Saturday, April 30, 2011

dengan kanak-kanak, saya terasa muda..

ini cerita hari tu, lupa nak update lepas tu anak-anak buah bising-bising tanya.

" makcik makcik bila nak letak video kita main pingpong tu dalam blog ? "

" eleh main pingpong pakai meja kecik bola jatuh-jatuh, ada hati nak letak dalam blog. "

" mak cik yg tak pandai main. " 

" baiklah baiklah. " *sebal*

tengah main badminton kat luar, tetiba hujan lebat. kak suruh anak-anak dia masuk rumah. biasa lah budak-budak tak dapat main, ada je backup plan. jadi aku sebagai makcik yang paling sporting tak kisah mengribenakan diri sendiri join dia orang selepas dipujuk-pujuk. terasa diri seperti kanak-kanak. auww.

meja sangat menyedihkan T__T.

yang buat aku malas tu sebab dia orang ajak main pingpong tapi meja pingpong tak ada. yang ada cuma bola dengan bat pingpong je. last-last meja ni dia orang pakai utk main. yang penting sangat kecik dan membuatkan saya akan banyak bermain atas lantai ye kawan-kawan.

player star (lah sangat)...

ini bukan main-main ok. semangat gila siap sediakan medal lagi. HAHA. entah medal mana lah yg dia orang rembat.



medal pelbagai jenis dan warna. HAHA


oh.. nangis T___T



pernah main sekali je pingpong ni dulu-dulu itu pun main macam main badminton. meja je depan mata tapi bola terbang-terbang siap smash lagi kau. macam video ini. bezanya yang ini bukan hardcore, jadi tiada aksi smash.








siap nyanyi lagu negaraku. patriotik bukan? tetapi kurang adab ye kawan-kawan. tak berdiri tegak dan cuba membuat gaya seperti pramugari firefly ? . sob sob T___T. dan selepas video ini sebenarnya ada lagi beberapa video seperti wartawan sedang temubual pemain-pemain dan saya sudah tidak sanggup mengupload lagi. bye bye.


Saturday, April 23, 2011

Lisa Surihani ♥ Yusry KRU

betulkah?

Lisa Surihani bercinta dengan Yusry KRU???

lelaki-lelaki semua jangan nangis pulak. kalau nak tahu, google lah sendiri. sebab wa pun tak tau ni gosip atau betul-betul. doakan yang terbaik untuk Lisa Surihani, sweetheart malaya.



iras-iras muka aku time kecik-kecik dulu. LALALA.



Friday, April 22, 2011

♫ burning in the skies ♫

macam biasa tengah study lagi untuk last paper. rehat jap sambil lunch. otak perlukan rehat. mata perlukan rehat. perut perlukan rehat. lemak je tak nak rehat-rehat. makin membesar dan membesar.

sambil tu jom dengar lagu ni. burning in the skies dari linkin park. tapi aku tukar jadi burning in the fat. HAHA. lagu dari album 'a thousand suns'. mungkin tema lagu dalam album ini tentang sistem solar agaknya. skies lah, suns lah.


 ♫ LINKIN PARK - BURNING IN THE SKIES  ♫







I use the deadwood to make the fire rise
The blood of innocence burning in the skies
I filled my cup with the rising of the sea
And poured it out in an ocean of debris

I'm swimming in the smoke
Of bridges I have burned
So don't apologize
I'm losing what I don't deserve
What I don't deserve

I held my breath as clouds began to form
But you were lost in the beating of the storm
But in the end we were meant to be apart
Like separate chambers of the human heart

I'm swimming in the smoke
Of bridges I have burned
So don't apologize
I'm losing what I don't deserve

It's in the blackened bones
Of bridges I have burned
So don't apologize
I'm losing what I don't deserve
What I don't deserve

I'm swimming in the smoke
Of bridges I have burned
So don't apologize
I'm losing what I don't deserve

The blame is mine alone
For bridges I have burned
So don't apologize
I'm losing what I don't deserve

