpa menipu. mesti dalam hati tu ada yang cakap, memang lah.. sebab isteri Rasulullah SAW patuh, dengar cakap, tak bagitau yg lain. jawapannya senang je, sebab tu kenalah cari isteri yang solehah..
ini saya masa kecik. HAHAHAHA T___T |
p/s : owh dah tentu saya tak layak jadi bini orang lagi T___T
6 comments:
lani ramai yang nak kawen lebih daripada satu bagi alasan nak ikut sunnah nabi muhammad tapi dari segi laen, xmo plak ikut sunnah nabi.. HUHU
MySuaraBlog: Jam Tangan dan Lelaki
hah tau xpe. alasan semata2.
@ZWAN SABRI sila jgn mcm tu T__T
jangan perasan sangat yg miasara tu lu waktu kecik2 :P
hehehe... besh la. tp xmo la dimadukn. :p
terharunye ada jugak cerita pasal ude.. tapi betul ke itu yg ude cerita? rasanya ude tak pernah cerita nabi isa berjalan atas air.. apa pun tq.. bangga plak rasanya..
haha. ude lah rsenye. salunye uda je yang cerita psl mukjizat2 ni .
Post a Comment