aku seekor nota kuliah, badanku kurus, putih bersih ibarat sehelai kertas putih. pensyarah lah yang mencorakkan aku sama ada aku akan menjadi cantik, serabut atau seperti cacing. tetapi aku telah ditakdirkan menjadi nota kuliah yang sangat serabut. aku telah diberi nama yang agak glamour iaitu 'differential equation'. aku difotostat sehinggalah aku mempunyai ramai klon.
suatu hari, aku dibeli oleh seorang perempuan cantik. aku gembira kerana aku boleh memulakan hidup baru di tempat lain. aku sudah bosan dengan kehidupan dikedai fotostat ini sambil menunggu hari aku dibeli. aku fikir dia akan menyayangiku. namun sangkaanku meleset. dia cuma terpaksa membeli aku. nama tuan ku ialah hayati. dia tak pernah pun belek-belek aku kecuali dalam kuliah, namun dia tak pernah menatapku sewaktu kuliah kerana dia lebih gemar bersembang dan makan-makan dalam kelas. ya, dia juga akan menghadapku sekiranya ada test. sedihnya aku. mungkin ini adalah suratan hidup yang harus ku lalui.
tetapi sejak kebelakangan ini, tuanku selalu menyentuhku. aku rasa disayangi walau kadangkala dia menghempas-hempas badanku diatas meja. kadang-kadang pula dia membaling-balingku sehingga terbang badanku yang melayang-layang ini. ada suatu masa, aku lihat dia memandangku dengan muka bengis. aku takut. lebih teruk dari itu, aku dibawa keatas katil. aku fikir dia akan membacaku diatas katil, tapi dia tertidur pula, malangnya aku akan dihempap-hempap sehingga aku penyek dan buruk.
tetapi tak mengapa, aku memaafkannya. patutlah dia sering menyentuhku sekarang, rupanya dia ada exam minggu depan. aku nak berkhidmat pada tuanku ini sepenuhnya. biarlah dia tidak menyayangiku, tetapi kerana dia telah membeliku dan memberi kehidupan kepadaku walau seketika, aku tetap akan menghargainya. benar, kadangkala aku juga pernah menyesali kehidupanku kerana ia akan lebih baik sekiranya aku dikurniakan tuan yang lebih ikhlas menyayangiku. atau mungkin juga yang lebih cantik dari tuanku yang sekarang. HAHAHA.
aku juga tahu akan nasibku selepas exam ini, dia pasti memperonyok-ronyok aku lalu membuangku ke dalam tong sampah. namun aku redha. aku seolah-olah sudah menerima segala yang telah tertulis untukku. yang pasti aku ingin menghabiskan sisa hidupku dengan memberikan yang terbaik buat tuanku ini. aku harap, jauh di sudut hatinya nanti, dia akan berterima kasih kepadaku. dan aku berdoa tuanku ini akan mendapat keputusan yang cemerlang. aku ingin suatu hari nanti dia tersenyum sambil ingatannya kembali kepadaku. walaupun sementara. ya... walaupun seketika cuma.
(250 patah perkataan)
p/s : sedang tension...
5 comments:
karangan autobiografi :)
yeah rite !
tak boley blah
mengom dollet=))...seyes ko nih musalman=))
Post a Comment