Monday, March 28, 2011

tak sangka adik sendiri macam ni...

sila kesian kat budak ini. maaflah, sebab dia korang kena baca entry sebegini. aku pun post entry ni cuma nak jaga hati sambil buat muka sunkist. HAHAHAHA. 

biarlah gambar berbicara.....

dia demand tulis entry pasal dia. dengan mak abah sendiri pun dengki.

ni dia komen pada entry ini. dia adalah adik saya. ya...... adik saya T___T. tak berapa lama lepas tu, ada notification kat facebook dari budak ini jugak....


dia siap remind suruh aku buat entry pasal dia T___T

ok sekarang sedia tisu dik, aku nak buat entry touching untuk ko.

dia memang adik, tapi kadang2 dia dah macam kakak untuk aku. aku ada 6 orang adik beradik tapi 4 yang paling atas semua married. tinggal kami berdua je lagi. bukan sebab tak laku hokey. tapi sebab kami masih remaja.

ye ye kau remaja lagi. berapa kali nak ckp??

jadi nak tak nak, dia lah satu-satunya tempat aku kongsi semua, sedih, seronok, kisah kencing atas tilam time tidur, pasal lelaki kacak tapi hidung penyek, hah semua lah. bila aku sedih putus cinta ke, dia la tempat aku mengadu. kadang2 dia cakap...

" wa paling malas la orang cite bab2 cinta dengan wa ni. tapi nak buat macam mana wa kan adik lu wa sorang je lah kena dengar cerita lu. cite lah...."

comel kan, walaupun menyakitkan hati kadang2, tapi buat aku rasa selesa..... kadang2 ayat2 menampakkan yang dia matang dari aku. dulu pernah satu masa aku down gila , dia mesej aku....

" dulu ko yang buat keputusan. patutnye betulkan mana yang tak betul. bukan menyesal. "

waaa betul kah ini adik aku T___T. kalau bab2 beralah lagi lah dia selalu beralah. kadang2 aku sedar diri jugak, siapa kakak siapa adik sebenanye. time2 tidur tengok muka dia, rasa nak menangis je thank you so much, dik. dulu, time2 sengkek tak ada duit, tebal muka nak mintak kat mak abah, aku halo dia.

" sebenanye wa tak tau la wa adik ke, lu adik ni......patutnye wa mintak duit kat lu..."

panas je dengar. HAHA. tapi dia bagi jugak. sebab tu lah wa sayang gila kat dia. rindu pun ada jugak. tapi bila dah jumpa macam biasa lah main tarik-tarik rambut. siapa tak pernah main tarik rambut memang ortodoks lah. hah sudah, tak payah kembang kempis hidung baca.

yang kanan tu lah 'si demok', adik saya. sapa2 nampak dia, sila tembak. HAHA

hey lelaki2, siapa yang berani playing game with her heart, siap lah !


p/s : semenjak dua menjak, aku rindu rumah. thats why.....................................



Saturday, March 26, 2011

abah saya, kekasih saya.

dah lama tak balik rumah. duduk bilik sorang2 time hujan mestilah buat aku rindu gila kat rumah. kalau kat rumah masa hujan-hujan macam ni mesti lah aku duduk dapur cari makanan. dekat sini kena beli makanan. beli makanan dan cari makanan adalah dua perkara berbeza kerana beli makanan boleh menyebabkan kegawatan ekonomi pada masa depan. HAHA. 

yg kachak tu rupa bilik aku waktu hujan. dpt bayangkan tak aktiviti aku kat bilik dgn suasana mcm ni?

semalam, telefon mak dengan abah. abah tanya aku,

" ada duit lagi tak? pelik pulak abah dah nak habis sem tak mintak duit. "

nampak sangat aku kaki pau duit kat abah. abah, anakmu ini telah berubah.....ceh, padahal dalam hati, owh abah sangat memahami ! 

tu baru satu, teringat pulak hari tu time cuti, aktiviti aku time cuti memang jadi perempuan melayu terakhir la tak keluar rumah lansung. lepas tu pagi2 bangun tidur haruslah sentiasa lebih dari pukul 12. owh bukan pagi sebenarnya. petang..petang.. mak macam biasa lah membebel-bebel. ketuk2 pintu bilik sekuat hati silap2 hari bulan pintu bilik aku tukar baru lah. tapi abah memang sangat memahami anaknya,

" bia lah dia tido..dia penat tu..."

sambil tido, aku senyum.... abah, terima kasih ! mak tak boleh lawan cakap abah, berdosa. apa yang penat pun aku tak tau. duduk rumah makan, tidur, online, baca novel, tengok tv.