What I don't deserve
What I don't deserve
What I don't deserve

I use the deadwood to make the fire rise
The blood of innocence burning in the skies

Thursday, April 21, 2011

surat cinta untuk 'dia'

hari ni sunyi je.... online pun dia tak buzz...

kalau tak kami selalu cerita-cerita pasal cinta, pasal pelik nya cinta ni. kadang-kadang dia selalu dengar saya mengumpat. dia selalu cakap saya cantik tapi tu saya dah tau. awak tak payah bagi tau pun. HAHA

dia pun pernah cakap dia sayang saya. sebenarnya saya pun sayang awak. cuma saya malu nak cakap. kadang-kadang dia yang akan temankan saya study walaupun dia tak berniat pun sebenarnya nak temankan. saya je yang perasan.

budak fizik, sayang pun boleh kira dalam unit arus, I T__T

tapi bila saya bosan, serabut study tengah malam dan rasa macam nak share something, saya akan PM dia. dia akan layan saya walau macam mana pun. even dia busy nak exam esoknya.
dia tak pernah lupa wish all the best bila saya nak exam :">


dah la typo T__T awak menaip pejam mata ke T__T

tiba-tiba saya teringat, dulu kita pernah gaduh.. sekali, dua kali. satu sem kita tak tegur sebab salah faham. sebenarnya saya malu nak tegur awak. saya tau awak pun malu. lepas tu masuk sem ni, awak pujuk saya. awak bagi saya surat awak lukis gambar kita dalam kertas tu (sebenarnya awak suruh orang yang lukis kan sebab awak mana pandai pun)..



sweet la jugak awak ni kadang-kadang T__T

kalau nak harap saya, tak tau lah bila kita nak baik. mak saya cakap saya ego. lepas tu awak bagi saya kepit rambut @ kepit shawl ke apa tah ni. saya pun tak tau. tiba-tiba blushing satu hari. -_-


tadi, awak ada buzz saya jugak, tapi saya tak sempat reply sebab saya tengah tidur masa tu. awak cakap awak tak online dah lepas ni. siapa nak temankan saya T__T.


p/s : 1) kalau awak terbaca jangan nangis pulak. HAHAHA.

contest : teka siapa 'dia'...
hadiah  : kasih sayang


Tuesday, April 19, 2011

kena buli dengan dia.

tak boleh type panjang-panjang sebab tengah study.

tadi kakak (anak sedara aku) buzz lagi, dan aku rasa dia memang ada sindrom mintak hadiah agaknya. HAHA. ikut perangai siapa lah T___T

tak sempat nak reply dah sign out. 

kena cari pasar malam cepat-cepat ni. lepas tu letak price tag RM 159 ;) hik hik.


Monday, April 18, 2011

yang ku tahu cinta itu indah...

sekarang busy exam, tapi still sempat dengar lagu sedap-sedap. jom dengar lagu sama-sama sambil tangan kat dada dan mata pejam menikmati lagu ^_^

-
-
 YANG KU TAHU CINTA ITU INDAH 




Tuesday, April 12, 2011

aku seekor lecture notes..

aku seekor nota kuliah, badanku kurus, putih bersih ibarat sehelai kertas putih. pensyarah lah yang mencorakkan aku sama ada aku akan menjadi cantik, serabut atau seperti cacing. tetapi aku telah ditakdirkan menjadi nota kuliah yang sangat serabut. aku telah diberi nama yang agak glamour  iaitu 'differential equation'. aku difotostat sehinggalah aku mempunyai ramai klon.

