Saturday, March 26, 2011

abah saya, kekasih saya.

dah lama tak balik rumah. duduk bilik sorang2 time hujan mestilah buat aku rindu gila kat rumah. kalau kat rumah masa hujan-hujan macam ni mesti lah aku duduk dapur cari makanan. dekat sini kena beli makanan. beli makanan dan cari makanan adalah dua perkara berbeza kerana beli makanan boleh menyebabkan kegawatan ekonomi pada masa depan. HAHA. 

yg kachak tu rupa bilik aku waktu hujan. dpt bayangkan tak aktiviti aku kat bilik dgn suasana mcm ni?

semalam, telefon mak dengan abah. abah tanya aku,

" ada duit lagi tak? pelik pulak abah dah nak habis sem tak mintak duit. "

nampak sangat aku kaki pau duit kat abah. abah, anakmu ini telah berubah.....ceh, padahal dalam hati, owh abah sangat memahami ! 

tu baru satu, teringat pulak hari tu time cuti, aktiviti aku time cuti memang jadi perempuan melayu terakhir la tak keluar rumah lansung. lepas tu pagi2 bangun tidur haruslah sentiasa lebih dari pukul 12. owh bukan pagi sebenarnya. petang..petang.. mak macam biasa lah membebel-bebel. ketuk2 pintu bilik sekuat hati silap2 hari bulan pintu bilik aku tukar baru lah. tapi abah memang sangat memahami anaknya,

" bia lah dia tido..dia penat tu..."

sambil tido, aku senyum.... abah, terima kasih ! mak tak boleh lawan cakap abah, berdosa. apa yang penat pun aku tak tau. duduk rumah makan, tidur, online, baca novel, tengok tv.

lagi, tiap kali cuti mak selalu suruh aku pegi ambik lesen. mak ugut, kalau ambik lesen lambat mak tak nak support duit. aku tak suka nak pegi amik lesen sebab aku paling lemah la nak bawak2 kereta ni. lagi satu nak kena bangun pagi2.alahai...lepas tu paham-paham la nanti org yang ajar bawak tu mesti marah2 kalau salah. dia expect macam aku dah master semua. nama pun baru nak belajar oii kalau dah pandai aku tak pegi belajar la. ha kan emo tak pasal2. lepas tu macam biasa lah, hero aku selamatkan,

" alah, nanti la tunggu dia cuti sem 4 bulan baru la pegi amik lesen, nanti bukan mak je support semua. mesti mintak abah jugak. "

haha. comel gila abah bekap. abah pun selalu bagi semangat. dia tau aku paling tak suka kena marah.

" kalau orang marah, anggap je dia ni tak betul ke.. dia ni pelik sikit agaknya.. tekanan perasaan kot tu sebab dia marah. kesian kat dia.. "

abah cakap, kalau kena marah anggap je macam tu. so, tak ada lah kita rasa sedih sangat. kadang2 kita kena ambik kemarahan orang lain tu something yang kelakar dan anggap ia sebahagian dari ragam manusia. abah cakap, jangan ambik berat pasal hal yang remeh-temeh macam tu. baru lah lapang otak.

abah pun kelakar jugak. hari tu dekat rumah, tengok abah kelam kabut masuk toilet tak bukak lampu. ingatkan dia dah tak tahan gila nak berak. saya yang seperti tengah tengok drama tu tolonglah bukak kan lampu. tiba2 abah jerit,

" oii... sapa bukak lampu tu? dah hilang mood nak berak. "

gelak guling-guling aku masa tu. tak pernah pulak aku belajar biologi, cahaya lampu mempengaruhi kadar perkumuhan manusia. HAHAHA. mungkin sebab abah lahir sejak zaman komunis kot, biasa berak tak pasang lampu..................dah umur 20 tahun baru saya tau. lagi satu, dia pantang orang panggil dia masa dia dalam jamban. terus tak lepas hajat dia. lepas tu keluar jamban buat muka sunkist.


saya banyak belajar dari abah. dia sangat warm, sangat menenangkan...tapi sangat tegas bila perlu. lain sangat dengan mak. mak sangat lembut hati, senang tersentuh, senang menangis. mungkin sebab itu mak ada suami macam abah. sekarang saya sangat rindu dua-dua. saya harap saya dikurniakan suami seperti ini satu hari nanti... amin..

p/s : saya tak tahu kenapa saya buat post yg agak privacy macam ni. mungkin cuaca mempengaruhi entry. anggap lah ini fakta sains terbaru.



10 comments:

iemah said...

assalamualaikum.
sgt baik abah kamu...
ingat pulak kt arwah ayah sy..

Hayati Hamzah said...

waalaikumsalam,
tq. sorry buat kmu teringat..
arwah ayah kmu mesti baik jugak. :)

MJ said...

mj pun xske org kacau time mj dah masuk bilik air..kacau je tau..hihi..

Hayati Hamzah said...

haha :)) hilang mood lah :))

Anonymous said...

hehe bahagie nye die dgn abah nye.

Asma Ahmad said...

ank abh la ni. hehehe...

Hayati Hamzah said...

silah : semua pun msti lah bahagia :)

asma : anak mak ngan abah lah. mane jadi kalo sorg je :P

adik said...

alahh, asyik entry utk mak & abah je! utk adk ksygn nieh xpenah pon ade :(

ude.. said...

kome membesar zaman abah dah very sporting.. kami 4 di atas ni zaman abah garang.. ude bertuah abah kurang garang skit kat ude sbb ude anak bongsu masa tu selama 13 tahun..

Hayati Hamzah said...

tu lah rezeki namanya . lagi satu , kami membesar masa ekonomi dah baik .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...