lagi, tiap kali cuti mak selalu suruh aku pegi ambik lesen. mak ugut, kalau ambik lesen lambat mak tak nak support duit. aku tak suka nak pegi amik lesen sebab aku paling lemah la nak bawak2 kereta ni. lagi satu nak kena bangun pagi2.alahai...lepas tu paham-paham la nanti org yang ajar bawak tu mesti marah2 kalau salah. dia expect macam aku dah master semua. nama pun baru nak belajar oii kalau dah pandai aku tak pegi belajar la. ha kan emo tak pasal2. lepas tu macam biasa lah, hero aku selamatkan,

" alah, nanti la tunggu dia cuti sem 4 bulan baru la pegi amik lesen, nanti bukan mak je support semua. mesti mintak abah jugak. "

haha. comel gila abah bekap. abah pun selalu bagi semangat. dia tau aku paling tak suka kena marah.

" kalau orang marah, anggap je dia ni tak betul ke.. dia ni pelik sikit agaknya.. tekanan perasaan kot tu sebab dia marah. kesian kat dia.. "

abah cakap, kalau kena marah anggap je macam tu. so, tak ada lah kita rasa sedih sangat. kadang2 kita kena ambik kemarahan orang lain tu something yang kelakar dan anggap ia sebahagian dari ragam manusia. abah cakap, jangan ambik berat pasal hal yang remeh-temeh macam tu. baru lah lapang otak.

abah pun kelakar jugak. hari tu dekat rumah, tengok abah kelam kabut masuk toilet tak bukak lampu. ingatkan dia dah tak tahan gila nak berak. saya yang seperti tengah tengok drama tu tolonglah bukak kan lampu. tiba2 abah jerit,

" oii... sapa bukak lampu tu? dah hilang mood nak berak. "

gelak guling-guling aku masa tu. tak pernah pulak aku belajar biologi, cahaya lampu mempengaruhi kadar perkumuhan manusia. HAHAHA. mungkin sebab abah lahir sejak zaman komunis kot, biasa berak tak pasang lampu..................dah umur 20 tahun baru saya tau. lagi satu, dia pantang orang panggil dia masa dia dalam jamban. terus tak lepas hajat dia. lepas tu keluar jamban buat muka sunkist.


saya banyak belajar dari abah. dia sangat warm, sangat menenangkan...tapi sangat tegas bila perlu. lain sangat dengan mak. mak sangat lembut hati, senang tersentuh, senang menangis. mungkin sebab itu mak ada suami macam abah. sekarang saya sangat rindu dua-dua. saya harap saya dikurniakan suami seperti ini satu hari nanti... amin..

p/s : saya tak tahu kenapa saya buat post yg agak privacy macam ni. mungkin cuaca mempengaruhi entry. anggap lah ini fakta sains terbaru.



Monday, March 21, 2011

jerit dalam library !

hey dunia !!! *jerit kuat-kuat*

dengar ni aku nak bagi tau aku kat library weh. AKU STUDY KAT LIBRARY ok.  repeat.... STUDY. kali ni aku bukan datang nak snap pictures kat library dah, bukan nak datang cuci mata tengok lelaki kacak, aku dah tobat. aku datang nak study. tapi tapiiii tapiiiii aku study 10 minit je. lepas tu Mr. PC panggil aku...

'mariiii....mariiiii wahai perempuan comel..'

sapa tahan weh dia panggil aku perempuan comel. aku terus lah datang kat Mr. PC pastu aku update blog. sbb kat bilik aku line macam semut patah sayap. kurang asam Mr. PC selalu goda aku.

walaupun dikelilingi dua pak arab ke pak pakistan ke aku pedulik apa. tapi pak arab belah kiri aku ni jeling2 macam nak marah je. sebab PC dia tu rosak. pastu agaknya dia tengok aku duk seronok update blog lagi la dia marah. nasib baik dia tak paham bahasa melayu, kalau tak mesti dia tau aku tengah kutuk dia ni. kahkahkah. nasib kau lah labu...

ah apa aku kisah. aku tunggu 20 minit tau baru dapat gomoi2 dengan Mr. PC ni. lagi sakit hati org sebelum aku ni download PES plak tadi. owh sabo je la. what goes around comes around kata justin timberlake. sekarang pak arab jadi mangsa. sorry lah..


contoh : dtg library semata2 snap pic.

aik dah blah pun pak arab ni. aku pun nak pegi kelas dah.

bye !