suatu hari, aku dibeli oleh seorang perempuan cantik. aku gembira kerana aku boleh memulakan hidup baru di tempat lain. aku sudah bosan dengan kehidupan dikedai fotostat ini sambil menunggu hari aku dibeli. aku fikir dia akan menyayangiku. namun sangkaanku meleset. dia cuma terpaksa membeli aku. nama tuan ku ialah hayati. dia tak pernah pun belek-belek aku kecuali dalam kuliah, namun dia tak pernah menatapku sewaktu kuliah kerana dia lebih gemar bersembang dan makan-makan dalam kelas. ya, dia juga akan menghadapku sekiranya ada test. sedihnya aku. mungkin ini adalah suratan hidup yang harus ku lalui.


tetapi sejak kebelakangan ini, tuanku selalu menyentuhku. aku rasa disayangi walau kadangkala dia menghempas-hempas badanku diatas meja. kadang-kadang pula dia membaling-balingku sehingga terbang badanku yang melayang-layang ini. ada suatu masa, aku lihat dia memandangku dengan muka bengis. aku takut. lebih teruk dari itu, aku dibawa keatas katil. aku fikir dia akan membacaku diatas katil, tapi dia tertidur pula, malangnya aku akan dihempap-hempap sehingga aku penyek dan buruk.



tetapi tak mengapa, aku memaafkannya. patutlah dia sering menyentuhku sekarang, rupanya dia ada exam minggu depan. aku nak berkhidmat pada tuanku ini sepenuhnya. biarlah dia tidak menyayangiku, tetapi kerana dia telah membeliku dan memberi kehidupan kepadaku walau seketika, aku tetap akan menghargainya. benar, kadangkala aku juga pernah menyesali kehidupanku kerana ia akan lebih baik sekiranya aku dikurniakan tuan yang lebih ikhlas menyayangiku. atau mungkin juga yang lebih cantik dari tuanku yang sekarang. HAHAHA.



aku juga tahu akan nasibku selepas exam ini, dia pasti memperonyok-ronyok aku lalu membuangku ke dalam tong sampah. namun aku redha. aku seolah-olah sudah menerima segala yang telah tertulis untukku. yang pasti aku ingin menghabiskan sisa hidupku dengan memberikan yang terbaik buat tuanku ini. aku harap, jauh di sudut hatinya nanti, dia akan berterima kasih kepadaku. dan aku berdoa tuanku ini akan mendapat keputusan yang cemerlang. aku ingin suatu hari nanti dia tersenyum sambil ingatannya kembali kepadaku. walaupun sementara. ya... walaupun seketika cuma.


(250 patah perkataan)


p/s : sedang tension...

Saturday, April 9, 2011

saya paling tak suka.........

haku paling tak suka, dan aku tau korang pun tak suka ;

  1. sidai baju, lipat baju betimbun. harap2 aku dianugerahkan lelaki yang gemar sidai baju dan lipat baju T___T 
  2. basuh baju pakai tangan, kalau satu dua tak apa, kalau sebakul aku simpan, tengok-tengok mesin basuh rosak memang nak kena maki dalam hati la jawabnya.
  3. bangun tidur awal pagi. semoga aku dikurniakan mak mertua yang tak kisah aku bangun tidur matahari dah terpacak. hamboi kau.....
  4. lelaki pakai seluar londeh-londeh tayang boxer, perempuan pakai baju londeh-londeh  tayang breast.
  5. bukan takat laki je londeh tayang boxer rupanya :(
  6. lecturer bagi quiz/assignment soalan susah-susah sampai wa terpaksa tiru T___T
  7. masuk-masuk lif, semua tingkat orang nak tekan. dah la aku duk paling atas T___T
  8. orang masuk tandas malam-malam slow-slow tak bunyi tapak kaki time aku tengah berus gigi. tekejut beruk aku.
  9. masuk-masuk jamban, bau hancing petai semua ada. bengong. 


