Sunday, July 17, 2011

bang , saya tak order 'dawai' tomyam ...

mulai hari ni cuma satu azam wa , kalau wa makan kat mana-mana kedai yang bagi wa makan dawai bila wa order bihun , wa nak sound dia ;

" bang , ada saya order 'dawai' tomyam ke bang ?? "

tapi azam je la . dan azam wa kebanyakannya tak tercapai pun . maklumlah si lemah lembut berkain belah jalan pun setapak-setapak macam wa ni tak main la cakap kasar-kasar . sekali pulak abang amik order tu abang hensem lagi lah nak maki pun tak sampai hati . oleh itu kedai-kedai sume sila lah gajikan tukang amik order yang kachak-kachak sikit kalau tak nak rasa kena maki . dawai pun dawailah bang ...........

wahai lah tukang-tukang masak semua meh wa nasihat sikit , kalau kerja kat kedai makan tu masak la elok-elok sikit . kau nak bagi orang makan bukan nak bagi orang mati tecekik makan bihun kau . kalau agak nak masak pun segan-segan tak payah la kerja kedai makan pergi la kerja kat kedai kain . contoh terdekat ialah wa sendiri . wa sedar wa masak rasa macam cipan sebab tu lah wa kerja habiskan duit je makan kat luar . erghh . 

ini ialah DAWAI . bukan BIHUN .


masak la elok-elok supaya rezeki yang kau makan tu halal . wa tak kisah kalau dah memang takdir kau masak tak sedap asalkan masih boleh ditelan sebab perut wa memang tak menolak segala jenis makanan ni walaupun kau masak nasik goreng rasa macam kotiau goreng . tapi bihun dawai is really too much . bukan takat perut wa je tak boleh terima gigi wa pun tak boleh terima beb . cukup lah wa makan bihun dawai masa duk asrama dulu . tu tak apa lagi sebab wa bayar murah .

bukan nak bukak pekung di dada la , tapi seriously ini memang pantang atok wa . kalau arwah atok wa hidup lagi tak sia-sia lah kau masak bihun dawai sebab dia mesti paksa kau makan sampai licin apa yang kau masak  tu . dan , kalau semua pelanggan sekarang macam arwah atok wa , wa gerenti semua gerai masak sedap -sedap .

wa yakin kau orang kadang-kadang pernah hadapi situasi yang lebih kurang .

Situasi 1 : bang , saya order nasik ayam blackpepper bukan nasik bawang blackpepper .

Situasi 2 : kak , saya order nasik ayam oyster , bukan nasik ayam minyak .

ini baru lah BIHUN , bukan DAWAI .


dan wa dah tiga kali rasa 'dawai' tomyam nih . mula-mula rasa wa tak kisah lagi . gigi wa pun paksa wa rilek .  sekarang wa terpaksa luahkan sebab wa rasa macam terpendam-pendam je perasaan . kalau wa ngadu kat kekasih wa kang dia cakap wa pun tak reti masak nak bebel lebih-lebih macam mak nenek apa pasal . lu paham tak perasaan wa ni der ? nak nangis dah wa taip ni . 

ok lah nak amik tisu . bye T_T



13 comments:

bact. said...

dawai-dawai neh selalu bihun gotong royong dewan orang ramai je..

Unknown said...

sampah pun banyak dalam tomyam dawai. eheh

Defarhano VII @ HanZ said...

dah 3x rase?...takkan pergi kedai yang sama jugak kot kalau sekali dah terkena....huhuhu.....memang tak patot!....

Hayati Hamzah said...

bact : tu lah wa heran , wa check balik tengok2 kedai . bukan dewan org ramai .

nub : len kali pesan , cik bagi sy sampah tomyam ke tomyam dawai ?

boypj : kedai lain2 . wa pun tak paham apa sedap ke dawai tomyam ni . adakah ini satu trend?

Asma Ahmad said...

mau sound jew... mau plak da lpor thp gaban. hehehe...

SYAFIQAHSALEH said...

haha..kalau benda free selalu mcm dawai :D

abghani said...

aku klu gi kedai makan tk sedap aku sepahan meja makan tu dgn sisa makanan.
url;bilapahatberbunyi-abghani.blogsport

Anonymous said...

kuah die nmpak menarik... emm dap.. telan jela yati.. senaman gusi ok!!!

Ayie said...

jangan malu malu, mengaum je depan brader tuh.. hahaha

Shukort said...

yg nasik bawang blackpepper cm pnah dgr je.. haha

Unknown said...

baa~ CAK!!

gua pun cerewet psl mkn... x sedap gua reject trus..

Acid said...

lu still bertuah kot. atleast dawai tu leh masuk perot. ni aku pnah oder kat satu kedai tu. mmg betul2 dawai die bg. ko pnah tgk berus dawai tk? haa. tu la yg ade dlm bihun tomyam aku. aku xpaham camne diorg leh fail bersihkan mangkuk diorg.

MiZ Rayy said...

ah.. slalu sngat bab2 dawai nie. dawai tomyam, dawai sup.. dawai goreng setakat nie blom jumpa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...