Thursday, April 21, 2011

surat cinta untuk 'dia'

hari ni sunyi je.... online pun dia tak buzz...

kalau tak kami selalu cerita-cerita pasal cinta, pasal pelik nya cinta ni. kadang-kadang dia selalu dengar saya mengumpat. dia selalu cakap saya cantik tapi tu saya dah tau. awak tak payah bagi tau pun. HAHA

dia pun pernah cakap dia sayang saya. sebenarnya saya pun sayang awak. cuma saya malu nak cakap. kadang-kadang dia yang akan temankan saya study walaupun dia tak berniat pun sebenarnya nak temankan. saya je yang perasan.

budak fizik, sayang pun boleh kira dalam unit arus, I T__T

tapi bila saya bosan, serabut study tengah malam dan rasa macam nak share something, saya akan PM dia. dia akan layan saya walau macam mana pun. even dia busy nak exam esoknya.
dia tak pernah lupa wish all the best bila saya nak exam :">


dah la typo T__T awak menaip pejam mata ke T__T

tiba-tiba saya teringat, dulu kita pernah gaduh.. sekali, dua kali. satu sem kita tak tegur sebab salah faham. sebenarnya saya malu nak tegur awak. saya tau awak pun malu. lepas tu masuk sem ni, awak pujuk saya. awak bagi saya surat awak lukis gambar kita dalam kertas tu (sebenarnya awak suruh orang yang lukis kan sebab awak mana pandai pun)..



sweet la jugak awak ni kadang-kadang T__T

kalau nak harap saya, tak tau lah bila kita nak baik. mak saya cakap saya ego. lepas tu awak bagi saya kepit rambut @ kepit shawl ke apa tah ni. saya pun tak tau. tiba-tiba blushing satu hari. -_-


tadi, awak ada buzz saya jugak, tapi saya tak sempat reply sebab saya tengah tidur masa tu. awak cakap awak tak online dah lepas ni. siapa nak temankan saya T__T.


p/s : 1) kalau awak terbaca jangan nangis pulak. HAHAHA.

contest : teka siapa 'dia'...
hadiah  : kasih sayang


2 comments:

Rafidah Bakri said...

nama 'dia' Nadiatul Aiifa Binti Bakar kan?? clue kat gambar first. hehehe :)

Hayati Hamzah said...

hahahahaha. wow teliti !
nah amik kasih syg iklas dr sy :">

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...