Thursday, April 7, 2011

miera liyana seksi tapi hebat.

sila baca tajuk dengan nada yang bukan sinis ya. korang kenal tak miera liyana? ala yang lagi fofuler dari usop wilcha tu. bukan takat lawan usop wilcha u ols, britney spears pun kalah hokey. okey tanpa memeningkan kepala semua pihak nah hamik ni tengok. ni bukan rekaan. sumber quick search yahoo.com.

sumber : www.yahoo.com
tahniah miera liyana. tak sia2 usaha miera liyana dalam 'industri seni' ni. kerana akhirnya beliau diiktiraf oleh yahoo.com dengan pengiktirafan 'carian tertinggi'. hey korang tak kenal ke miera liyana? takpe takpe i tak cakap u ols kolot ok (tapi apa lagi perkataan sesuai kalau bukan kolot?).  ok takpe la bia i tunjukkan. kepochi? owh pelapis abang nara haruslah kepoh macam saya.

miera liyana

lagi...miera liyana malam ABP

ni pun miera liyana lagi lagi lagi..


ni pun miera liyana versi hollywood a.k.a britney spears

saya ada kekeliruan identiti sikit sekarang ni tu sebab kejap saya kejap i kejap nak jadi cikgu kejap nak jadi inspektor aleza kejap nak jadi abangnara.

p/s : kredit gambar beautifulnara dan mr.google. 



Friday, April 1, 2011

Oh sangat romantik !

Dulu waktu kecik2, nak tidur je selalu suruh uda cerita. uda pun islamik-islamik sikit. dia selalu cerita pasal kisah nabi-nabi. spesifik lagi, pasal mukjizat nabi. aku suka gila sebab aku rasa wow dasyat lah nabi-nabi ni. uda cakap nabi musa ada tongkat yang boleh tukar jadi ular, nabi isa boleh berjalan atas air. aku kagum lah, aku cakap kat uda owh macam doraemon eh?. dulu kecik2 mana aku tau weh. semua yang hebat2 aku cakap macam doraemon. tapi uda cakap tak, uda cakap Tuhan yang bagi pada nabi-nabi tu, doraemon tu orang yang buat. 

dulu kecik2 aku tak main lah cerita cinderella, rapunzel, beauty and the beastly. dulu kecik2 islamik sikit, sekarang jahil. memandangkan blog aku ni tak pernah ada entry2 ilmiah, hari ni aku nak buat 1. manusia boleh berubah. aiceh !

mana-mana lelaki yang boleh buat begini, aku dengan bangganya support kalau korang nak kawin empat. tapi make sure akan jadi begini, kalau tak korang sedia lah jalan bahu senget sebelah kat akhirat nanti. 


satu masa dulu, isteri-isteri Rasulullah SAW berkumpul dengan baginda. ada salah seorang dari isteri baginda tanya pada Rasulullah SAW,

" antara kami semua, yang mana paling Rasulullah SAW sayang? "

Rasulullah SAW senyum je.. baginda pun jawab,

" aku akan beritahu kamu semua kemudian.. "

lepas je daripada tu, Rasulullah SAW bagi setiap seorang daripada isteri baginda sebentuk cincin. baginda pun pesan pada setiap seorang dari mereka,

" jangan beritahu pada isteri yang lain.. "

isteri Rasulullah SAW haruslah seorang yang patuh, semua senyap2 je. dalam hati mestilah berbunga. semua rasa dia lah yang Rasullullah paling sayang. satu hari, isteri-isteri baginda berkumpul lagi lalu bertanyakan Rasulullah SAW soalan yang sama. Baginda pun jawab lagi...

" Isteri yang paling aku sayang ialah isteri yang telah aku berikan cincin kepadanya.. "

semua isteri baginda senyum puas hati. mesti lah bahagia bila rasa diri disayangi...




ok dah habis, romantik kan? boleh je jadi sweet, romantik tanpa menipu. mesti dalam hati tu ada yang cakap, memang lah.. sebab isteri Rasulullah SAW patuh, dengar cakap, tak bagitau yg lain. jawapannya senang je, sebab tu kenalah cari isteri yang solehah.. 


ini saya masa kecik. HAHAHAHA T___T

p/s : owh dah tentu saya tak layak jadi bini orang lagi T___T


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...