Tuesday, March 15, 2011

ko nak tengok orang bogel kan? nah !

kenapa sejak aku tulis entry ini, ramai yang cari keyword bogel2 kat blog aku ha? ingat ni blog tayang2 gambar bogel ke? kalau nak website bogel2 bolen2 boleh terus private message aku, aku kasi link website porno kat kau. kalau wa tak ada wa boleh mintak kat cik tepung. dia banyak koleksi. yang live pun ada kalau kau nak. tak payah susah2 kau nak cari kat sini. aku bukan tayang pic bogel lah. aku cuma type ayat anak buah aku je sedih.

ni aku printscreen kan. untuk minggu ni punya ada 10 keywords bogel ok. semalam aku cek baru 2. hari ni ada 10. keyword sama berulang-ulang pulak tu. nampaknya si pencari ni tak berputus asa ya. tercemar blog wa. nanti kejap lagi wa penuhi permintaan si pencari pic bogel.


kau nak bogel sangat kan? nah aku kasi !
 


nah hamik. large aku kasi kau. demi tak nak hampakan si pencari. boleh buat teman kau tidur malam ni.

bye. bye. bye !

Tuesday, March 8, 2011

mak cik bogel lah tu.......

maaf lah aku dah lama tak update sebab maklum lah pakai hotspot sedih nama je hot tapiiiiiiiii lembap macam aku lari time umo setaon berkesah. tapi sekarang pun masih lembap T___T.

tadi aku on facebook. sebenanye bukan tadi je. tiap masa facebook aku on. lepas tu kakak (anak buah aku. aku panggil dia kakak) chat ngan aku. dia ni budak2 hingusan lagi baru 10 tahun. tapi hingus dia tak de leleh2 dah beb. dia budak bijakmetal!!. haritu dia masuk pertandingan hafazan. sekali dengan haziq (abang dia) dengan gg (adik dia). tapi gg masuk pertandingan nasyid je.

lepas tu tau2 semua tiga2 tu menang. tapi dia je yang bagitau aku. dia kata dia sayang aku sebab aku baik suka mekapkan dia lepas mandi berguling di lantai. mama tak nak mekapkan dia lepas mandi sebab mama cakap nanti muka cepat tua. tapi aku tak kisah supaya nanti aku jalan-jalan dengan kakak orang tak tahu aku makcik dia ngambek. gila kau budak2 lagi demand nak mekap tiap kali mandi. ikut perangai sapa la time kecik2 ni menangis

kakak : mak cik kak dapat no 2 hafazan. haziq dapat no 1hebat.

aku     : wowterkejut nanti mak cik bg adiah. nak adiah ape? tapi jangan bagitau yang lain taujangan bilang siapapun.

kakak : bagi haziq jersi Malaysia. kakak nak barbie doll yang 2 orang. 1 utk kakak boleh 1 utk nadhirah. (adik pompuan dia). gg menang jugak. bagi gg kereta control menari.

gila baik budak ni. consider utk adik2 dengan abang ssekali. aku suruh senyap2 tapi dia siap mintakkan utk semua lagi...

aku     : ala semua pun menang ke?? kan mak cik suruh senyap2 je. jangan lah bagitau org lainmenunggu. bankrup lah mcm ni.

kakak : padan la muka mak cik. sapa suruh janji. dah janji kena la buat bersiul(bila masa aku janji aku pun tak tau. susah dpt anak2 buah kaki gebang ni)

aku     : tunggu mak cik kerja lah. mana ada duit skrg waduh!.

kakak : mintak lah kat boipren mak cik dia mesti kaya sbb orang ada misai kan kaya macam baba (ayah kakak).

ewah budak ni. kenapa lah aku dapat anak buah macam ni. apa dosa aku patah hati kecik2 lagi pandai mengikis. siap buat teori orang ada misai kaya pulak lagi. kalau macam tu aku nak tanam misai ah camnitertawa.


aku     : belum kawin mana boleh mintakfrustasi.

kakak : kawin la cepat-cepat. tengok mama dah kawin dah pun dengan baba. *bengong sungguh budak ni. kalau ada depan aku dah lama kena tempeleng*

aku     : sukati ko lah kakak. penin pala mak cik layan ko nibabak belur.

kakak : mak cik on webcam japcemas. 

aku     : tak nak lah. nak tido. penat lah layan kakak ni cerewet.

kakak : eleh, mak cik tengah bogel la tu. *porno pulak tu. anak buah aku kah iniiiiii??*

ni lah kakak. bukan yang cokolat ok. HAHA

aku terus pegi tido. mulai hari ni aku nak cancel azam aku nak anak 10 orang. kalau 10 orang anak aku macam ni mampukah aku kekal jadi manusia lagi 30 tahun akan datang? atau jadi alien? biasa lah. anak2 zaman justin bieber. apakah??

bye !



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...